Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Noxxa

Mee Tulang Noxxa

Imej
  Stok tulang ada dalam peti ais, baru lepas raya haji kannn... So...kita buat mee tulang lah... Guna resepi yang selalu saya buat...boleh tengok resepinya disini atau disini . Daging dan tulang rebus dengan periuk Noxxa, HP 45 minit kemudian baru tuangkan bahan-bahan yang ditumis.

Nasi Lemuni Best With Noxxa

Imej
Nasi lemuni untuk breakfast baru-baru ni. Kegemaran kami sekeluarga.  Nasi Lemuni  By Shikin  Bahan-Bahan  Nasi  3 pot beras   Santan  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis) Garam  1/2 sdt halba  1/2 sdt lada hitam  1 inci halia - hiris memanjang Cara-cara  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Kmdn masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Sambal Nasi Lemak By Shikin Bahan 20 tangka...

Rendang Daging Noxxa

Imej
1st try masak rendang daging guna periuk noxxa. Ambik masa tak lama. Lebih kurang 1 jam macam tu. Hasilnya...sangat memuaskan. Daging pun lembut elok ja... Resepi rendang daging yang biasa saya gunakan, cuma cara memasak menggunakan periuk noxxa memudahkan cara memasak. Rendang Daging Noxxa By Shikin Bahan-Bahan 1 kg daging - potong kecil kmdn basuh dan toskan 15 tangkai cili kering* 10 ulas bawang merah* (kisar bahan bertanda * sampai lumat) 5 batang serai - dititik 2 inci lengkuas - diketuk 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 tangkai daun limau purut Sehelai daun kunyit - simpulkan garam secukup rasa Cara Masukkan daging, bahan kisar, serai, lengkuas dan santan ke dalam periuk. Kacau rata. Tutup periuk. Setkan butang HP pada periuk Noxxa selama 30 minit. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. Tekan On dan biarkan sampai masa tamat.  Setelah masa tamat, alihkan tombol tekanan ke titik steam dan lepaskan wapnya. Buka t...

Dodol Noxxa

Imej
NOXXA PC...fenomena sungguh. Skrg ni rata-rata org duk cakap pasal noxxa. Saya ni dr x minat sangat (dulu2 la) sampai la terjebak ( dah beli pun hihihi) Ada la beberapa jenis masakan yang saya sempat try guna noxxa .. Setakat ni.. not bad la. Memang mempercepat dan memudahkan urusan memasak. I like it...  Ok yang pertama sekali saya cuba adalah dodol. Macam tak caya pula boleh masak dodol. Tak penah berangan pun sbb dah bayang mcmnlah nak mengacau dodol gaya tradisional tuh. Tapi dengan noxxa, boleh bha kalo kau...hihi Ekceli dodol noxxa ni x la happening sgt macam dodol kekdah tradisional tu..tp bolehla kalo dah teringin sangat nak makan... Nah saya tempek resepi dengan cara masak dodol guna noxxa...(resepi ni saya dapat bersama2 periuk noxxa yang saya beli) Dodol Noxxa By Shikin Bahan 1 cawan tepung pulut 1 sudu besar tepung beras 1/2 cawan gula 1 cawan santan * 1 cawan gula merah * (blend sekali bahan bertanda * kemudian tapis ) 1 helai...