Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kerepek/Keropok

Kerepek Ngaku @ Arrowhead

Imej
Kerepek Ngaku By Shikin Bahan-Bahan Ngaku - kupas dan hiris/sagat nipis. Rendam dalam air garam. Kemudian toskan. Minyak untuk menggoreng secukupnya Garam Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan ngaku dan goreng sampai masak. Angkat dan toskan minyak sampai kering. Tabur dengan garam secukupnya Simpan dalam bekas kedap udara.

Kerepek Ketam

Imej
Mudah aje membuatnya.  Suami dan anak2 pun suka makan.  Tepek gambar dan resepi yerrr...

Cheezy Mayo Lekor-Lekor

Imej
Keropok lekor made in terengganu. Saya cuma goreng, kemuadian tuangkan sos dan cheese mayonis.  Anak- anak kalau nampak mayonis ngan cheese memang abis hati la...berebut-rebut... Sehingga menjilat jari...

Keropok Lekor

Imej
Keropok ni En. Tahiri kirim dengan salah sorang cikgu sekolah dia yg balik bercuti kat kampungnya di Terengganu baru2 ni. Petang2 balik keje, keluarkan drpd peti ais, goreng jer... itu yg paling senang. Sedap pun sedap... Lately ni aktiviti masak-memasak kat Dapur Ummi tak berapa nak rancak. Bukanla tak memasak langsung...masak jugak. Cuma itulah masak yang simple2 aja. Takkan yg tu pun nak update kat blog kan... Kalau ada pun, mmg tak sempat nak update. Sibuk memanjang...hehehe...

Kerepek pisang Nangka

Imej
Malam-malam ni rajin la pulak nak buat kerepek pisang nangka.  Bukannya apa, balik kampung baru-baru ni SIL siap kirim pisang nangka sesikat. Hijau dan keras lagi tu... Mulalah dalam kepala terbayang-bayang kerepek pisang. Sebenarnya, saya tak pernah buat kerepek pisang ni. Selalu makan yang orang bagi ataupun yang dibeli. So, y not kali ni cuba buat sendiri. Bahan pun dah ada.. Elok-elok habis siat kulit pisang tu baru lah sedar yang penyagat saya berada dalam situasi yang tidak memungkinkan terjadinya kerepek pisang. Try jugak sagat, tapi habis semua...hancusss. Abih punya fikir, hmmm... hiris jelah dengan pisau. Tu yang kalau tengok gambar kerepek tu sikit punya tebal postur dia. He he... Senang je rupanya nak buat kerepek pisang ni. Cuma kena tambah rajin sikit jer... Bagi yang terlebih rajin bolehla perisakan kerepek tu dengan perisa lada hitam, barbeque, disira manis @ pedas. Mesti lagi sedap... Saya??? He he  original jer...