Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Jeruk Buah-Buahan

Imej

Roti Telur

Imej
Edisi makan malam yang sangat ringkas. Sebab abah, ummi dan anak-anak dah makan banyak siang tadi, so malam ni cuma makan roti telur aje yer...
Apapun hidangan yang disediakan habis licin sekelip mata. He he...


Roti Telur by Shikin
Bahan-Bahan
4 - 6 keping roti ( potong empat dan disapu mentega kedua-dua bahagian) 2 biji telur sedikit lada hitam sedikit garam
Cara-Caranya Pukul telur bersama-sama garam dan lada hitam.Celup roti kedalam bancuhan telur. Goreng di atas kuali / pan sehingga masakAngkat dan hidangkan dengan sos.

Parpu Telur

Imej
Makan dengan nasi putih dan sambal ikan bilis. Fuhh!! Terangkat... 


Parpu Telur by Shikin
Bahan-Bahannya
5 biji telur ( boleh guna telur itik atau telur ayam ) Segenggam kacang dhal atau kacang parpu ( rendam 1 - 2 jam. kalau tak rendam pun tak per) 2 ulas bawang putih 4 cawan santan  (daripada 1/2 biji kelapa) Garam secukup rasa 1 sudu teh serbuk kunyit Sedikit minyak ( lebih kurang 1 sudu makan)

Cara Membuatnya Basuh kacang parpu. Toskan.Isi air dalam periuk. Masukkan kacang parpu, hirisan bawang putih, serbuk kunyit dan minyak masak . Rebus sampai kacang kembang.Masukkan santan. Perlahankan api. Biar kuahnya mendidih.Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam periuk. (Pastikan api perlahan). Biarkan telur masak.Perasakan dengan garam.Padamkan api. Curahkan dengan bahan-bahan tumis darat. Tutup periuk serta merta. (supaya bau tumisan tidak hilang)Bahan-bahan tumis darat.
4-5 ulas bawang merah - dimayang halus 3 tangkai cili kering - potong lebih kurang 1 inci 2 tangkai daun kari - lurut da…

Sambal Bilis Dengan Kentang

Imej
Sambal bilis dengan kentang ni sedap dimakan bersama nasi putih dan juga roti. 
Kalau kat rumah ni pulak sambal ikan bilis ni selalunya gu  dengan Parpu Telur. Memang sedap lah...
Sambal Bilis Dengan Kentang by Shikin
Bahan-Bahannya
2 - 3 genggam ikan bilis - bersihkan 2 biji kentang - potong baji 2 senduk cili kisar - (10 -15 tangkai cili kering diblend bersama 1 biji bawang besar ) 1 keping asam gelugur Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Membuatnya Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga kekuningan dan masak. Ketepikan.Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.Alihkan sedikit minyak gorengan, tinggal secukupnya untuk menumis cili.Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak.Masukkan asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Tuangkan sedikit air. Teruskan mengacau sambal sehingga masak.Padamkan api. Sejukkan sambal seketika sebelum memasukkan bilis dan juga kentang. (untuk mengekalkan kerangupan bilis)

Puding Jagung Raspberi

Imej
Dah lama ambik resepi ni daripada dapur k.am flora jb. 
So, cuti baru-baru ni saya berkesempatan untuk mencuba. Bahan-bahan dan cara  yang simple dan mudah. Rasanya pun sedap.

Puding Jagung Raspberi by Shikin Sumber : K.Am Flora
Bahan-Bahan Puding 1 cawan susu cair 1 cawan jagung krim 1 cawan gula 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung jagung 4 cawan air
Bahan Agar-Agar 1 kotak agar-agar Jelly Lady's Choice Raspberi / Strawberi Buah-buahan koktel dalam tin - saya tak letak pun


Cara-Cara Membuatnya Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali sehingga masakMasukkan dalam cawan berkaki @ kacaMasakkan adunan agar-agar dan tuang ke atas pudingMasukkan buah-buahan koktelSejukkan.