Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

A Lovely Fruit Cocktail

Imej
Buat hujung minggu baru-baru ni... 
Hmm...nyaman jerr rasa anak tekak dapat layan FC musim-musim panas cam ni. 
Sumi jer yang melampung, buahnya dah tenggelam kebawah..
Resepi boleh tengok kat sini

Posing dlm periuk je FC ni...tak sempat dah nak masuk dalam mangkuk @ gelas yang vouge the vass...hehehe...

Mee Tulang

Imej
Buat jamu adik-adik yang berkunjung ke rumah baru-baru ni....

Mee Tulang By Shikin Sumber : Nafsiah (My Cousin)
Bahan & Cara
Mee Mee Kuning 
celur dalam air panas. Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan.

Kuah Tulang (saya guna atr 1kg - 2kg) Daging (1/2 - 1kg)  Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)* Bawang Merah (10 - 15 ulas)* Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus  Tomato sup (1 tin) Cili Sos (secukupnya) Sayur - sawi, karot(disagat ), tomato Garam dan gula secukupnya Air secukupnya
Rebus tulang dan daging. Bila dah cukup empuk keluarkan daging dan tulang. Kikis isi yang ada kat tulang. Manakala daging dihiris nipi.Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati.Masukkan air rebusan daging. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung.Biar sampai mendidih. Tuangkan kuah keatas mee yang telah dileta…

Serawa Pisang

Imej
Pisang hasil tanaman En. Tahiri dari kebun sekangkang kera di depan rumah sana..


Resepi tengok kat sini

Lunch Set

Imej
Sup siam, kubis goreng pedas, ulam-ulaman dan sambal bilis goreng serta telur dadar.

Kubis goreng pedas

Sup Siam

Ulam dan sambal bilis goreng

Telur dadar.

Jom makan...

Cendawan Crispy Dan Ayam Goreng Kunyit

Imej
Lamanya tak hapdet bloggg...
Hmm...tak tau la nak kata macam mana...memang malas sungguh-sungguh.
Nak kata tak masak...masak la jugak...
Lepas masak ambil gambar, tapi tu lah...dok sengap dalam kamera tu je lah...hehehe
Kali ni nak tayang cendawan crispy dengan ayam goreng kunyit.
Ok letak resepi yerrr...

Cendawan Crispy  By Shikin
Bahan-Bahan Cendawan Serbuk kari daging Garam Serbuk perasa Tepung beras campuran
Cara-Cara
Siat-siat cendawan.
Bancuh serbuk kari daging, garam dan serta serbuk perasa dengan sedikit air.
Gaul cendawan dalam  bancuhan serbuk kari daging, angkat dan toskan.
Kemudian golekkan atas tepung beras.
Goreng dalam minyak yang betul-betul panas sampai garing. Angkat dan toskan.


Ayam Goreng Kunyit By Shikin
Bahan-Bahan Ayam Garam Sebuk Kunyit Bawang besar Cili Kering
Cara-Cara
Gaul ayam dengan garam kunyit

Panaskan minyak. Masukkan ayam, goreng sampai agak garing.
Masukkan bawang besar dan cili kering.
Goreng sampai bawang layu. Padamkan api.
Angkat dan hidangkan.