Kek Batik
Buat kek batik ni 2 malam lepas. Bahan-bahan ikut apa yang ada. (ni kes nak ngabiskan stok barang la ni...) Kek Batik By Shikin Bahan-Bahan Biskut marie (tak sampai sebungkus) 1 tin kecil Susu Pekat 2 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar sebuk milo 200g butter 1 biji telur ( boleh letak 2,3 biji lagi sedap. tapi memandangkan telur kat rumah saya ada sebijik jer, letak 1 la..) Sebelum... Selepas... Cara Mula-mula cairkan butter dengan api perlahan, kemudian tuangkan susu pekat. Kacau perlahan. Masukkan pula serbuk koko dan serbuk milo sambil mengacau adunan sehingga sebati. (guna handwhisk lagi senang) Masukkan telur, kacau sebati (api perlahan yer..). Teruskan mengacau sampai adunan agak likat Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kaup balikkan supaya biskut bergaul mesra dengan adunan coklat. Padamkan api. Tuangkan adunan biskut kedalam loyang yang sesuai. Tabur manik urai/c...