Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 10 November 2018

Tengahari di dangau abah.

Lama betul blog ni terbiar sepi. Bukan x dak keinginan nak update blog, tp tu la...vitamin M melebihi segala-galanya..😂😂. Tambahan pula la ni medsos yang lain lebih mendapat tempat dihati pembaca.

Ok la x mau tulis banyak, just tempek resepi dan gambar ya..

Kari Ikan Jenahak

By Shikin

Bahan-Bahan 


Ikan Nyok-Nyok - sederhana besar 

2 ulas bawang putih 

3 ulas bawang merah 

2 tangkai daun kari 

1 sdk halba campur 

3 sudu besar serbuk cili 

2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) 

Air asam jawa 

santan - RM2

Air 

Garam

Minyak 

Bendi 

Tomato 

Cara-Cara 

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. 

Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak 

Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan sedikit air. 

Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  

Masukkan bendi. Masak seketika. 

Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. 

Akhir sekali masukkan tomato. 

Padamkan api. Sedia untuk dihidang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi