Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Lepat Pisang

Imej
Buat lepat pisang ni weekend baru2 ni. Tapi biasalah...kalau dah sibuk... Ni baru sempat nak buat entry.
Akhirnya tertunai juga permintaan En. Tahiri nak makan lepat hasil tangan isteri terchenta. Hihihi. First time buat ni... 
Ada banyak resepi yang digugel dan menarik untuk dicuba. Tapi memandangkan ada antara bahan yang tak der kat dapur saya, saya decide untuk buat lepat guna resepi lengat pisang saja.
Everthing sama, cuma kalau lengat buh dalam loyang dan kukus. Lepat pulak, bungkus dulu ngan daun pisang baru kukus.


Lepat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan




Cara buat
Lecek pisang .Masukkan santan. Kacau sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang…

Sambal Belacan Dengan Ulam-Ulaman

Imej
Layan ulam cicah sambal belacan. Antara ulam-ulamnya daun selom, pucuk putan dan timu. Wallah...sedapnya makan ngan nasi panas-panas...

Sambal Belacan By Shikin
Bahan-Bahan 6 biji cili merah 5 biji cili padi 1-2 inci belacan Air asam Jawa Jus limau nipis/kasturi Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara
Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa dan jus limau) ke dalam lesung. Tumbuk sampai lumat.Tambahkan air asam jawa dan jus limau.Pastikan semuanya cukup rasa.Bolehlah dicicah bersama-sama ulam-ulaman yang disukai.

Asam Pedas Tumis

Imej
Lama tak masak asam pedas ni. Sesekali buat, best jugak...

Asam Pedas Tumis By Shikin
Bahan-Bahan Ikan (saya guna isi jenahak) 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 1 inci halia 2 inci belacan 2 batang serai Secekak daun kesom 1 sdt serbuk kunyit / kunyit hidup Air asam jawa secukupnya Bendi Minyak
Cara-Cara
Blend cili kering bersama-sama bawang merah, belacan, halia dan serbuk kunyit sampai halus.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai. Biarkan sampai naik bau dan pecah minyak.Masukkan air asam jawa secukupnya. Biarkan mendidih.Masukkan daun kesum dan ikan. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan bendi. Biar sampai bendi masak sempurna. Rasa masam dan masin secukupnya.Padamkan api.Sedia untuk dihidang.

Nasi Lemak...My Style...

Imej
Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Buang emak buang saudara Kerna kekasih hamba turutkan.
Errkkk...takkan sampai macam tu kottt... hehehe
Sesaje nak berpantun. Tapi ceritanya tak de lah macam dalam pantun tu. Suami dihati, emak disanubari. Dua-dua saya sayang 100%. Tak lebih, tak kurang.
Kisahnya, nak tulis ttg nasi lemak yang saya masak untuk breakfast pagi ni. Request drpd En. Tahiri. Saya ikutkan aje. Yelah...rasa dah lama tak prepare b/fast utk family. Nak-nak, jarang hujung minggu macam  ni dihabiskan di teratak syurga kami. Selalunya outstation memanjang...
Resepi nasi lemak biasa-biasa saja. Warisan emak saya, Pn. Normah.  Dulu siap meniaga nasi lemak lagi emak kami ni. Untuk menambah pendapatan, dan juga mengenyangkan perut kami 10 beradik yang kalau menganga bukang senang nak ditutup. Makanlah nasi lemak kat mana2 pun. Nasi lemak emak forever the best. 

Nasi Lemak By Shikin
Bahan-Bahan
Untuk Nasi 3 pot beras Santan Air Garam 1/2 sdt halba 1/2 sdt lada hitam 1 inci halia - hir…

Ikan Goreng Asam

Imej
Ikan Goreng Asam By Shikin
Bahan-Bahan 3 ketul ikan ( saya guna ikan nyok-nyok) 4 ulas bawang merah - mayang halus 2 ulas bawang putih - mayang halus 1 inci halia - hiris memanjang 1 labu bawang besar - hiris 1 tangkai cili merah - hiris 1 sdt serbuk lada hitam Air asam jawa secukupnya garam dan gula secukupnya sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara
Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. Angkat ikan daripada kuali. Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam, cili merah dan hirisan bawang besar. Biar mendidih. Masukkan ikan yang telah di goreng. Balik-balikkan supaya sebati dengan kuah asam.Perasakan dengan garam dan gula.Padamkan api.Sedia untuk dihidang.

Lengat Pisang

Imej
Pisang awak hasil tanaman En. Tahiri. Bila dia tebang jerr pokok pisang depan rumah tu, mulalah kepala saya ni memikirkan apa yg nak dibuat dengan pisang bersikat-sikat. 
Tu pun dah dibagi2 ngan jiran setengah tu. Kadang-kadang tak termasak, jadi habuan cik tong. Tak pun En. Tahiri letak jer kat luar, bolehla cik musang datang makan malam-malam. 
En. Tahiri request lepat pisang, tapi cam malas la pulak nak lipat2 daun pisang tu satu2. Last2 saya tuang semua dalam pelengat, lepas tu kukus. Lengat pisang tu yang paling senang. 
Saya buat dua pelengat, bawak sikit ke tempat kerja, En. Tahiri bawak sikit ke sekolah, hantar dekat mak. Alhamdulillah, ramai jugalah yg dapat merasa lengat pisang saya tu.

Lengat Pisang by Shikin
Bahan-Bahan 12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap 1 cawan tepung gandum/beras 1 cawan santan  3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan.
Cara buat
Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus)Masukkan san…

Pucuk Paku Goreng

Imej
Lawan ngan kari jenahak...


Pucuk Paku Goreng
By Shikin

Bahan-Bahannya
2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan.
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - hiris
4-5 bili cili padi - hiris
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing. Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap.Masukkan garam dan gula secukupnya.Masukkan ikan bilis. Gaul sebati.Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Kari Ikan Jenahak dengan Kacang Panjang

Imej
En. Tahiri dengan kari tak dapat dipisahkan. Nak-nak lagi bila jumpa kari jenahak...

Kari Jenahak Dengan Kacang Panjang By Shikin
Bahan-Bahan 1 kg ikan jenahak (kali ni saya guna kepala ikan) 2 bungkus rempah kari (peket kecil) - bancuh dengan air asam jawa dan serbuk cili, jadikan pes. 1 sudu besar serbuk cili - optional 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Air asam jawa secukupnya Santan (beli santan siap dlm RM2) Sedikit Minyak Kacang Panjang
Cara-Cara 
Cuci ikan bersih2, tos dan ketepikan.Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sampai kekuningan.Masukkan pes rempah kari, kacau sehingga pecah minyak.Masukkan santan, tambah sedikit air (jika perlu) Masukkan ikan.Kemudian masukkan kacang panjang.Pastikan kuah kari secukup rasa. (masin dan masammya. kalau kurang boleh ejas sendiri)Biarkan kuah mendidih. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Fruit Cocktail...again :)

Imej
Buat lagi FC yang sangat mabeles ni. 

En. Tahiri suka sangat dengan FC ni. Tu yang rajin sangat nak buat tu...:)

Fruit Coktail
By Shikin Sumber : K.Asiah 
Bahan-Bahan  1 tin susu cair  3 tin air  2 sudu besar tepung kastard  2 sudu besar tepung jagung  1/2 tin gula  secubit garam  buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj  nata de coco - sejatkan airnya  sumi jelly  buah-buahan segar 
Cara-cara
Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sebati Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak. Angkat periuk daripada dapur. Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll Letakkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati

Agar-Agar Kering

Imej
Yang ni pun buat untuk kenduri adik-adik hari tu.
Dipeket dalam bekas kecik-kecik untuk dijadikan doorgift buat tetamu yang datang.
Saya buat 3 adunan, tu pun secara berperingkat-peringkat sebab kekurangan talam untuk menjemur agar-agar.
Ekceli, agar-agar kering ni saya selalu buat time hari raya zaman anak dara dulu. Masa raya, agar-agar ni wajib ada. Tak tau kenapa rasa seronok jer bila tengok agar-agar tu terjemur depan rumah. 
Mmg resepi evergreen ni. Buku resepi emak yg menjadi rujukan saya pun dah naik kuning warnanya.
Tapi saya suka buat je...makan tak seberapa sbb agar-agar ni manisnya ya ampunnn...yang teramat sangat... makan sikit-sikit bolehla... kalau makan banyak2 harus terkena diabetes ni...
Tu pun jenuh bertepis ngan anak-anak...dioarang mmg feveretla manis-manis ni. Makan tak agak dah...
Okey...nak kongsi resepinya disini...(resepi asalnya dalam sukatan traditional tapi saya dah edit ikut sukatan metrik kontemporari supaya senang diikut)

Agar-Agar Kering By Shikin Sumber : Buku …

Custard Jelly Cocktail

Imej
Saya buat puding ni untuk kenduri adik2 lelaki saya baru2 ni. Yang ni dihidang untuk pengantin bersama2 rombongannya.
Asalnya plan nak buat triffle, tapi tak sempat pulak nak pegi beli swiss roll. So tinggal custard dengan jelly dan fruit cocktail jer lah...
Custard Jelly Cocktail By Shikin Sumber : K.Asiah
Bahan-Bahan 1 tin susu cair 3 tin air 10gm serbuk agar-agar 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/2 tin gula secubit garam secukup rasa 2 kotak Jelly Crystal Nona - perisa raspberry buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj
Cara-cara
Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sampai larut.Masukkan gula, masak sampai gula hancur. Masukkan susu cair.Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang kedalam adunan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak berketul.Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.Padamkan api. Biarkan adunan sejuk sedikit. Tuangkan b…

Keropok Lekor

Imej
Keropok ni En. Tahiri kirim dengan salah sorang cikgu sekolah dia yg balik bercuti kat kampungnya di Terengganu baru2 ni.
Petang2 balik keje, keluarkan drpd peti ais, goreng jer... itu yg paling senang. Sedap pun sedap...
Lately ni aktiviti masak-memasak kat Dapur Ummi tak berapa nak rancak. Bukanla tak memasak langsung...masak jugak. Cuma itulah masak yang simple2 aja. Takkan yg tu pun nak update kat blog kan...
Kalau ada pun, mmg tak sempat nak update. Sibuk memanjang...hehehe...