Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cucur

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Resepi boleh skodeng kat sini ya...

Cucur Nasi

Imej
Ada nasi lebih kat umah?  Okay...sila buat cucur macam ni.  Gerenti habis.... Resepi tengok kat sini ya...

Cuq Udang Bendang

Imej
Cucur Udang My Style  By Shikin  Bahan- Bahan Untuk Cucur  2 cawan tepung gandum  2 sudu besar tepung kastad 3 sudu besar  tepung jagung  Udang  Taugeh  Kuchai/Daun Bawang  Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti)  Minyak untuk menggoreng  Cara buat  Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur)  Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung)  Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung.  Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawang. Masa ni tepung tu kaup balikkan pelan-pelan supaya taugeh tak patah-patah atau hancur.  Bila semua bahan dah bergaul mesra bolehlah digoreng dalam minyak y...

Potato Fritters

Imej
Fenomena jugak ni ...  Simple jer pun...but great. Lama duk perati resepi ni dalam FB...asal ada orang post je..kita pun share tak berenti...tp tu la nak buat asyik tak menyempat... Sebenarnya takdelah susah mana nak buat, bahan2nya pun ringkas jer...cuma tu lah... macam tak cukup MASA... Sekali buat, berebut2 anak2 dan anak mak mentua makan. Sedap katanya... hihihi Apapun resepi ni mesti dicuba...buat kudapan untuk minum petang...memang Terbaik laa.. Saya letak resepi kat sini ya... Credit tuk tuan punya blog ni... Ni lah bahan-bahannya : kentang, tepung jagung & tepung gandum, udang (saya tambah), telur, daun bawang, cili merah, garam & lada sulah Gaul sebati kesemua bahan Goreng leret dalam kuali dengan minyak yang panas

Cucuq Ikan

Imej
Rare sekali sekala...goreng cucuq ikan utk berbuka puasa... lapaq-lapaq semuanya rasa sedap.  Makan cucuq panas-panas sambil cicah sos cili...fuhhh... Abaikan warna cucur yang berbeza tu...masalah teknikal ajerrr...hihi Cucur Ikan By Shikin  Inspired by Ta Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air suam secukupnya  Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung. Perisakan dengan garam dan gula. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos yang sesuai. ...

Cucur Udang Bendang

Imej
Request yang tertangguh sekian lama...udang tu pulak dah dekat2 sebulan chek in dalam esbok.  Cuma sempat buat cucur sahaja. Kuah, guna lebihan sos nasi ayam yang ntah kurun ke berapa tah...tp still elok la... Heee...kebizian apa tah... Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad + tepung jagung Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti) Minyak untuk menggoreng Cara buat Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur) Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung) Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung. Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawa...

Cekodok Edisi Hangit

Imej
Kononnya nak bagi garing sket...terlajak garing sampai bertukar warnanya...hihihi. Apa-apa pun cekodok hangit habis jugak... Cekodok @ Jemput-Jemput Pisang By Shikin Bahan-bahan Pisang awak Tepung gandum Tepung beras Garam dan gula Air secukupnya. Cara Lenyek pisang. Masukkan bahan-bahan lain secukupnya. Gaul sebati. Adunan tu aga-agak la. Jangan pekat atau cair sangat. Panaskan minyak. Jemput adunan secukupnya masukkan kedalam kuali. Goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Cucur Ikan

Imej
Kalau banyak stok ikan dalam peti ais, cuba buat macam ni.  Cucur Ikan By Shikin  Inspired by Ta Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air suam secukupnya  Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung. Perisakan dengan garam dan gula. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos yang sesuai. *kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Cucur Nasi Ikan

Imej
Cucur ni ilham daripada resepi cucur nasi ikan bilis oleh Noor Masri. Saya cuma tukar penggunaan ikan bilis tu kepada isi ikan kembung. Kalau saya buat cucur tak derlah sukatan yang tepat . Main hentam keromo jer. Ikut bahan-bahan yang ada di dapur lah.  Tapi anda boleh tengok resepi daripada Noor Masri ni. Ejaslah mana yang patut supaya kena dengan citarasa sendiri.   Cucur Nasi Ikan By Shikin Resepi Asal : Noor Masri Bahan-Bahan 2 cwn nasi 2 cwn air 1 biji bwg besar - hiriskan 2 biji bwg putih - tak letak 1/2 cwn ikan bilis - saya ganti dengan isi ikan kembung yang telag direbus 2 1/2 cwn tepung gandum 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus) - x letak sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua b...

Cakoi

Imej
First time cuba buat cakoi ni. Sebelum ni kalau nak makan beli aje kat pasar malam. Tu pun jarang-jarang . Tak tau kenapa. Tapi memang jarang beli lah.    Tapi saya pernah makan kuih cakoi yang dimasak oleh emak rakan sekerja dan juga sahabat blogger saya Ta . Bila makan kuih yang emak Ta buat, saya pun teringin nak buat sendiri. jadi saya minta resepi drpda Ta.  Emak Ta pulak bukan takat bagi resepi, sekali dengan sebungkus yeast. Cuma tulah tak sempat nak buat asyik tak sempat aja kin yea.... Last-last yeast tu pun expired ... sori Tok Yah...memang tak sempat nak buat  pun. Tapi semangat nak buat cakoi tetap membara. Jadi saya belilah sendiri yeast kat pasaraya. Cuma time nak buat tu baru perasan resepi yang Ta bagi saya dah hilang. Terpaksalah menggugel pulak utk dapatkan resepi baru. Dan saya  rasa resepi ni yang agak mudah kot. Sebenarnya lebih kurang resepi mak Ta, tapi takut tersalah pulak. Jadi, saya cuba je lah.. Cakoi ...

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Just nak post resepi ngan gambar sebab cucurnya dah lama habis.  Minggu lepas lagi buat ni, masa FIL datang kerumah. Dia memang suka ngan cucur udang. Buat pula tak banyak mana, dalam 3 cawan tepung. Dah berebutlah pulak budak-budak tu dengan abah dan tokwannya, pulun makan cucur udang yan ummi masak. Suami tanya "Awat buat sikit sangat??? " "Aihh bang kalau beli mau 3,4 ringgit banyak tu. Biasa beli 2 ringgit tak habis pun" jawab saya.  "Yang ni buat sendiri mana sama ngan beli punya." balas suami saya. Hmmm...Apa signalnya??? Cucur udang yang ummi buat ni sedap yerrr sampai jadi rebutan.... He he... perasan habis... Ok, jom tengok resepi kat bawah Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Tauhu - potong 2 dan goreng garing Timun - hiris macam hirisan rojak buah Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila diban...

Cekodok Ubi

Imej
Dah lama tak makan cekodok ubi ni. Sebab bekalan ubi keledek jarang benar ada kat dapur saya.  Entah kenapa tak lah rajin sangat saya membeli keledek. Sedangkan sebelum kahwin cekodok ubi ni lah yang selalu menjadi kudap-kudapan kami sekeluarga dipetang hari. Sebab abah kalau ke pasar jarang lupa membeli keledek. Kalau tak digoreng, dijadikan cekodok.  Dan sebagai kakak sulung, sayalah yang selalu mengambil alih tugas emak, melecek dan menggentel aduanan keledek. Bukan sikit tu, selalunya sekilo ubi digunakan. (Untuk santapan abah, emak dan 10 orang adik beradik kami) Dah dicampur dengan tepung, mak aihhh.... jenuh jugaklah. Sempat juga layan cerita hindustan masa menggentel. Petang Jumaat lepas rasa teringin pulak nak makan cekodok ubi. Hmmm...sesekali mengimbau kenangan masa silam. Lagipun apa salahnya makanan yang biasa saya makan tu saya hidangkan kepada keluarga saya pula. Tak sangka pula cekodok ubi ni mendapat sambutan yang tinggi daripada anak-anak saya. Sekejap j...

Cucur Ikan

Imej
Menghabiskan saki baki ikan temenung a.k.a ikan kembung yang ada dalam peti ais.  Inspirasi daripada cucur yang selalu dibawa oleh rakan sekerja. Makan pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Biasanya saya buat cucur ikan bilis. Tapi cucur ikan kembung pun ok jugak... Sedap. Cicah pulak dengan sos yang sesuai. Hmmm... Tak der resepi yang khusus untuk buat cucur ni. Boleh ejas ikut suka hati. Depend apa yang ada dalam dapur kita lah... Ok, kita tengok apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam cucur ni : Cucur Ikan by Shikin Inspired by Ta Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air sejuk secukupnya (air dalam peti sejuk) Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air sejuk secukupnya. ...