Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Fenomena Jeruk Pelam Asam Boi/ Asam Ko

Imej
Hahaha...ini fenomena FB semenjak dua menjak ni. 
Tak tahan godaan akhirnya saya buat juga jeruk pelam asam boi ni sebalang.
Bahan-bahan dia pun mudah aja, pelam, asam boi, gula, garam dan hirisan cili padi yang di aduk semuanya secukup rasa. 


Banyak mana? 
Terpulang kepada cita rasa masing2. 

Gaul sebati semua bahan tersebut. 


Masukkan semuanya kedalam bekas bertutup kemudian sejukkan 4,5 jam dalam peti ais. Lepas tu bolehla dinikmati. 
Tapi percayala...tengah duk buat tu pun dah habis kat suku balang...

Apam Susu

Imej
Seronok mengapam pulak lately ni... 
Ada macam2 lagi esepi apam yang tak tercuba...
Tepek gambar kat sini beserta dengan resepi. 
Oh ya resepi pun dalam bentuk gambar sebab tuan rumah malas nak menaip.
Credit untuk owner gambar resepi tu yg saya amek dalam FB...



Apam Nasi Comel

Imej
Kali ni kukus apam dalam acuan lompang. Kecik molek je... Berwarna warni lagi tu... Comel la pulak bila tengok...

Guna resepi hari tu juga. Yang dapat dalam FB Resepi Ringkas...




Muffin Pisang Coklat Kukus

Imej
Buruknya rupa apam...hihi

Tak sangka la pulak mangkuk cupcake tu akan mengembang juga dengan jayanya. 

Tapi, jangan ditengok pada rupanya yang hodoh ya sebab rasanya amatlah sesuai dengan selera... hik hik...

Yang koko terang kat atas tu coklat rice. Konon nak buat hiasan tapi cair dek kepanasan.

Resepi skodeng daripada sini, tp saya tempek juga sekali dalam ni..
APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT By Shikin
Bahan A [Ayakkan] 1 cawan tepung gandum  1 s/b serbuk koko 1/2 s/k soda bikarbonat 1/2 s/k baking powder Sedikir garam
Bahan B 1/2 cawan pisang emas/berangan lecek 1/2 cawan minyak 3/4 cawan gula perang 1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]

Cara 1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk. 2. Masukkan bahan B dan kacau rata. 3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 

Kebabas @ Pincuk Jantung Pisang Dengan Kelubi

Imej
Yang ni memang betul2 rare... 
Saya kenal kebabas ni pun selepas kahwin dengan En. Tahiri. Tapi orang2 belah baling ngan sik kebanyakannya familiar dengan benda alah ni. 
Biasanya kita dengar pincuk cermai kan??? Ha...kebabas ni adik beradik dia la. Cuma cermai tu digantikan dengan hirisan jantung pisang dan buah kelubi. 
Jantung pisang pulak kena tengok2 jugak, x boleh hentam keromo. Antara  yang sesuai macam pisang awak, pisang batu...pisang emas x boleh katanya...takut gatal ke kelat...ntah saya pun tak ingat. Bab jantung pisang ni saya serahkan kepada en. suami sebab dia lebih pakar. Saya tau sampai kat saya jantung pisang dah siap dicincang...hahaha
Ok, bahan-bahan nak buat kebabas ni mudah saja iaitu cili padi, belacan, garam dan gula. Berapa banyak??? Ikut kesesuaianla. Kalau nak pedas lebihkan cili, tapi hati2 takut tersedak masuk sampai kedalam hidung...seksa!!! Kena match jugak ngan jantung pisang dan kelubi. Masukkan semua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sampai lumat. Ala...…

Kek Pisang Blended

Imej
Yang ni projek petang kemarin. 
Balik keje, masuk dapur sedia bahan, masuk semua dalam blender...turrr...masuk dalam loyang, kukus sampai masak. 
Sonang baitu ehhh...hihihi.





Ketupat Palas

Imej
Ini projek AidilAdha baru2 ni... Jangan gelak tengok ketupat saya tu. Bila amatur yang buat gitulah rupanya hihihi... Sampai terkilas tangan nak membalut...
Sebenarnya tugas saya hanya membalut ketupat sebab pulut dan santannya dah siap dimasak oleh kakak ipar saya. 
Lama juga tak praktis balut membalut ni. Biasa tempah aja...sampai kat kita dah boleh terus ngap. Sebesen pulut dekat 3 jam la jugak membalutnya.  Tupun mula2 try and error dulu. Daun palas tu lebih banyak yang rosak dek kerja tangan saya.
Harap En. Tahiri tolong, dibalutnya jadi ketupat betina. Tak mo macam tu...tak cantik. Last2 saya balut sorang2...

Nasi Lemak Kuning

Imej
Layan nasi lemak pepagi ni memang best. Nak2 pulak nasi lemak yang dibuat sendiri. Memang puaih la makan. Bertambah2 lagi tu...
Tumpang letak resepi dan gambar sebab nasi lemak ni sebenarnya dah lama hadam dalam perut...hihihi

Nasi Lemak Kuning
By Shikin

Bahan-Bahan

Untuk Nasi

3 pot beras
Santan
Air
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang
Sedikit pewarna kuning
3 helai daun pandan - simpulkan

Cara-cara
Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
Tuang santan dan air secukupnya.
Masukkan halba, lada hitam, halia, pewarna kuning dan daun pandan.
Perasakan dengan garam secukup rasa
Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap

Untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
1 keping asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar dengan bawang besar. Biarkan sampai pecah m…

Puding Roti Pelangi

Imej
Kalo roti x habis buat jer macam ni. Konfem licin...
Guna resepi Puding Roti Marble,  lapis ikut ikut Puding Pelangi, maka terhasillah puding Roti Pelangi. 




Nasi Mandy Kambing Yaman - alBayt

Imej
Sebelum ni try Nasi Mandy Ayam. Kali ni kambing mandy pulak. Masih menggunakan jenama al-bayt, memasak nasi arab jadi mudah dan ringkas. Thumbs up... Tambah2 ada kambing, En. tahiri suka sangat...


Nasi Mandy Kambing Yaman AlBayt
By Shikin

Nasi
450gm  Beras basmathi*
600ml air rebusan daging
Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)*
1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek)
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 sudu teh pewarna kuning
Sedikit garam

1kg daging kambing - rebus tanpa garam sehingga lembut

-Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan.
-Tumis rempah hidup, bawang besar, bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah --serbuk mandy. Jaga api masa ni. Jangan bahan tumisan sampai hangus pulak.
-Masukkan beras, pewarna kuning beserta bahan tumisan dan daging kedalam rice cooker.
-Tuangkan air rebusan daging. Kemudian taburkan garam secukupnya dan letak cili -hijau (x perlu hiris)
-Tanak sehingga…