Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kentang

Potato Fritters

Imej
Fenomena jugak ni ...  Simple jer pun...but great. Lama duk perati resepi ni dalam FB...asal ada orang post je..kita pun share tak berenti...tp tu la nak buat asyik tak menyempat... Sebenarnya takdelah susah mana nak buat, bahan2nya pun ringkas jer...cuma tu lah... macam tak cukup MASA... Sekali buat, berebut2 anak2 dan anak mak mentua makan. Sedap katanya... hihihi Apapun resepi ni mesti dicuba...buat kudapan untuk minum petang...memang Terbaik laa.. Saya letak resepi kat sini ya... Credit tuk tuan punya blog ni... Ni lah bahan-bahannya : kentang, tepung jagung & tepung gandum, udang (saya tambah), telur, daun bawang, cili merah, garam & lada sulah Gaul sebati kesemua bahan Goreng leret dalam kuali dengan minyak yang panas

Kentang Belado

Imej
Serius...memang terbuka selera makan nasi panas2 dengan lauk ni. Simple dan sedap. Sahur2 pun makan bertambah2... Kentang belado By : Shikin Rahmat Sumber:Fieza Ahamad ( www.facebook.com/bukuresepi ) Bahan2  5biji kentang *2biji bawang besar ( *20bji cili padi (xsuke pedas kurangkn) *Ikan bili sengengam. Garam Yg btanda (*) dtumbuk berasingan/blend tp tumbuk lg sedap Cara2 1.Goreng kentang hga garing angkat 2.goreng ikan bilis dtumbuk garing angkat. 3.tumis bawang dan cili yg dtumbuk td da garing masukkn garam ikan bilis dan kentang. N siap dhidang.

Bebola Kentang Berkeju

Imej
Saya lebih suka panggil bebola kentang berkeju sebab impak cheese meleleh tu tak jadi pun.  Jangan kata ala KFC, sipi-sipi pun x dak kott...hehehe... Simple sangat cara nak buat (tp simple2 tu pun x jadi ^_^). Bahan pun mudah didapati. X pe, lain kali bolehlah cuba lagi... CHEEZY CHEESE BALL ALA KFC By Shikin Sumber  : Mak Lang Azie , fb Kak Chak Bhn Kentang 3 bj Tpg gdum Lada sulah Garam Breadcrumb Telur 2 bj - kocok Cheddar cheese - potong kiub Cara Kentang+garam = rebus hingga empuk, toskan Lenyek kentang + lada sulah + tpg gdum ( tpg msuk skit2 hingga boleb d kepal) Leperkan dan sumbat cis dlm doh dan bulat2kan sebesar bola pingpong Golek dlm bcrumb dan celup dlm telur dan golek lg dlm bcrumb n baru d goreng

Bergedil Ayam

Imej
Buat bergedil ni untuk dimakan dengan bihun soto hari tu.  Tapi cuma sempat ambil gambar bergedil saja. Gambar bihun soto...tak derrr Bergedil Ayam By Shikin Bahan-Bahan 4 biji ubi kentang - potong baji 200gm isi ayam - dikisar 1 biji bawang besar - dipotong dadu 1 biji cili merah - cincang halus Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris halus 1 biji telur Serbuk lada sulah/ lada hitam Tepung ubi Garam secukup rasa Cara Goreng kentang 3/4 masak. Angkat, lecek-lecekkan sampai halus. Masukkan isi ayam, bawang besar cili merah, telur serbuk lada serta daun sup/bawang kedalam kentang yang telah dilecek tadi. Gaul sebati. Jika adunan lembik, tambahkan dengan tepung sedikit2 sampai boleh dikepalkan. Bulat2kan kentang tadi. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.

Homemade Cheezy Wedges

Imej
Alo lo loooo...aktiviti menternak lemak ni. Hurmmm...tp kalau jmpa cheezy wedges ni mmg tak lepas lah. Mesti nak ngap jugak. Tapi sikit2 jer lah yer... Resepi wedges yang simple ni saya cnp daripada Nonierahman.  Manakala sos cheezynya pulak, saya guna balance sos hari raya yang dibuat oleh adik saya. (kalau rajin boleh seacrh resepi dalam internet yer) Potato Wedges by Shikin sumber: nonierahman Bahan-bahan 4 biji ubi kentang ( buang kulit,basuh bersih2 - saya kukus sekejap) 5sb tepung gandum 5sb tepung beras 1sdt serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pon boleh) 1sdt serbuk lada hitam 1 ulas bawang putih di cincang 1/4 sdt garam 1 biji telur Cara-cara Gaul semua bahan dan goreng pada api sederhana Angkat dan toskan. Letakkan dalam pinggan. Tuangkan mayonis, sos cheezy ke atasnya.... Apalagi...mulakan aktiviti menternak lemak yerrr...

Potato Wedges

Imej
Potato wedges ni sebenarnya one of my favourite dish. Kalau p fast food restaurant, wajib order wedges ni, nak-nak yang mayo dan cheezy tu...mmmm...sedapnya... Macam mana lah tak bam bam kan.... Ha....tu yang segera punya cerita. Kali ni saya nak share satu resepi wedges...homemade punya tau. Tak der lah susah nak membuatnya dan bahan-bahannya pun simple aja.  Sapa-sapa yang rajin, bolehlah cuba. Tapi kalau rasa tak berapa rajin, yang frozen pun banyak kat pasaraya. Beli sebungkus, balik boleh terus goreng. Ok, moh kita tengok resepi... Potato Wedges by Shikin sumber: nonierahman Bahan-bahan 4 biji ubi kentang (saya pakai russet potato so x yah buang kulit,basuh bersih2) 5sb tepung gandum 5sb tepung beras 1sdt serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pon boleh) 1sdt serbuk lada hitam 1 ulas bawang putih di cincang 1/4 sdt garam 1 biji telur Cara-cara Gaul semua bahan dan goreng pada api sederhana

Kentang Spring

Imej
Buat sekali lagi kentang spring 2 hari lepas. Dapatlah dalam 8 cucuk lidi satay. Tu pun berebut anak-anak makan. Suami pun suka. Lebih puas daripada makan yang dibeli kat pasar-pasar malam tu.  Kentang tu sebelum digoreng, saya salut dengan bancuhan tepung beras, dan sedikit serbuk kari dan garam. Tuang sos ngan mayonis, makan pulak masa panas-panas...Fuhh...memang best.

Kentang Spring

Imej
Berjaya juga saya buat sendiri kentang spring macam yang selalu dijual dipasar-pasar malam tu. Lebih sedap dan puas hati lagi. Cuma saya guna perisa original lah sebab dirumah tak de pulak stok perisa bbq, keju atau kari bagai. Tapi bila dah dituang sos dan mayonis atas dia memang licin dikerjakan oleh mak bapak budak-budak berdua tu. Ni lah rupa alat untuk menjadikan kentang tu berbentuk spring. Putar aja... Lepas ni bila anak-anak nak makan kentang spring, buat ajalah sendiri. Tak payah beli lagi. Khasiat dan kebersihannya pun terjamin. Jom pakat buat kentang spring :)