Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sandwich

Roti Jala, Pengat Durian & Sandwich Simple

Imej
Juadah berbuka puasa kami kelmarin. :) ROTI JALA By Shikin  Sumber : Reenkhan  Bahan-bahan  2 cawan tepung gandum  1 cawan santan pekat  1 1/2 air  garam secukup rasa    2 warna yang berbeza (guna pewarna hijau saja)  1 biji telor  Cara   Blend kesemuanya.  Tapiskan adunan supaya tidak berketul2  Bahagikan 2 bahagian  Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain  Masuk kan kedalam botol muncung 3  1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan  1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak Biarkan roti jala masak Angkat daripada pan.  Warnakan dengan pewarna hijau Jala seperti biasa dengan acuan roti jala Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing  Pengat Durian By Shikin Bahan-Bahan Durian  Santan  Gula  Garam  Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)  ...

Sandwich Goreng

Imej
Kat rumah ni, kalau nak habiskan roti, transform jek jadi benda lain. Sekejap jer jalan. Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter 2 sb mentega Majerin 1 1/2 cawan Tepung Gandum* 1/2 cawan tepung ubi 1/2 cawan tepung jagung 1 titik perwarna kuning (optional) 1/4 st Garam* (* campur) Air CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatkan adunan yang sekata) Celupkan roti kedalanm adunan tepung Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak. Sedap dimakan semasa masih panas.

Sandwich Scrammble Egg Simple

Imej
Breakfast yang simple untuk pagi ni sbb nak rushing ke sekolah Aiman untuk Majlis 'Idul Ilmi. Kena sampai sebelum pukul lapan.   Hari ni Aiman terima hadiah untuk tempat ke 2 dalam kelas dan juga kerana mendapat markah terbaik utk m/pelajaran B.Melayu, B.Inggeris dan juga AL-Qur'an(Hafazan). Alhamdulillah, barakallahulaka... Nak singgah makan kat kedai takut lambat pulak.  So, ummi buatkan ajer scramble egg, kepit ngan roti, tuang sos ngan mayonis, jadilah sandwich simple.

Simple Breakfast

Imej
Aiman minta saya gorengkan nasi untuk dia pagi2 tadi.  Tapi sebab tak der nasi sejuk yang nak digoreng, saya cuma buatkan sandwich telur untuk dia. Just a simple sandwich, tapi Aiman makan dengan berselera dan tersenyum lebar. Saya tau dia suka sandwich yang saya buat tu. Siap tapau lagi sebagai bekal ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan katanya... Deena pun bila tengok saya sediakan sandwich, cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak makan roti telur yang ummi buat katanya... Hurrmmm...suka bila tengok sandwich yang simple tu hilang sekelip mata... Benarkan air tangan ibu pengikat kasih nsyang anak-anak. Simple macam mana pun kalau ibu yang masak, pasti sedap di mulut anak-anak. Bak kata Aiman dan Deena : No 1 yang masak paling sedap...Ummi, No 2...abah (he he ...abah pun masuk list yer...walaupun cuma masak nasi, goreng ikan dan telur saja...) Sandwich Telur By shikin Bahan-Bahan Roti Putih  2 biji telur Serbuk lada hitam/ lada sulah...

Sandwich Goreng

Imej
Balik kerja, selepas bersihkan diri dan solat asar, saya terus masuk dapur. Terus siap-siapkan bahan untuk buat sandwich goreng. Hujan pulak petang-petang ni, memang kena sangatlah bila layan sandwich goreng panas-panas. Kiranya En.Tahiri balik dari sekolah aja terus hadap sandwich tu lah... Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter  2 sb mentega Majerin 1 1/2 cawan Tepung Gandum* 1/2 cawan tepung  ubi 1/2 cawan tepung jagung 1 titik perwarna kuning (optional) 1/4 st Garam* (* campur)   Air   CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi.(Kali ni saya potong 4, sapu inti sardin dan mayonis, tangkupkan 2) Ketepikan. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan  air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna ...

Baked Sandwich

Imej
Kalau ada roti yang tak habis, boleh transform jadik benda ni... Baked Sandwich By Shikin Sumber :  Madiha, Kak Rinnchan Bahan-Bahannya Bahan Kulit/Casing Roti gardenia secukupnya Bahan-bahan Inti 1 biji bawang besar, dicincang 2 biji bawang putih, dicincang 1/2 camca serbuk lada hitam 1 sudu besar sos tiram 200gm - 300gm isi ayam, dicincang 5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus 1 biji telur Garam & gula secukup rasa Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) Kaedah penyediaan 1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk SINI   untuk kaedah menyediakan kulitnya ) 2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam. 3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak) 4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam da...

Sandwich Goreng Lagi

Imej
Breakfast di pagi Jumaat.  Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter  2 sb mentega Majerin 2 cawan Tepung Gandum* 1 cawan tepung beras    1 cawan santan 1 titik perwarna kuning 1/4 st Garam* (* campur)   Air CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Ketepikan. Satukan kesemuajenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan santan dan juga air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai. Celupkan roti kedalanm adunan tepung Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak. Sedap dimakan semasa masih panas.

Sandwich Goreng

Imej
Tak tau nak masak apa untuk makan malam kelmarin. Suami cadang supaya dibuatkan roti telur, tapi rasa dah biasa sangat. Teringat dalam peti ais masih ada baki inti sardin yang saya buat baru-baru ni. Teringat juga kesedapan sandwich goreng yang biasa saya makan kat kafeteria di tempat kerja. Hati berkata-kata "Hmm...sandwich goreng ok jugak kottt..." Sebelum ni pernah juga rasa teringin nak cuba-cuba goreng sendiri sandwich guna bancuhan tepung goreng pisang yang saya biasa buat. Tapi tak terlaksana sebab takut makan minyak pula roti tu. Bila duk survey dalam internet jumpa resepi sandwich goreng ni diblog AlongRoz. Along kata resepi ni ok, sebelum tu Hasue pun dah buat . Jadi saya pun pakai resepi yang sama lah. Alhamdulillah, menjadi... Tengok suami dan anak-anak pun makan dengan berselera. Masih panas-panas dan rangup-rangup gitu... Memang sedap. Insya Allah boleh buat lagi lepas-lepas ni. Ok, saya letakkan pula resepi tu kat sini, tapi ada penambahan sikit b...

Sandwich Sardin

Imej
Sesekali layan sandwich sardin macam ni best jugak.  Alkisahnya saya buat sandwich ni untuk menghabiskan stok sardin dan mayonis yang dekat nak expired. Rasanya benda yang paling mudah nak buat sandwich la. Tak perlu ambik masa yang lama. Intinya saya masak siap-siap waktu malam, jadi bangun pagi tinggal nak prepare roti saja. Sapu butter, mayonis,, letak inti. Dah siap...Tak de timun, salad bagai. Simple jer... Dapatlah Aiman bawa bekal ke sekolah dan tinggal kan sikit untuk en. suami kat rumah. Selebihnya saya bawa ke tempat kerja. Sandwich Sardin by Shikin Bahan-bahannya Roti Putih (saya guna roti gardenia) Inti Sardin Mentega/Marjerin Mayonis Salad, Timun, Tomato (Optional) Cara-cara Ambil 2 keping roti, sekeping disapu butter, sekeping lagi sapu mayonis. Kemudian sapukan inti sardin ke atas roti yang telah di sapu mayonis. Letak daun salad dan hirisan timun dan tomato (sekiranya ada) Letakkan roti yang disapu mentega diatasnya. Kalau nak potong, potonglah ikut ben...