Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Bengkang Ubi

Imej
Berbengkang la pulokkk...tapi tu laaa x berapa nak molek jadi dia...hihihi BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkang nanti.  550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum  300gm gula   Sedikit garam Pewarna kuning (optional) Cara Membuatnya Campur kesemua bahan,gaul sebati Tuang adunan kedalam loyang Masukkan ke dalam oven Bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Gulai Haruan

Imej
Rajin pulak En. Tahiri menjala sehari dua ni. Tapi banyak dapat anak2 ikan jerr.. Ikan haruan ni ada lah 2 ekor. Tu pun yg sedang2 saja. En. Tahiri minta saya buatkan gulai. Ok...permintaan ditunaikan tapi ada satu syarat...ikan haruan kena lah En. Tahiri yg siangkan...hihihi Gulai Haruan By Shikin Bahan-Bahan Ikan haruan - siang, potong ikut kesesuaian dan basuh bersih2. 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 3 sudu besar serbuk cili 2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Bendi Tomato Cara-Cara Panaskan minyak.  Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  Masukkan karot. Masak seketika. Perasakan dengan g

Cucur Udang Bendang

Imej
Request yang tertangguh sekian lama...udang tu pulak dah dekat2 sebulan chek in dalam esbok.  Cuma sempat buat cucur sahaja. Kuah, guna lebihan sos nasi ayam yang ntah kurun ke berapa tah...tp still elok la... Heee...kebizian apa tah... Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad + tepung jagung Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti) Minyak untuk menggoreng Cara buat Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur) Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung) Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung. Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawang.

Masak Lemak Ayam Kampung

Imej
Lately update blog ni x sempat nak berceloteh bagai. Masa amat mencemburui...datang sapu2 habuk...pas tu balik...hihihi Ekceli masak lauk ni kemarin. Oh ya! Ayam kampung masak cenggini mmg feveret En. Tahiri :-) Masak Lemak Ayam Kampung By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ayam kampung - bersihkan, potong ikut kesesuaian 1 ulas bawang putih* 4 ulas bawang merah* 1 inci halia* 1 sudu kecil serbuk kunyit* 4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus) 4-5 biji cili padi 3 batang serai - dititik Asam keping Tomato 1 mangkuk air Santan - lebih kurang RM1 Garam secukup rasa. Cara-Cara Membuatnya Masukkan  ayam, serai, asam keping, bahan-bahan yang dikisar beserta air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai ayam lembut. Kalau air kering, tambah lagi Masukkan pula santan.  Kacau sentiasa. Api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak. Masukkan garam. Biarkan mendidih. Masukkan tomato.  Boleh lah rasa kuahnya. K

Tomyam Seafood/ Sambal Belacan...untuk hujung minggu...

Imej
Tomyam Seafood (Sotong & Udang) By Shikin Bahan-Bahannya Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.) 3 sudu besar pes tomyam 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis 5 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya 1 sudu besar susu pekat manis - kali ni x letak 1 batang seleri - hiris 2 biji tomato - potong 4 karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki Air Garam Cara Membuatnya Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan) Masukkan sayur2 yan

Ikan Masak Kicap

Imej
Ikan Masak Kicap By Shikin Bahan-Bahan Ikan Cili Sos Kicap Garam Gula Kunyit Daun Kari Bawang putih - mayang Bawang Merah - mayang Halia - hiris memanjang Serai - potong serong Bawang besar - potong bulat Minyak Air (jika perlu) Cara-Cara Basuh ikan bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing) ketepikan. Alih minyak goreng ikan tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj) Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sampai naik bau. Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api. Sedia untuk dihidangkan... Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, baby corn @ tomato masukkanlah sekali. Nak p