Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Fruit Jelly

Imej
Try buat fruit jelly ni sempena makan-makan untuk meraikan hari lahir seorang rakan sekerja Kak Ti. 
Kelmarin genap usianya 40 tahun. Dah masuk 4 series u...he he..
Selamat Hari Lahir Kak Ti. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Idea untuk buat fruit jelly ni saya dapat daripada k.nor@secubit garam, dimana idea asalnya k.nor ambik daripada yaniMyR.
Minta izin daripada kedua-duanya untuk share resepi kat sini pulak ye...



FRUIT JELLY by shikin sumber Yani MyR
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau 50g gula secubit garam
Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
* kalau nak tengok step…

Menu Ekspress...

Imej
Menu yang selalu menjadi pilihan bila keadaan terdesak dan masa tak mengizinkan...
Mee Maggie cepat dimasak sedap dimakan...(mood : orang tak berapa rajin nak masak...ngeh...ngeh...)

Laksa Lagi

Imej
Buat lagi laksa, gara-gara nak menghabiskan stok ikan temenung dalam peti ais tu.
Ikan kalau dah kena ais, banyak hari pulak tu nak goreng pun tak sedap. So kena fikir alternatif lain untuk menghabiskan ikan-ikan tu.
Memula ingat nak buat cucur ikan, tapi masa tengah merebus tu en. suami melontarkan persoalan "nak buat laksa ka?". Saya pun hmmmm....buat laksa la...
Masih menggunakan resepi Cheq Sue yang saya buat sebelum ni. Cuma kali ni laksa saya kuahnya tak berapa pekat. Mungkin sebab ikan tak berapa banyak kot...
Pe hal pun, laksa tetap licin....
Resepi tengok bawah yer...

Laksa Kedah Cheq Sue by Shikin
Bahan-bahannya 1 kg ikan selayang / sardin - direbus (saya guna ikan kembung@temenung) 1 cawan udang kepal - dibasuh dan ditumbuk lumat. (saya blend aja) 30-40 tangkai cili kering - rendam air panas dan kisar 2 ulas bawang besar - kisar dengan cili kering 1 inci belacan - dikisar bersama cili kering 3 ulas bawang merah - dimayang 1 genggam asam keping 1 genggam daun kesum 3 batang bunga …

Puyuh Goreng Madu

Imej
Gambar dalam fail simpanan. Sebenarnya dah lama buat puyuh goreng madu ni, tapi tak sempat masukkan resepi.
Ini puyuh goreng madu gaya saya. Aci redah bahan-bahan yang ada. Main campak saja...

Puyuh Goreng Madu by Shikin
Bahan-bahan 4 ekor Puyuh 2 sudu besar Madu 1sdt Garam  1 sdt Kunyit 2 ulas bawang putih 2 ulas Bawang Besar 4 tangkai Cili Kering 2 pelepah Daun Kari
Cara-cara Bersihkan puyuh elok-elok. Lumurkan dengan bawang putih, garam, kunyit dan madu. Perap 1/2 - 1 jam.Panaskan minyak, goreng puyuh.Apabila puyuh hampir masak, masukkan hirisan bawang besar, cili kering dan daun kari.Terus menggoreng sampai semua bahan masak.Angkat puyuh drpd kuali dan hidangkan.

Sup Sayur

Imej
Hidangan ringkas untuk makan malam. Sampai dari kampung dah dekat maghrib, tak sempat singgah kedai cari bahan masakan. Aci redah apa yang ada dalam peti ais, sayur aje yang banyak. Ada sawi, karot, baby corn etc... 
Hmmmm...buat sup sayur je lah. Makan panas-panas...

Sup Sayur by Shikin
Bahan-bahan Sayur (sawi, karot, babycorn etc...) - potong ikut kesesuaian, basuh bersih dan toskan. Bawang putih dan bawang merah secukupnya - mayang halus Bawang besar - hiris Suhun secukupnya - rendam dulu, lepas tu tos Sedikit minyak - dalam 1 sudu besar @ ikut kuantiti sayur. Kalau sayur banyak lebihkan, kalau sup sayur lebih kurang satu mangkuk, 1 sudu pun dah  cukup.  Air Udang atau ikan bilis sebagai perencah. Tak letak pun tak pe. (Kali ni saya tak letak sebab tak de stok)
Cara-cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan air untuk dijadikan kuah secukupnya. Apabila kuah mendidih masukkan sayur-sayuran. Masukkan sayur yang keras dulu.Kemudian masukkan suh…

Gulai Lemak Nangka Dengan Talang Kering

Imej
Letak gambar saja, sebab yang ni pemberian emak saya. Bukan saya masak sendiri.
Nak letak resepi pun tak tau bahan-bahan yang digunakan. 
Kalau nak agak-agak bahan tu memang boleh, tapi tanya terus daripada tuan punya resepi baru berkat kan...kan...
Layan gambar ekkk...

Sambal Udang Dengan Tofu Telur

Imej
Juadah ringkas untuk makan malam. Alhamdulillah, dapat memenuhi selera suami dan anak-anak menghabiskan sepinggan nasi.

Sambal Udang Dengan Tofu Telur by Shikin
Bahan-bahan 2 bungkus tofu telur 10-15 ekor udang sederhana besar 2 senduk cili kisar Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis
Cara-cara Goreng tofu telur, kemudian goreng udang. Letak tepi.Tumis cili kisar sampai garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan sedikit air, kacau sebatiBila kuah cukup masak, masukkan tofu telur dan udang. Kacau dan biarkan tofu dan udang sebati dengan kuah.Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Sandwich Goreng

Imej
Tak tau nak masak apa untuk makan malam kelmarin. Suami cadang supaya dibuatkan roti telur, tapi rasa dah biasa sangat.

Teringat dalam peti ais masih ada baki inti sardin yang saya buat baru-baru ni.

Teringat juga kesedapan sandwich goreng yang biasa saya makan kat kafeteria di tempat kerja.

Hati berkata-kata "Hmm...sandwich goreng ok jugak kottt..."

Sebelum ni pernah juga rasa teringin nak cuba-cuba goreng sendiri sandwich guna bancuhan tepung goreng pisang yang saya biasa buat. Tapi tak terlaksana sebab takut makan minyak pula roti tu.

Bila duk survey dalam internet jumpa resepi sandwich goreng ni diblog AlongRoz. Along kata resepi ni ok, sebelum tu Hasue pun dah buat . Jadi saya pun pakai resepi yang sama lah.

Alhamdulillah, menjadi... Tengok suami dan anak-anak pun makan dengan berselera. Masih panas-panas dan rangup-rangup gitu... Memang sedap. Insya Allah boleh buat lagi lepas-lepas ni.

Ok, saya letakkan pula resepi tu kat sini, tapi ada penambahan sikit berdasarkan ap…

Triffle Lagi

Imej
Saya buat triffle ni untuk majlis merisik adik perempuan saya, Sarah, petang kelmarin. 
Balik kerja terus ke kedai bakery nak cari swissroll tapi tak ada. Yang ada cuma kek sponge pandan. Rasanya kek sponge pun ok juga jadi saya ambik 2 biji sebab saya bercadang nak buat dua adunan triffle. Satu untuk majlis merisik dan satu lagi untuk dibawa ke tempat kerja.
Mulanya rasa cuak juga takut tak sempat siap sebelum tetamu datang. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan Allah dan puding triflle ni dapat disiapkan.
Masih menggunakan resepi yang sama sebelum ni.
Puding Triple Layer (Triffle) Resepi : Officemate Sumber : Shikin
Bahan-bahannya 2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah 1 tin fruit coktail 1 tin susu cair 1 tin air 5 sudu makan tepung kastard 5 sudu makan gula 1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak)

Cara membuatnya Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik)Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek…

SUPER FUDGY BROWNIES

Imej
Penah makan brownies tak? Selalu makan kek, apa kata sekali-sekala kita tukar dengan brownies pulak. So, mengambil kesempatan cuti hujung minggu, godek-godekla bahan untuk buat brownies.
Banyak-banyak resepi brownies yang saya survey, hati rasa tertarik nak cuba brownies yang ditayangkan oleh K.Nor dalam entrynya baru-baru ni.
Memang terasa kelainan antara brownies dan kek coklat. Saya setuju dengan kata-kata k.Nor brownies yang ini terrrrramat kaya dengan rasa coklat dan agak chewy. Tu yang rasa tak puas-puas nak mengunyah.
Kalau lihat pada gambar, brownies saya ni agak kering dan merekah. Jadi macam tu sebab saya tersalah set api atas bawah masa memanaskan oven. Dah bakar dekat 15 minit baru perasan.
Tapi, tak kisahlah kan. Yang penting rasanya memang sedap dan menjadi rebutan anak-anak.


SUPER FUDGY BROWNIES by Shikin Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor
Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar) Saya guna buttercup
130 gm all purpose flour - (1 cawan) Saya guna …

Kangkung Goreng Dengan Udang Bendang

Imej
Kangkung Goreng Dengan Udang Bendang by Shikin
Bahan-bahan Kangkung Udang Bendang Bawang merah dan bawang putih Bawang besar Sambal belacan Garam Minyak untuk menumis
Cara-cara Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.Masukkan sambal belacan dan bawang besar. Kacau sekejap.Masukkan kangkung yang telah dipotong dan dibersihkan. Goreng sampai kangkung masak.

Udang Bendang Goreng Kunyit

Imej
Udang bendang ni dibeli oleh suami saya kat pasar malam baru-baru ni. Tak tau nak masak apa, jadi saya buat masak goreng kunyit saja.


Udang Bendang Goreng Kunyit by Shikin
Bahan-bahannya Udang bendang Bawang besar* Bawang merah* Bawang Putih* Cili padi* Garam dan serbuk kuntit Minyak Masak (Bahan-bahan bertanda * dimayang halus / dihiris. Kuantiti bahan yang digunakan boleh diejas ikut kesesuaian)
Cara-cara Basuh udang bersih-bersih dan toskan.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.Masukkan udang bendang, serbuk kunyit dan garam. Kacau udang sehingga separuh masak.Masukkan pula bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga udang dan bawang masak sepenuhnya.

Potato Wedges

Imej
Potato wedges ni sebenarnya one of my favourite dish. Kalau p fast food restaurant, wajib order wedges ni, nak-nak yang mayo dan cheezy tu...mmmm...sedapnya... Macam mana lah tak bam bam kan....
Ha....tu yang segera punya cerita. Kali ni saya nak share satu resepi wedges...homemade punya tau. Tak der lah susah nak membuatnya dan bahan-bahannya pun simple aja. 
Sapa-sapa yang rajin, bolehlah cuba. Tapi kalau rasa tak berapa rajin, yang frozen pun banyak kat pasaraya. Beli sebungkus, balik boleh terus goreng.
Ok, moh kita tengok resepi...

Potato Wedges by Shikin sumber: nonierahman
Bahan-bahan 4 biji ubi kentang (saya pakai russet potato so x yah buang kulit,basuh bersih2)5sb tepung gandum5sb tepung beras1sdt serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pon boleh)1sdt serbuk lada hitam1 ulas bawang putih di cincang1/4 sdt garam1 biji telurCara-cara
Gaul semua bahan dan goreng pada api sederhana


Mee Goreng Berdaging

Imej
Ekceli mee goreng ni dah lama dah saya buat, tapi tak pernah di publishkan. 
Memandangkan tak der projek masak-masak yang beria-ia sangat sehari dua ni, apa salahnya saya tempekkan gambar dan  resepi yang dah berkurun duk dalam simpanan.
Tengok gambar nye pun buruk sikit. Aci snap masa dalam kuali lagi. Tak sempat nak letak dalam pinggan dan hias-hias bagai. Tapi tak kisah la kan....

Mee Goreng Berdaging by Shikin
Bahan-bahannya 1 bungkus mee kuning - Keluarkan daripada plastik dan lerai-lerai kan. 200 gm daging - rebus sampai empuk dan hiris nipis 3 ulas bawang putih 2 senduk cili kisar 2 ketul tauhu/tokua Sos cili / sos tomato / kicap Sawi Garam dan gula Sedikit minyak
Cara-cara membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga garing.Masukkan kesemua jenis sos dan kicap serta garam dan gula secukupnya.Masukkan pula daging dan tauhu. Biar sekejap supaya semua bahan sebati.Tuangkan sedikit air rebusan daging. Pecahkan telur (…

Cekodok Ubi

Imej
Dah lama tak makan cekodok ubi ni. Sebab bekalan ubi keledek jarang benar ada kat dapur saya.  Entah kenapa tak lah rajin sangat saya membeli keledek.
Sedangkan sebelum kahwin cekodok ubi ni lah yang selalu menjadi kudap-kudapan kami sekeluarga dipetang hari. Sebab abah kalau ke pasar jarang lupa membeli keledek. Kalau tak digoreng, dijadikan cekodok. 
Dan sebagai kakak sulung, sayalah yang selalu mengambil alih tugas emak, melecek dan menggentel aduanan keledek. Bukan sikit tu, selalunya sekilo ubi digunakan. (Untuk santapan abah, emak dan 10 orang adik beradik kami) Dah dicampur dengan tepung, mak aihhh.... jenuh jugaklah. Sempat juga layan cerita hindustan masa menggentel.
Petang Jumaat lepas rasa teringin pulak nak makan cekodok ubi. Hmmm...sesekali mengimbau kenangan masa silam. Lagipun apa salahnya makanan yang biasa saya makan tu saya hidangkan kepada keluarga saya pula.
Tak sangka pula cekodok ubi ni mendapat sambutan yang tinggi daripada anak-anak saya. Sekejap je licin pinggan.

Butter Bread Pudding & Welcome Teratak Resepi Ummi.

Imej
Firstly, nak ucap selamat datang kepada blog Teratak Resepi Ummi ke arena blog masak-masak. Blog ni kepunyaan sahabat seperjalanan saya Ta yang semakin semangat berblogging sejak akhir-akhir ni. 
Tahniah sebab berjaya mewujudkan blog ini setelah 'bersabar' sekian lama melihat saya dan beberapa rakan yang lain mengupdate blog saban hari. Teruskan usaha Ta. Chaiyokk!!!
Ok, kembali kepada entry utama. Sebenarnya hari ni saya nak cerita tentang Bread Butter Pudding yang saya buat hari Jumaat hari tu. Dah habis pun di makan. Baru nak letak entry.
Resepi puding ni saya ambik daripada dapur DayangJack. Cantik dan menarik  kejadiannya didapur Dayang tu. Manakala dapur saya ni kejadiannya biasa-biasa saja. Tapi tang rasanya tu...hmmmm...
Rasa puding ni sedap, dan saya suka dengan rasanya yang lembut dibahagian bawah dan sedikit crunchy dibahangian atasnya. Tambah pula ditabur dengan coklat cip yang cair bila dibakar. Memang sedap.
So, minta izin daripada tuan resepi untuk saya tempekk…

Kari Udang

Imej
Salam semua...
Hari ni nak tayang menu yang selalu mendapat tempat di Dapur Ummi. 
Menu yang satu ni memang kegemaran en. suami dan turut digemari sang isteri dan anak-anak. 
Hmm...apa lagi menunya...Kari Udangla...
Mengambil kesempatan memasak hidangan kesukaan suami sempena saya 'off ' hari ni (cuti emergency). Suka tengok dia makan tengahari ni. Bertambah 2,3 kali.
Bukan selalu waktu tengahari macam ni saya boleh masakkan untuk dia.(selalu kan waktu macam ni kat ofis) 
Dan selalunya makan tengahari suami dihidangankan dengan makanan daripada MamaWiduri mahupun LanTabur.
Tapi hari ni boleh kari udang...walla...
Jomla tengok resepi  kat bawah

Kari Udang By Shikin
Bahan-Bahan 500gm Udang - dibersihkan 5 ulas bawang merah* - dimayang 2 ulas bawang putih* - dimayang 2 Tangkai daun kari* - lurut daunnya sahaja 2 bungkus serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air 2-3 cawan santan Karot/tomato Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. T…

Nasi Goreng Sardin

Imej
Menu untuk makan malam...

Nasi Goreng Sardin by Shikin
Bahan-bahannya 4 cawan nasi sejuk 1 biji bawang besar - dimayang 2 - 3 sudu besar sambal belacan 3 sudu besar pes sardin 2 biji telur Sayur-sayuran (optional) Minyak masak Garam secukupnya
Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan sambal belacan. Biar sehingga pecah minyak.Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati.Pecahkan telur. Kacau lagi. Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan. Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada)Letak garam secukupnya. Kacau sebati. Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan apiHidangkan.