Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Labu masak lemak kuning

Imej
Request daripada En. Tahiri bila nampak labu kat pasar malam. Minta dibuatkan masak lemak kuning.  Labu Masak Lemak Kuning by Shikin Bahan-Bahan 1 biji labu sederhana besar - buang kulit dan empulurnya. Potong ikut kesesuaian. 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* Segenggam udang kering* (bahan * ditumbuk kasar) 1-2 biji tangkai cili merah - potong memanjang 1 sudu kecil serbuk kunyit Suhun - rendam dalam air sampai lembut Santan Air Garam secukupnya Cara-Cara Masukkan labu, bahan2 tumbuk, cili merah, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Hidupkan api dapur Apabila kuah mendidih, masukkan santan. Perlahankan api, sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masukkan suhun dan garam secukupnya. Apabila telah masak sempurna bolehlah dipadamkan api.

Sup Telur Jerrr...

Imej
Hari-hari bekerja, masak pun ringkas-ringkas. Cepat dan mudah dimasak. Main campak-campak jerrr...  Sup Telur Dengan Kentang By Shikin Bahan-Bahan 5 biji telur 2 biji kentang# 1 batang karot# (bahan # dipotong dadu) 3 biji bawang merah* 2 biji bawang puting* 1/2 inci halia* 1/2 sudu kecil lada hitam* (bahan * ditumbuk lumat) 1 kiub pati ayam garam secukup rasa air minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumbuk sehingga kekiningan dan naik bau. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan kiub pati ayam. Kemudian masukkan kentang dan karot. Biarkan seketika. Perlahankan sedikit api. Pecahkan telur (dalam mangkuk)  kemudian tuangkan kedalam periuk sup tadi. Buat sebiji-sebiji sampai kesemua telur habis. Perasakan sup dengan garam secukupnya Reneh sup sampai telur, kentang dan karot masak. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Kangkung Goreng belacan

Imej
Kangkung Goreng Belacan By Shikin Bahan-Bahan 2 ikat kangkung Segenggam ikan bilis 2 ulas bawang merah - dimayang 1 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 5 biji cili padi* 2 biji cili merah* 11/2 inci belacan* (bahan * ditumbuk) Garam dan gula secukupnya Sedikit minyak Cara-Cara Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bahan mayang sehingga kekuningan.  Masukkan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan kangkung yang telah di siang dan dibasuh bersih-bersih. Kaup balikkan agar sebati dengan bahan tumis. Perasakan secukupnya. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Kacau sehingga sayur masak sepenuhnya,.

Ikan Bakar Cicah Air Asam

Imej
Try bakar ikan guna kaedah tradisional. Berpeluh2 la jugak En. Tahiri anak beranak nak perasap arang. Hehehe... Ikan Bakar Dan Air Asam By Shikin Bahan Ikan Bakar Ikan Garam Perecah Ikan Bakar Portugi Deli Chef's Cara Bersihkan ikan, lumur dengan garam dan perencah secukupnya. Perapkan seketika. Balut ikan dengan daun pisang (kalo xnak balut pun x pa) Bakar sampai masak Air Asam (Qtty bahan2 ikut kesesuaianlah yerrr) Bawang besar - hiris nipis Tomato - hiris @ boleh jugak kalau nak potong dadu Cili merah - hiris Cili padi - hiris Belacan - dibakar Asam jawa - bancuh dengan sedikit air masak Limau nipis/kasturi Garam & gula secukupnya Cara Campur semua bahan.  Gaul sebati.  Biarkan semua cukup rasa.  Hidangkan bersama ikan bakar tadi

Mee Suah Goreng

Imej
MEE SUAH GORENG By: Shikin  Sumber :  Roz@HomeKreation ,  Madiha ,  Ayu   Hidangan 5 orang BAHAN2: 300g Mee Suah 2 biji Telur 4 ulas Bwg Putih - cop  1-2 biji Cili Merah - hiris  1/2 Dada Ayam - cop Fish Balls Udang kecil  1-2 sudu Cili Mesin 2 sb Sos Tiram 3 sb Kicap 1 ikat Daun Sawi Garam & Lada Sulah CARA2: Sediakan 2 biji kuali di atas dapur. Satu kuali di isi air & didihkan. Satu lagi kuali di isi dgn minyak yg dalam utk menggoreng. Goreng mee suah, toskan & masukkan ke dlm air menggelegak. Apabila lembut, tapiskan mee suah. Panaskan 2 sb minyak & pecahkan telur + lada sulah. Buat telur hancur & angkat. Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bwg putih sehingga wangi. Masukkan fish ball, ayam, udang, cili hiris & lada sulah. Masukkan cili mesin & kacau sehingga semua nya cukup masak. Masukkan sos tiram, kicap & daun sawi. Masukkan garam & mee suah. Kacau sebati --------------> ready!

Aiskrim Goreng

Imej
Dah lama simpan resepi ni. Baru sekarang sempat mencuba. Apapun resepi ni memang ohsemm sungguh. Berebut-rebut suami dan anak-anak makan. ^-^ AISKRIM GORENG By Shikin Sumber : Lina Pg, Ina@Hana, K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan: * 10 keping roti putih * 5 scope aiskrim (apa2 perisa) * Plastik wrap ( untuk balut roti) * Minyak Cara-cara: 1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu ) 2. Skopkan aiskrim ke atas roti. 3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi. 4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar). 5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - bukan setakat simpan semalaman, tapi dah bermalam2 duk dalam freezer tu baru teringat nak goreng hehehe 6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak dah betul2 p

Kari Udang Thai

Imej
Jemu berkari mamak, sesekali tukar dengan kari Thai pulak. Apapun rasanya...mmm...mabeless Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu besar jus limau nipis sedikit daun ketumbar garam dan gula secukupnya 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 10 tangkai cili kering # 8 biji cili merah# 5 biji cili padi # 10 ulas bawang merah# 10 ulas bawang putih# 1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus) Cara-cara panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih masukkan udang masukkan bawang besar, tomato dan perasa bila udang masak, masukkan jus limau dan daun ketumbar padamkan api, sedia

Mee Bulat Goreng

Imej
Mee Bulat Goreng By Shikin Bahan2 1 peket mee bulat - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna sotong & udang) sawi, kobis, karot garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi. masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect) perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan *boleh dihidangkan dengan sambal kicap

Entry pemanas 2013

Imej
Entry pemanas buat blog yang bukan saja suam-suam kuku tapi dah rasa sejuk gedi nih....hehehe Ekceli, ini hidangan untuk tengahari kelmarin... 1) Siakap Tomyam Putih Yang ni request by En. Tahiri. dah lama tak pekena tomyam siakap katanya. Kalau nak resepi boleh rujuk kat sini 2) Udang Sweet Sour Resepi tengok  sini  yerr... Tukar jer ikan tu ngan udang. Bahan-bahan lain ikut kesesuaianlah... Apa-apa yg ada didapur... 3) Pucuk Paku Goreng Bersambal Bahan-bahan Pucuk Paku - ambil yang lembut sahaja Ikan Bilis Bawang merah dan bawang putih Bawang besar Sambal belacan Garam Minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan. Masukkan sambal belacan dan bawang besar. Kacau sekejap. Masukkan pucuk paku.  Perasakan dengan garam secikupnya. Goreng sampai kangkung masak.