Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ketupat

Ketupat Palas & Rendang Ayam Opah

Imej
Menu raya haji baru-baru ni... Ketupat Palas By Shikin Bahan2 1kg beras pulut 250 gm santan / 2 biji kelapa (santan tu agak-agak boleh tenggelam pulut lebih seruas jari) Garam Cara Rendam beras pulut semalaman (kalau pulut susu x payah rendam). Basuh bersih dan toskan. Masak santan dan garam sampai mendidih.  Kemudian masukkan pulut. Kacau sampai santan kering. Balut pulut dengan daun palas (cara balut bole google yer..) Dah siap balut letak dalam periuk. Rebus sampai ketupat betul2 masak - Saya rebus ngan Noxxa. HP dalam 7 minit macam tu... Rendang Ayam Opah By Shikin Sumber : Facebook Bahan2 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit diracik halus Minyak untuk menumis Garam & gula secukup rasa Bahan kisar 21 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 4 ketul kunyit hidup 1 sudu ketumbar 2 biji buah keras 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas Cara Tumis bahan...

Ketupat Palas

Imej
I ni projek AidilAdha baru2 ni... Jangan gelak tengok ketupat saya tu. Bila amatur yang buat gitulah rupanya hihihi... Sampai terkilas tangan nak membalut... Sebenarnya tugas saya hanya membalut ketupat sebab pulut dan santannya dah siap dimasak oleh kakak ipar saya.  Lama juga tak praktis balut membalut ni. Biasa tempah aja...sampai kat kita dah boleh terus ngap. Sebesen pulut dekat 3 jam la jugak membalutnya.  Tupun mula2 try and error dulu. Daun palas tu lebih banyak yang rosak dek kerja tangan saya. Harap En. Tahiri tolong, dibalutnya jadi ketupat betina. Tak mo macam tu...tak cantik. Last2 saya balut sorang2...

Ketupat Palas Dan Rendang Ayam

Imej
Ekceli yang ni menu AidilAdha baru-baru ni. Tapi asyik bertangguh nak masuk dalam blog. Memandangkan ptg ni agak free, saya update saja... Nak cerita pasal rendang ayam sebab ketupatnya saya order ngan jiran...:) Rendang Ayam By Shikin Bahan -Baha n 1 ekor ayam - potong kecil 20 tangkai cili kering* 15 ulas bawang merah* 3 inci lengkuas* (bahan * dikisar halus) 5-6 batang serai - diketuk 4 keping daun limau purut - koyak2kan, buang tangkainya Santan - RM 3 Air Garam Minyak Cara-Cara Panaskan minyak Tumis bahan2 kisar dan serai sampai garing dan naik bau. Masukkan ayam. Gaul sebati. Tuangkan santan dan air sehingga mencukupi. Masukkan daun limau purut Masak sehingga pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Padamkan api. Rendang ayam sedia untuk dinikmati.

Ketupat Palas

Imej
Ketupat palas ni menu wajib pada hari raya bagi orang-orang utara. Tapi saya tak berapa pandai nak membuatnya. Emak saya pun jarang buat sendiri ketupat ni. Biasanya kami tempah daripada jiran-jiran. Dulu masa arwah emak mentua masih ada, bab nak membalut ketupat serah aja kepada dia. Saya tolong sikit-sikit bolehlah. Tu pun kadang-kadang jadi ketupat galas, tak pun ketupat betina. Last-last saya surender... Tapi bila dia dah tak ada saya usahakan juga membalut ketupat palas ni. Walaupun tak perfect mana, setakat nak makan keluarga sendiri...bolehlah...  Dan untuk AidilAdha baru-baru ni bersama-sama emak, saya berjaya balut 2kg ketupat palas... Wow...unsangkarable sungguh... Hendak seribu daya kannn... Ketupat Palas by Shikin Bahan-Bahannya 1kg pulut 1kg santan Garam  Daun Palas secukupnya Cara-Cara Kacau pulut bersama santan dan garam secukup rasa di dalam kuali sehingga separuh masak. Apabila pulut telah sejuk, balut dengan daun palas. Masukkan ketupat yang siap dib...