Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

SIAKAP SWEET SOUR

Imej
Kalau masak siakap, selalunya sweet sour @ tiga rasa menjadi pilihan utama. Kalau masak 2 jenis ni, memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada suami dan anak-anak. Kali ni siakapnya kecik2 ajer. Lebih kurang besar ikan kenbung. Tak la happening sangat bila dihidang dalam pinggan. Tapi suami dan anak-anak lagi suka, sebab bila ikan kecik boleh goreng garing-garing (kat rumah saya memang style goreng ikan nak garing-garing). Lepas tuang kuah sweet sour...mak aihhh masyuk betul rasa dia. Siap ratah-ratah tu... SIAKAP SWEET SOUR By Shikin Bahan Dan Cara Membuatnya Ikan Ikan siakap Garam Serbuk lada sulah Tepung Ubi Siang ikan, basuh bersih-bersih dan toskan. Lumur ikan dengan garam dan lada sulah. Tabur sedikit tepung ubi, ratakan keatas ikan. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak (deep fry) sampai masak. Angkat dan ketepikan. Kuah Sweet Sour 1 biji bawang besar ~ potong dadu 3 ulas bawang putih ~ dicincang 5 sudu besar sos cili

Puding Roti Karamel

Imej
I nilah kerja saya kalau stok roti banyak kat rumah. Nak bagi cepat habih kena transform jadik benda-benda macam ni. Kalau masih nampak macam roti tu alamatnya jadi habuan cik tong la. Ok. Share resepi yerr... RESEPI PUDING ROTI KARAMEL By Shikin resepi asal : rosaliza@embunkasih sumber : K.Nor ,  Lina.pg & Hana Bahan-bahan 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan esen vanilla (1sk) Cara-cara Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masuk

Cumi sambal goreng garing

Imej
Crispy Baby Squid ~ Cumi Sambal Goreng Garing By Shikin sumber : kak curlybabe , yateasybakes.blogspot.com Ingredients:- 1/2 kg sotong kecil 1 sudu kecil bicarbonate of soda 1 sudu kecil garam (Bahan2 direbus 10 minit kemudian digoreng garing) Ingredients for Sosnya:- 3 sudu makan tomato sos 3 sudu besar serbuk cili (yg ni saya tambah) 2 sudu kecil gula 5 biji bawang putih dikisar 2 sudu besar cili kisar 1 sudu makan worcestershire sos (x letak) garam & perasa secukupnya daun parsley (x letak) daun salad(x letak) capsicum (x letak) 1 biji bawang besar Method:- Tumis cili kisar hingga kering. Masukkan bawang putih, tumis lagi hingga wangi. Kemudian masukkan sos tomato, gula, worcestershire sos, gaul hingga pekat. Kecilkan api, masukkan sotong goreng, garam & perasa gaul rata dan matikan api. Hiaskan dengan daun parsley dan daun salad ketika menghidang. Sources:-From Arni Maoni@Resipi ceria keluarga

Cakoi

Imej
First time cuba buat cakoi ni. Sebelum ni kalau nak makan beli aje kat pasar malam. Tu pun jarang-jarang . Tak tau kenapa. Tapi memang jarang beli lah.    Tapi saya pernah makan kuih cakoi yang dimasak oleh emak rakan sekerja dan juga sahabat blogger saya Ta . Bila makan kuih yang emak Ta buat, saya pun teringin nak buat sendiri. jadi saya minta resepi drpda Ta.  Emak Ta pulak bukan takat bagi resepi, sekali dengan sebungkus yeast. Cuma tulah tak sempat nak buat asyik tak sempat aja kin yea.... Last-last yeast tu pun expired ... sori Tok Yah...memang tak sempat nak buat  pun. Tapi semangat nak buat cakoi tetap membara. Jadi saya belilah sendiri yeast kat pasaraya. Cuma time nak buat tu baru perasan resepi yang Ta bagi saya dah hilang. Terpaksalah menggugel pulak utk dapatkan resepi baru. Dan saya  rasa resepi ni yang agak mudah kot. Sebenarnya lebih kurang resepi mak Ta, tapi takut tersalah pulak. Jadi, saya cuba je lah.. Cakoi  By Shikin   Sumber : Mam

Dadih Sedap coffemate

Imej
Mulanya ingat nak buat sebagai juadah berbuka puasa. Tapi balik dari keja pun dah rasa melepek sangat.  So, selepas berbuka la baru saya mulakan projek dadih ni. Sempat lagi tu mendadih malam-malam hari.   Resepi dadih sedap ni saya ambil dari dapur Yatie Memories.  Sungguh... memang sedap. Licin dan lembut je bila lalu kat anak tekak. Tambah-tambah yang dah didinginkan terlebih dahulu. Sapa-sapa yang berminat, boleh cuba ye... DADIH SEDAP COFFEEMATE By Shikin Sumber : Yatie Memories Bahan-bahan ( 20 cup kecil ) 10gm agar2 serbuk 1 1/2 cawan gula pasir 3 liter air (dlm 12 cwn) 200 gm Coffemate Creamer 1 tin susu sejat/ cair Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi Tiga perisa : jagung, keladi dan pandan   Cara-cara Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.

Mee Sanggul Udang

Imej
Letak resepi aja yerr... Mee Sanggul Udang By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus mee sanggul ~ rendam sampai lembut 3 ulas bawang putih ~ diketuk 3 sudu besar pes cili* 3 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (penggunaan bahan-bahan * ni ikut citarasa masing2lah. kalau nak pedas lebihkan cili, nak lebih hitam lebihkan kicap)  Garam dan gula secukupnya 300gm udang sederhana besar 2 keping fishcake (optional) Air (kalau perlu) Sawi Sdikit minyak utk menumis Cara-cara Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili pes. Kacau sampai garing. Masukkan sos cili dan kicap. Kacau sebati. Masukkan juga gula. Rasa kuahnya, kalau kurang masin bolehlah tambah garam. Apabila kuah dah cukup masak masukkan udang dan fishcake. Gaul sebati. Kalau kuah agak pekat bolehlah tambah air secukupnya. Masukkan mee sanggul. Kacau rata supaya mesra dengan kuah.  Masukkan sawi. Goreng sampai mee cukup masak. Padamkan api. Bolehla

Kari Udang

Imej
Plan asal nak masak Kari Udang Thai tapi tak menjadi pulak. Last2 masak jer Kari Udang Ummi Style... Kari Udang  My Style By Shikin Bahan-Bahan 1/2 kg udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) 1 batang karot - potong memanjang 1-2 keping asam gelugur 2 biji tomato masak - belah 4 Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupnya. Terpulanglah nak kuah pekat atau cair. Masukkan asam gelugur. Bila kuah dah mendidih masukkan udan

Cornflakes Kismis Berkacang

Imej
Resepi ni dah lama saya simpan. Rasanya bulan Ramadhan tahun lepas lagi. Cuma tak menyempat-nyempat nak buat. Haishh asyik tak sempat...ntah bila yang sempat pun tak tau... Tapi dua tiga hari lepas terasa nak mencuba resepi yang simple ni. Bahan-bahan pun dah ada, tinggal nak godek jer... Cuma tu lah...sebab malas nak tinggal saki baki cornflakes, saya tuang satu kotak ke dalam adunan. Sbb tu hasil cookies saya ni tidak begitu padat. Maka berderailah cookies saya bila dipotong. Jadi, jln penyelesaiannya saya simpan jer cookies ni dalam peti sejuk sbb kalau sejuk teksturnya jadi padat dan tidak berderai. Cornflakes Kismis Berkacang By Shikin Resipi oleh ~ Chef Wan ( TQ ) Sumber : Diana  Bhn ² 1/4 cawan marjerin _ (saya guna mentega) 1/4 cawan gula 1/4 cawan madu 1 cawan kacang _ d cincang ( Saya guna gajus ) 1/4 cawan kismis kering 2 cawan Kellogg's Corn Flakes ~saya buat 2 adunan, tapi cornflakes saya masukkan sekotak~ Ca

Apam Blossom aka Apam Polkadot

Imej
Hm...hari ni nak post entry tentang Apam Blossom atau Apam Polkadot. Ini bukan hasil masakan terkini saya ye sebab apam ni saya buat beberapa minggu sudah.  Dah abih masuk dalam perut. Cuma tak sempat nak masukkan dalam blog jer. Tak pe lah kan... Kali pertama buat apam polkadot ni memang excited abih, tambah-tambah bila tengok comel jer dot-dot yang jadi tu.   Cuma, bila dia buat perangai mekar setaman tu yang tak berapa syok. Dah jadi Apam mekar la pulak. Seronok bila mencuba resepi2 yang baru. Rasa puas hati dapat buat dengan tangan sendiri. Takder la asyik orderrr memanjang.   APAM BLOSSOM By Shikin   Sumber : AmFlora   Bahan-bahan 3 biji telur - dari peti sejuk 275 gm tepung gandum 200 gm gula halus - 150gm susu segar 1 sudu makan baking powder 1 sudu kecil ovallete Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) Pewarna Cara-cara Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 mi

Bubur Pulut Hitam

Imej
Stok beras pulut hitam dah hampir berbubuk dalam kabinet dapur. So, tindakan drastiknya masaklah apa-apa asal beras tu tak terbuang begitu saja. Yang paling senang, tentulah buat bubur. Bubur cara saya pulak, tak der lah resepi secara terperinci. Masak stail orang tua-tua, asal sesedap rasa. Kalau nak tengok bahan-bahannya kat bawah yerr... Bubur Pulut Hitam By Shikin Bahan-Bahan Beras Pulut Hitam ~ Saya guna 1kg. Basuh bersih dan rendam. Santan ~ Beli santan RM3 rupanya tak cukup lemak untuk 1kg beras. Next time beli santan dalam RM5 atau 1/2 kg kot... Susu Cair ~ Tambah sebab bubur tak cukup lemak (kurang santan) Gula secukupnya ~ En. Tahiri suka bubur yang rasanya manis-manis buah, so saya buat mcm tu lah. Sedikit garam ~ jgn bnyk sangat. Sekadar nak membangkitkan rasa lemak santan tu. Daun pandan ~ utk aroma wangi. Saya tak letak sbb tak jumpa daun pandan. Ni kes buat bubur malam2 buta, mana nak cari daun pandannya. Cara-Cara Membuatnya

Ayam Bakar Ummi Style

Imej
Just sharing gambar n resepi yer, sbb saya pun tak ingat bila saya masak ayam bakar ni. Yang pasti masak masa cuti hujung minggulah. Menggunakan pemanggang ajaib yang diimport khas dari Langkawi, memang mudah sangat kerja bakar membakar ni. Kita bako ajer...he he he... AYAM BAKAR By Shikin Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam 3 senduk cili kisar 5 ulas bawang merah ~ blend 1/2 inci halia ~ blend 2 biji buah keras ~ blend 1/2 cawan santan pekat 2 btg serai dititik garam dan gula secukupnya Cara-cara membuatnya Basuh ayam bersih-bersih kemudian tos dan ketepikan. Panaskan kuali, masukkan kesemua bahan(kecuali ayam). Masak sampai pecah minyak. Masukkan ayam. Balik-balikkan. Tutup api. Angkat ayam, letak di atas bakas pembakar (saya balut dgn daun pisang dan aluminium foil) Bakar ayam sampai masak.  Boleh la makan lepas tu.. * Kalau rajin bolehla buat air asam @ sambal kicap sebagai pencicah. Ni la rupa pemanggang ajaib tu...  

PUDING ROTI MARBLE...yang sedap...

Imej
Kali ni nak buat entry ttg Puding Roti Marble.  Just sharing resepi n pic saja lah yea...  Sbb pudingnya dah lam tenggelam dalam perut.  Sedap!  InsyaAllah boleh buat lagi lain kali... Thank's utk pemilik resepi. Mohon izin share kat sini... PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang ) 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.   Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.   Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.   Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kaca

Puding Pelangi Huru Hara

Imej
Resepi puding ni dah lama masuk dalam waiting list saya. Dah berabuk pun dalam folder draft tu. Biarlah...yang penting resepi ni tak basi yer. Masih boleh dicuba pada bila-bila masa. Sebenarnya saya buat puding pelangi ni dan juga puding roti marble (entrynya kemudian ya) untuk dihidangkan kepada tetamu masa majlis akad nikah adik saya, Sarah.  Dah lama dah... Tapi, baru hari ni sempat nak buat entry.  Nak buat puding pelangi ni memang mudah bahan dan cara memasaknya. Cuma mungkin saya tersalah teknik masa tuang adunan ke dalam loyang kut. Sebab tu lah huru hara pelangi saya jadinya Tapi still menarik. Dah ala marble la pulak. Ok lah, jom kita tengok resepi... Dah tak dak rupa pelangi dah... PUDING PELANGI By Shikin Resepi : Alma@ myresipi.com Sumber : HaSue@ sue-hasue.blogspot.com Bahan-bahan : 10g serbuk agar2 650ml air 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm) 60gm mentega 1 biji telur ½ tin susu cair 1 sudu makan

Sup Merah Tulang

Imej
Sesekali mencipta kelainan. Selalu buat sup, kuahnya sama ada putih jernih atau sedikit keruh. Kali ni saya cuba buat Sup Merah Tulang. Resepi ambik daripada K.Nor@Secubit Garam. Rasanya boleh tahan, memang lain lah dari sup yang biasa kita masak. Sedap kalau masak dengan nasi putih. Buat cicah roti pun sedap nih... Suami pula siap namakan sup ni sebagai sup mamak. Eh!!! Ada ker sup mamak??? Apa-apalah, yang penting sup yang disajikan habis licin disantap suami dan anak-anak... SUP MERAH TULANG By Shikin Sumber : K.Nor@Secubit Garam BAHAN2 1kg daging/tulang (kambing/lembu) ~ saya guna tulang lembu 1 tin kecil tomato puri 1-2 biji buah tomato ~ tak letak sbb x der stok dlm esbok 2 sb rempah kari daging 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2) 3 sb sos cili (blh ditambah) Air secukupnya sedikit garam sedikit minyak (utk menumis) Bahan Kisar 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan) 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1" hal

Kek Batik Coklat

Imej
Buat lagi kek batik coklat yang mabeles rasanya. Tu pun sebab nak ngebihkan stok biskut Marie yang berkurun dalam tupperware... Kek Batik Coklat By Shikin   Resepi Asal : Mylla@myresipi.com Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com   Bahan-bahan: * 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka * 250gm butter/marjerin * 3 sudu makan serbuk koko * 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit * biskut meri secukupnya   Cara-cara Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali... Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg.... Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang lan