Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Masakan Thai / Siam

Tom Yam Jenahak

Imej
Jenahak ni lawan dia kari baru best. Tapi dari mula puasa asyik makan kari...muak pula rasanya. En. Tahiri kata masak tom yam aja la...  Haa...ok..ok...hirup tom yam panas pagi buta terbuka juga selera... Resepi boleh tengok kat sini

Paprik Udang

Imej
Masak simple-simple... Paprik Udang By Shikin Bahan-bahan Udang 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang baby corn - potong serong 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan udang. Masukkan juga kesemua sayuran. Kacau lagi.  Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Paprik Udang

Imej
Paprik Udang By Shikin Bahan-bahan Udang - bersihkan 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang bunga kobis - potong kecil 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Paprik Ayam

Imej
Beraksi dari dalam kuali jerr... Kalau memasak kat kampung memang cenggini lah gayanya. Masak-masak terus snap gambar... Dengan suasana kampung yang redup, gambarnya pun redup jerr. Apapun nak masuk entry jugak dalam blog ni...hihihi... Resepi tengok kat sini .  Cuma bahan-bahan tu ejas-ejas sendiri ikut apa yang ada kat dapurlah yerr...

Tom Yam Putih Jenahak

Imej
Lauk ulang tayang jer ni... Dah selalu buat. Resepi boleh tengok kat sini

Kari Udang Thai

Imej
Menu sahur 6. Beli udang kat pasar malam hari Sabtu. Dah cadang nak masak kari udang Thai petang tu. Tapi terpostpone la pulak... Maka, udang tu masak petang kelmarin, buat makan sahur pagi ni. Kari udang thai ni resepi kesukaan keluarga kami. Dari zaman anak dara lagi kalau abah beli udang selalunya minta dimasak dengan kari thai.  Resepi ni pun kami ambil daripada majalah Saji (kalau tak silap) tapi saya kurang pasti keluaran bila.  Yalah dulu2 ambik resepi, main salin dlm buku jer. Takder la pula reffrences nak dibacklink kan. Apapun terimakasih banyak2 kepada tuan yang menyumbangkan resepi asal.  Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu bes...

Tomyam Putih Jenahak

Imej
Menu sahur hari ketiga... Pagi-pagi buta layan tomyam??? Ok aperr!!! hehehe En. Tahiri request tomyam ni. Balik keje kelmarin tengok dia dah beli 2 keping isi jenahak, dengan segala perkakas tomyam. Saya tinggal nak masak jer... So, layan lah... Best jugak makan tomyam masa sahur. Sedap hirup tomyam panas-panas yg ada rasa masam dan pedas... Terbuka selera... Guna resepi resepi tomyam siakap yang biasa saya buat. Resepi ada kat bawah... Tomyam Putih Siakap Ala Redza By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka (kali ni saya guna isi jenahak) 3 ulas bawang putih - ketuk 10 biji cili padi thai - ketuk 1 biji bawang besar - hiris bulat/potong baji (lupa nak letak. masak pagi2 duk mamun2 lg capai apa yg ingat) 5 batang serai - potong menyerong 2 inci lengkuas - hiris kasar 1 inci halia - hiris kasar 5 helai daun limau purut - potong menyerong limau nipis - perah airnya sahaja 1 sudu besar sos ikan ...

Paprik Sotong ala kadar...

Imej
Kenapa ala kadar??? Setakat letak apa yang ada kat dapur dan dalam peti ais jer...  Pepun, En. Suami dan anak2 memang layan... Paprik Sotong By Shikin Bahan-Bahan Sotong 2 ulas bawang putih - mayang halus 3 ulas bawang merah - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 1 biji cili merah - buang biji, hiris memanjang 3-4 biji cili padi - hiris kasar 2 sb cili kisar 3 sb sos cili 2 sb sos tomato 3 helai daun limau purut 1 batang karot garam dan gula minyak Cara Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar. masak sehingga cili garing. Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Tuang sedikit air jika perlu. Masukkan pula sotong, karot, bawang besar serta daun limau purut. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Tom Yam Siakap

Imej
Buat petang kelmarin... Tomyam Siakap By Shikin Inspired by : Restoran Redza Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap (sederhana besar) 1 biji bawang besar - hiris bulat 1 biji cili merah*  2 tangkai cili padi* (qtty terpulang kepada citarasa masing-masing-lebihkan kalau nak pedas, kurangkan kalau x nak) 2 ulas bawang putih* (*tumbuk2 sikit bagi pecah, tapi jgn sampai lumat pulak) 1/2 biji lada benggala (*optional) - potong ikut suka 5 batang serai - hiris menyerong (1 batang serai tu hiris 2,3, bukan hiris nipis2 tau) 1 1/2 inci lengkuas - hiris tebal 2 inci hali - hiris tebal 4 - 5 helai daun limau purut - carik2 Jus limau nipis  Karot Tomato - potong 4 cendawan butang, cendawan telinga, cendawan tiram - potong ikut suka ng) 1-2 sudu besar susu pekat manis Garam dan gula Air sejuk secukupnya Cara-Cara Membuatnya Tumis bawang besar cili padi dan cili merah tanpa minyak. Masukkan air sejuk secukupnya untuk dijadikan kuah ....

Paprik Sotong

Imej
Sotong ada 4,5 ekor dalam peti ais.  Nak buat sambal @ kari macam tak cukup jerr.  Stok sayur mmg berlambak.  Sesuai untuk buat paprik. So...paprik je lahh... Paprik Sotong By Shikin Bahan-bahan 5 ekor sotong - hiris bulat 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang bunga kobis - potong kecil 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan ...

Tomyam Ikan Kuah Putih

Imej
Pertama kali saya makan tomyam isi ikan ni kat restoran Redza BKH.  Mula-mula rasa query juga bila rakan sekerja saya pesan tomyam ikan. Tomyam ni kuahnya putih. Macam letak santan or susu cair. Tak tau lah macam mana rasanya... Tapi bila dah makan, hmm...SEDAPnya...  Bila saya bawa En. Tahiri pula makan kat sana, dia pun puji kata tomyam tu sedap. Semangkuk tomyam dengan 2,3 keping isi ikan harganya RM6-7. Ok lah tu... Sekali En.Tahiri buat suggestion, "apa kata kita beli ikan, pas tu buat tomyam macam ni..." Heh...betul ka nak buat sendiri, tak pernah cuba tomyam ikan ni. Dah tu selalu masak tomyam kuah dia merah. Last-last saya cuba jugak, berdasarkan pemerhatian saya keatas bahan-bahan yang ada dalam mangkuk tomyam masa makan kat Redza hari tu.  Rasanya semua dah ok, cuma bila saya masukkan santan rasa dia lain macam sikit. Tapi bila dah sebati dengan kuah ok jer. Sedap kata En. Tahiri dan Aiman . Siap hirup sampai tinggal mangkuk. Ai...

Kari Udang Thai

Imej
Request daripada abah dan mak. Sebenarnya sedang demam dan sakit-sakit badan. Tapi demi insan-insan tersayang kugagahkan  jua... ^__^ Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu besar jus limau nipis sedikit daun ketumbar garam dan gula secukupnya 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 10 tangkai cili kering #  8 biji cili merah# 5 biji cili padi # 10 ulas bawang merah# 10 ulas bawang putih# 1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus) Cara-cara panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih masukkan udang masukkan bawang besar, tomato dan perasa bila udang masak,...

Daging Masak Merah Ala Thai

Imej
Letak resepi dan gambar jer yer... Dah lama buat tapi tak sempat nak publish dalam blog... Daging Masak Merah Ala Thai By Shikin Adaptasi Daripada  Buku : Hidangan Terbaik Dunia Thai - Nazira Noran Bahan-Bahan 250gm daging - dihiris nipis dan diperap dengan dua sudu makan sos tomato semalaman 1 labu bawang besar - dihiris bulat 1 tangkai daun bawang - dipotong memanjang 1 tangkai daun ketumbar - dipotong memanjang 1 cawan air @ secukupnya 2 sudu makan cili kisar 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan di dalam kuali yang sama. Tumis cili kisar, sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan satu cawan air ataupun secukupnya. Kacau dan biarkan hingga mendidih. Rasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan hirisan bawang besar, daun bawang dan ketumbar. Kacau sebati da...