Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Warisan Bonda

Bengkang Tepung Air Tangan Ibu

Imej
Bengkang ni mak saya yang buat. Balik-balik keje dah siap ada dalam tapaware. Lepas la untuk minum petang...hehehe. Kena pulak dengan kopi panas. Memang sedap kalau dapat makan air tangan ibu. Hari-hari pun x pe...

Daging Congo

Imej
Menu sahur 7 Menu favourite kami.  Resepi warisan keluarga. Bahan-bahan yang simple saja tapi memasak perlu dengan api yang tidak terlalu kuat dan ambil sedikit masa supaya daging tu lembut dan bergaul mesra dengan semua bahan yang ada. DAGING CONGO by Shikin@Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 kg daging - dihiris nipis 2 labu bawang besar - dikisar halus 1 labu bawang besar - dihiris 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan air asam jawa 3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas) 3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian) garam secukupnya (jika perlu) sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan.  Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri) Masukkan cili pes, masak lagi dengan...

Nasi Lemak...My Style...

Imej
Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Buang emak buang saudara Kerna kekasih hamba turutkan. Errkkk...takkan sampai macam tu kottt... hehehe Sesaje nak berpantun. Tapi ceritanya tak de lah macam dalam pantun tu. Suami dihati, emak disanubari. Dua-dua saya sayang 100%. Tak lebih, tak kurang. Kisahnya, nak tulis ttg nasi lemak yang saya masak untuk breakfast pagi ni. Request drpd En. Tahiri. Saya ikutkan aje. Yelah...rasa dah lama tak prepare b/fast utk family. Nak-nak, jarang hujung minggu macam  ni dihabiskan di teratak syurga kami. Selalunya outstation memanjang... Resepi nasi lemak biasa-biasa saja. Warisan emak saya, Pn. Normah.  Dulu siap meniaga nasi lemak lagi emak kami ni. Untuk menambah pendapatan, dan juga mengenyangkan perut kami 10 beradik yang kalau menganga bukang senang nak ditutup. Makanlah nasi lemak kat mana2 pun. Nasi lemak emak forever the best.  Nasi Lemak By Shikin Bahan-Bahan Untuk Nasi 3 po...

Agar-Agar Kering

Imej
Yang ni pun buat untuk kenduri adik-adik hari tu. Dipeket dalam bekas kecik-kecik untuk dijadikan doorgift buat tetamu yang datang. Saya buat 3 adunan, tu pun secara berperingkat-peringkat sebab kekurangan talam untuk menjemur agar-agar. Ekceli, agar-agar kering ni saya selalu buat time hari raya zaman anak dara dulu. Masa raya, agar-agar ni wajib ada. Tak tau kenapa rasa seronok jer bila tengok agar-agar tu terjemur depan rumah.  Mmg resepi evergreen ni. Buku resepi emak yg menjadi rujukan saya pun dah naik kuning warnanya. Tapi saya suka buat je...makan tak seberapa sbb agar-agar ni manisnya ya ampunnn...yang teramat sangat... makan sikit-sikit bolehla... kalau makan banyak2 harus terkena diabetes ni... Tu pun jenuh bertepis ngan anak-anak...dioarang mmg feveretla manis-manis ni. Makan tak agak dah... Okey...nak kongsi resepinya disini...(resepi asalnya dalam sukatan traditional tapi saya dah edit ikut sukatan metrik kontemporari supaya senang d...

Daging Congo

Imej
Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga.  DAGING CONGO by Shikin@ Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 kg daging - dihiris nipis 2 labu bawang besar - dikisar halus 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan air asam jawa 3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas) 2 sudu besar gula garam secukupnya (jika perlu) sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam Panaskan minyak dalam kuali , tuangkan bahan-bahan perapan.  Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri) Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak Rasa garam dan gula Sedia untuk dihidang *Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Imej
Memanfaatkan hujung minggu di rumah selalunya kat kampung , saya dan suami ke Nat Tok Jalai mencari lauk untuk santapan tengahari.  Keluar dari rumah memang bercadang nak cari ketam. Alhamdulillah, jumpa. Kami beli sekilo. Ketamnya taklah besar sangat. Adalah dalam 15 ekor. Tercapailah hajat nak masak lemak ketam dengan nenas.  Ok, jom kita tengok bahan-bahannya... Masak Lemak Ketam Dengan Nenas By Shikin Bahan-Bahannya 1 kg ketam - bersihkan 1 biji nenas sederhana besar - buang kulit dan matanya. Potong ikut kesesuaian. 5 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 inci halia* 5 biji cili merah* (bahan bertanda * dikisar sehingga halus) 3 batang serai - dititik Santan secukupnya daripada sebiji kelapa - asingkan patinya Cara-Cara Membuatnya Masukkan bahan-bahan kisar , serai dan nenas didalam periuk. Panaskan api, masak sehingga air nenas keluar dan sebati bersama bahan-bahan kisar. Masukkan pati santan, masak lagi. Masukkan ketam, gaul sehingga sebati . Masukkan pul...

Rendang Ayam

Imej
Rendang ayam ni resepi turun temurun keluarga saya. Daripada arwah tok kepada emak dan sekarang kepada saya. InsyaAllah selepas ni diturunkan pula kepada puteri-puteri berdua tu... Resepi yang simple dan dam memasaknya pun sangat mudah. Cuma biasalah kalau masak rendang ni selalunya ambik masa sikit.  Rasanya pun sedap. Sangat sesuai dimakan dengan ketupat ataupun dengan nasik... Jom tengok resepinya... Rendang Ayam by Shikin Bahan-Bahannya 1 ekor ayam - dipotong-potong 1 biji kelapa - perah dan ambil santannya (>< 5-6 cawan) 20-30 tangkai cili kering - dikisar 1 biji bawang besar - dikisar 5 ulas bawang merah - dikisar 2 inci lengkuas - dikisar 2 inci halia - dikisar 2 batang serai - dititik 2 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Masukkan kesemua bahan (kecuali daun kunyit, daun limau purut dan garam)  kedalam kuali. Masak sehingga mendidih. P...

Kari Kepala Ikan Ummi

Imej
Menu request daripada en.suami. Dah lama katanya tak pekena kari kepala ikan ni yang memang menjadi feveret dish dia. Kalau jumpa kari kepala ikan ni memang bertambah-tambahlah dia makan.  Biasanya suami beli kepala ikan merah yang menjadi kegemarannya. Tapi sebab tak der stok kat pasar, dia beli kepala ikan jenahak yang juga sesuai dibuat kari.  Saya buat kuahnya pekat sebab suami suka kari style macam ni. Tambahkan bendi yang dipetik depan rumah dan juga tomato. Ikan jenahak ni manis isinya. Fuhh...bila makan tak sempat toleh kiri kanan. Anak-anak pun suka bila sesekali ummi layan kari kepala ikan macam ni. Resepi kari kepala ikan ni simple saja. Resepi yang selalu saya guna bila buat kari, hasil tunjuk ajar emak saya yang tersayang sejak saya mula memasak. Dan resepi ni cukup memikat selera suami saya (sebab bila saya masak kari dia makan dengan berselera sekali sambil memuji). Salin yer resepinya... Kari Kepala Ikan Ummi by Shikin Bahan-bahannya Kepala ikan ( ikut ...

Serawa Pisang

Imej
Saya masak serawa pisang ni malam tadi. Lepas maghrib, sambil-sambil melayan Deena dan Nuha godek-godek kejap Serawa Pisang ni kat dapur. Pisang ni en. suami tanam kat depan rumah. Dah di agih-agih kan kepada jiran tetangga sorang sesikat. Ada lagi belen kat dapur dalam dua tiga sikat.  Saya pula memang dah lama berhajat nak makan serawa pisang. Kena pula stok pisang ada kat rumah, jadi 'on' aje lah... Resepi...guna resepi mak saya. Serawa Pisang by Shikin Bahan-bahan 10 biji pisang - sederhana masak(saya guna pisang awak) 1 cawan biji sagu (rebus sampai kembang dan toskan) 6 cawan santan (drpd sebiji kelapa) 3/4 cawan gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian) secubit garam daun pandan Cara-cara Pisang dibuang kulit dan dipotong dua secara menyerong. Masukkan santan, pisang dan daun pandan kedalam periuk dan renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih. Masukkan sagu, gula dan garam secukupnya. Renehkan lagi sek...

Daging Congo

Imej
Kali ni saya nak share resepi Daging Congo dengan anda semua. Kenapa namanya daging Congo??? Saya pun tak pasti kenapa namanya macam tu, tapi sejak saya kenal dengan masakan ni memang itulah namanya. Pernah juga kami adik-beradik main agak-agak sebab apa namanya Daging Congo. Last-last kami buat kesimpulan, mungkin sebab warnanya yang macam tu kot, macam orang-orang kat Congo he he...  Tapi tak per... HITAM ITU MENAWAN! Biar rupanya macam tu, yang pasti rasanya sedap dan memang kena dengan selera anak tekak kami sekeluarga. Daging Congo ni resepi turun temurun keluarga kami. Resepi asal daripada arwak tok saya sebelah abah. Arwah tok saya ni kalau ada daging , memang inilah lauk wajib yang dia akan masak. Sebab tok saya tak der anak perempuan, resepi ini diperturunkan pula kepada menantu-menantunya (dah macam satu kewajipan pulak semua menantu-menantunya mesti tau resepi ni,termasuklah emak saya) dan kemudian turun pula kepada kami cucu-cucunya.  Seb...

Masak Lemak Ayam Kampung

Imej
Salam Ramadhan... Ekceli ni lauk hari Jumaat hari tu, tapi biasalah disebabkan kesibukan hujung minggu tak sempat nak publish dalam blog. Kiranya ni n3 tertunda lah ni. Ayam kampung masak lemak ni request daripada en. suami yang teringin nak makan masak lemak ayam kampung yang macam arwah MIL selalu buat dulu. Alahai...memang tak dapatlah saya nak lawan stail MIL sebab air tangan ibu sentiasa yang terbaik buat anak-anak. Memang sedap sungguh bila makan masak lemak yang MIL buat.  Tengok bahan-bahan yang dia masukkan biasa-biasa saja. Tapi rasa dia...hurmmmm memang sedap. So, saya cuba juga membuat dengan stail MIL tapi mengikut citarasa saya. Jujurnya masakan ini,  tak dapat menggantikan masakan MIL tapi sekurang-kurangnya mengubati rasa rindu suami terhadap masakan arwah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) Disini saya kogsikan resepinya... MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG My MIL Style Bahan-bahannya 1 ekor ayam kampung 3 ...

Lengat Pisang Nangka

Imej
Ekceli masak lengat pisang ni petang Jumaat hari tu. Hari ni baru sempat nak post entry nyerr..   Lengat pisang ni saya buat menggunakan pisang nangka yang suami bawa balik dari kampung baru-baru ni. Saya buat dua loyang. Boleh la buat hidangan makan petang. 1 loyang lagi saya bawa ke matrik untuk dimakan bersama kawan-kawan. Sapa-sapa yang ada pisang berlebihan kat rumah, nak goreng pun dah tak berapa best, boleh cuba lengat pisang ni. Resepi amek kat bawah (sebenarnya agak-agak ajer ni) Lengat Pisang By Shikin Bahan-Bahan 5 biji pisang nangka (boleh ganti dengan pisang lain) 11/2 cawan tepung beras (boleh gunakan tepung gandum) 4 cawan santan 1 cawan gula secubit garam Cara-Cara -blend pisang bersama gula dan garam sampai halus -masukkan santan, tepung dan garam. kacau sebati -tuang dalam loyang yang bersesuaian, masukkan ke dalam pengukus -kukus 30 - 40 minit.

Masak Lemak Ikan Temenung Dan Nenas

Imej
Mengambil kesempatan kepulangan suami kekampungnya (Gulau), maka saya dan anak-anak turut pulang ke kampung saya..he he. (Teringin gak nak sebut kampung tu...Padahal kampung kita seberang sana tu aja. Area Taman Mahsuri gak... ke ke) Seronok sesekali dapat bermalam dirumah mak dan abah. Adik-adik yang berdua tu pun balik bercuti, riuh rendah lah sikit rumah. Mana lagi dengan gelagat anak-anakku yang tiga orang tu. Jenuh nak melayan. Sesekali berkumpul boleh lah merasa masakan mak (the best in the world). Memang best... So, mari kita layan apa menu yang telah dihidangkan... Ikan temenung (kembung) masak lemak dengan nenas. Feveret dish saya ni... Selalunya kalau ada nenas dan ikan temenung inilah masakan yang menjadi pilihan. Gandingan ikan dengan nenas dimasak lemak ni memang sangat menarik. Rasanya pun sedap. Resepinya : Masak Lemak Ikan Temenung Bersama Nenas By Shikin Bahan-bahan  4 ekor Ikan temenung (kembung) 1/2 biji Nenas (dihiris nipis) 4 cawan ...