Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gadjet

Mencari-cari

Imej
Saya sedang mencari-cari satu lagi peralatan penting untuk melengkapkan koleksi peralatan memasak saya. Apa benda tu?? Saya nak cari mixer.   Masa blogwalking kat blog-blog masakan, ramai yang menyebut/mencadangkan  jenama Kenwood dan juga Kitchen Aid. Heh..heh..rakyat marhen macam saya (yang setakat shopping kat Yawata, Aneka jauh sikit pun mungkin ke Giant atau Tesco) mana lah pernah tengok secara live bendalah tu. So, apalagi...minta ehsan daripada pak cik gugel jelah jawabnya. Mujur ada... Makasih ye pak cik gugel. Tumpang copy gambar... Kat atas ni brand Kitchen Aid. Memang cantik, menarik, tertarik...da bomb.Saya suka tengok...ada style he he. macam yang chef-chef dok guna dalam rancangan masakan kat tv tu..  Saya perhatikan mixer jenama KA ni penuh dengan gaya elegan. Nampak mewah. Dan ia hadir dalam bentuk multicolour. So, kita boleh pilih warna yang kita berkenan. Kalaula ada satu kat dapur saya, fuhh...mesti semangat saya nak mencub...

Gadjet 1

Imej
N3 saya hari ni berkisar tentang beberapa peralatan membaking yang saya beli beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya dah lama nak menayang dalam blog ni, tapi tak sempat. Walaupun barang-barang tu biasa-biasa aja tapi bagi saya ianya amat bermakna. So, jangan gelakkan saya ye...kawan-kawan. Dan sekarang saya tengah berazam untuk mengumpul peralatan memasak sebanyak mungkin, dari yang sebesar-besar hinggalah yang sekecil-kecilnya. Okay, let we see apo kobonda eeii yang hebat sangat sampai nak buat entry nih....Ha...cer tengok gambo-gambo kek bawah ni ha... Punyalah semangat sampai 6 dozen acuan lompang ni saya beli. Tapi buatnya belum lagi.... Saya beli acuan kuih lompang ni dengan semangat yang menggebu untuk membuat Apam @ Blossom polkadot yang meriah warna-warninya dan sering mendapat tempat di dapur blogger-blogger masakan yang lain. Namun, ketidakcukupan masa membuatkan saya belum sempat untuk cuba membuatnya. Semoga acuan ini menjadi pemangkin semangat saya untu...