Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agar-Agar/Puding

Puding Roti Pelangi

Imej
Kalo roti x habis buat jer macam ni. Konfem licin... Guna resepi Puding Roti Marble ,  lapis ikut ikut Puding Pelangi , maka terhasillah puding Roti Pelangi. 

Agar-Agar Kering

Imej
Syawal semakin menghilang, agar-agar pun dah susut dalam balang, baru sempat nak post entry pasal agar-agar kering ni...  Agar-Agar Kering By Shikin Sumber : Buku Resepi Mak Bahan-bahan 60gm agar-agar strip (agar2 bertali) 500gm gula batu 1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya) 2300ml air 1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros  1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna.  Cara-cara Masak agar-agar bersama air sampai hancur. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar. Tuangkan esen ros secukupnya. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah) Tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat...

Agar-Agar Susu Gula Nipah

Imej
Agar-Agar Susu Gula Nipah By Shikin Bahan2 10gm serbuk agar-agar 100gm gula pasir 2 keping gula nipah - patah-patahkan dan masak dengan 100ml air 700ml air 200ml susu cair 1 biji telur Secubit garam Cara Masak agar-agar dan air sampai larut. Kemudian masukkan gula pasir.  Teruskan memasak sampai gula larut. Masuukan pula air gula nipah. Blend susu, telur dan secubit garam. Masukkan kedalam adunan agar-agar. Apabila mendidih, padamkan api.  Tuangkan adunan ke dalam loyang. Sejukkan sebalum dipotong

Puding Aiskrim Oreo

Imej
Ni produk ramadhan baru2 ni. Buat untuk berbuka puasa. Dah lama saya simpan resepi ni. Tapi nak buat macam tak menyempat...haila bz sungguh... Just nak tempek resepi ngan gambar kat sini... ~ Puding Ice Cream Oreo~ By : Shikin Sumber : Facebook Bahan2: 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2) 1250ml air 1 Tin susu cair 1 cup Gula 1 Sudu teh esen Vanila  1 Biji telur 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus) 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh** Cara membuat: Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut... kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila  Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi.... Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api... Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Imej
Agar-Agar Santan Gula Melaka. By Shikin Bahan-Bahan 10g serbuk agar-agar 600ml air 400ml air 200gm gula pasir Seketul gula melaka Secubit garam Cara-Cara Masak agar-agar dengan air sampai larut. Kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula hancur. Masukkan pula santan dan gula melaka. Biar sampai mendidih. (jaga jangan sampai meruap) Taburkan secubit garam. Padamkan api. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam loyang. Sejukkan. Bolehlah potong sesuka hati semasa nak dihidangkan nanti.

Agar-Agar Santan Salju

Imej
Berbuka dengan agar-agar yang sejuk macam ni memang terasa nikmatnya. Simple tapi mengancam...hihihi Agar-Agar Santan Salju By Shikin Sumber : Yatiememories Bahan-bahan Lapisan Bawah 1 sb serbuk agar2 900 ml air biasa 150 gm gula pasir 1 sk esen rose pewarna merah Lapisan Atas 1 sudu kecil serbuk agar2 100 ml air biasa 400 ml santan 90 gm gula pasir 1 helai daun pandan Cara membuatnya. 1. Masak bahan2 lapisan bawah sehingga mendidih. Setelah siap tuang ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.Sementara itu masak bahagian lapisan atas. 2. Dalam periuk, masak 100 ml air tu dan masukkan gula serta daun pandan. Masukkan pula serbuk agar2 dan kacau sebati. Masukkan pula santan dan kacau guna api perlahan dan sehingga mendidih. 3. Setelah siap, cakar2 sikit agar2 lapisan bawah tadi dngn menggunakan pisau, supaya ianya lekat dan tuang adunan atas pula. 4. Setelah siap, biarkan beku dan letak dalam peti ...

Puding Coklat Salju

Imej
Masa tengok puding ni kat blog k.liza, saya terus save resepi. Nampak sangat2 menggiurkan.  Hujung minggu baru2 ni sempatlah mencuba. Wallah...memang meriah dengan rasa coklat. Teksture dia pulak lemah lembut gitu, wajib makan pakai sudu.  Anak-anak la paling suka, bila buat hidangan berasaskan coklat macam ni. Tak sempat tunggu berbuka dah disambar Deena dengan Nuha sorang sebekas. PUDING COKLAT SALJU By Shikin Sumber : K.Liza Bhn2: 500 ml susu segar 80g-100 g gula halus 25 g mentega 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu Cara-cara Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin. Matikan api.                             ...

Agar-Agar Santan

Imej
Agar-Agar Santan By Shikin Bahan-Bahan 10gm serbuk agar-agar (saya guna serbuk agar2 perisa pandan) 800ml air 200ml santan pekat (kacau sebati bersama-sama telur) 1biji telur 4-5 helai daun pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya) - boleh ganti dengan pewarna  hijau dan perisa pandan Secubit garam  Cara-cara Masak air dan agar-agar sampai mendidih. Masukkan gula. Masukkan juga pati daun pandan. Kemudian tuangkan campuran santan dan telur. Masukkan garam. Biar sampai mendidih. Padamkan api. Tuang adunan kedalam acuan/loyang. Dinginkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Puding Milo Lapis Oreo Dan Mee Goreng

Imej
Iftar 11 Pelengkap juadah berbuka. PUDING MILO LAPIS OREO Oleh:Suriani Osman cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-Bahan 10gram serbuk agar2 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4cawan milo satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 Cara-cara Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.  Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.  Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.  Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.  Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi.  Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.  Potong dan Hidangkan. Menu utama berbuka hari ni mee goreng biasa-biasa. Resepi boleh tgk kat sini .

Puding Roti Karamel

Imej
Ada stock roti, adalah puding roti ni.  Selalu buat puding roti marble, kali ni buat puding roti karamel pulak. Rasanya??? Hmm...superb! Saya jenis yang tak berapa boleh nak telan kalau puding karamel yang biasa2 tu. Berbau telur!!! Tapi yang ni, ok pulak. Sedap! Anak & suami sangat suka. Seloyang tu cepat je habis.  RESEPI PUDING ROTI KARAMEL By Shikin resepi asal : rosaliza@embunkasih sumber : K.Nor,  Lina.pg & Hana Bahan-bahan 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan esen vanilla (1sk) Cara-cara Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang ter...

Puding Roti Marble Lagik...Kikiki

Imej
Tu la...kalau dah start buat, asyik buat yang itu2 lah jugak. Sebenarnya saya buat puding ni untuk majlis pertunangan sepupu saya, Buraidah baru-baru ni. Tak sempat dah nak buat benda-benda lain, rasanya puding ni pilihan yang tepat sebagi buah tangan untuk majlis tersebut. Saya buat sebanyak 2 loyang bersaiz 10 x 10. Untuk muat 2 loyang ni aduan asal saya gandakan 4. Setiap adunan 2 kali ganda. Tu pun ada lebih sikit2 jadi saya masukkan dalam cup kecik macam dalam gambar dibawah. Bolehlah juga disantap oleh suami dan anak-anak. PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 ) -  untuk loyang 10 x 10  gandakan 2 adunan  4 keping roti  2 biji telur  1/2 cawan susu pekat  170ml susu cair  8gram serbuk agar2  1/2 cawan gula - bleh kurangkn  2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)  3 1/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.  2 sudu besar serbuk koko (b...

Puding Roti Marble

Imej
Hasil godekan atas dapur beberapa minggu sudah, ttp sbb kesuntukan masa, baru sempat nak update. Macam biasa, layan ajerlah... PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 ) 4 keping roti  2 biji telur  1/2 cawan susu pekat  170ml susu cair  8gram serbuk agar2  1/2 cawan gula - bleh kurangkn  2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)  31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.  2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara  Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.  Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.  Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.  Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tid...

Agar-Agar Kering

Imej
Yang ni pun buat untuk kenduri adik-adik hari tu. Dipeket dalam bekas kecik-kecik untuk dijadikan doorgift buat tetamu yang datang. Saya buat 3 adunan, tu pun secara berperingkat-peringkat sebab kekurangan talam untuk menjemur agar-agar. Ekceli, agar-agar kering ni saya selalu buat time hari raya zaman anak dara dulu. Masa raya, agar-agar ni wajib ada. Tak tau kenapa rasa seronok jer bila tengok agar-agar tu terjemur depan rumah.  Mmg resepi evergreen ni. Buku resepi emak yg menjadi rujukan saya pun dah naik kuning warnanya. Tapi saya suka buat je...makan tak seberapa sbb agar-agar ni manisnya ya ampunnn...yang teramat sangat... makan sikit-sikit bolehla... kalau makan banyak2 harus terkena diabetes ni... Tu pun jenuh bertepis ngan anak-anak...dioarang mmg feveretla manis-manis ni. Makan tak agak dah... Okey...nak kongsi resepinya disini...(resepi asalnya dalam sukatan traditional tapi saya dah edit ikut sukatan metrik kontemporari supaya senang d...

Custard Jelly Cocktail

Imej
Saya buat puding ni untuk kenduri adik2 lelaki saya baru2 ni. Yang ni dihidang untuk pengantin bersama2 rombongannya. Asalnya plan nak buat triffle, tapi tak sempat pulak nak pegi beli swiss roll. So tinggal custard dengan jelly dan fruit cocktail jer lah... Custard Jelly Cocktail By  Shikin Sumber : K.Asiah Bahan-Bahan 1 tin susu cair 3 tin air 10gm serbuk agar-agar 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/2 tin gula secubit garam secukup rasa 2 kotak Jelly Crystal Nona - perisa raspberry buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj Cara-cara Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sampai larut. Masukkan gula, masak sampai gula hancur. Masukkan susu cair. Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang kedalam adunan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak berketul. Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-b...

Triffle...lalala...

Imej
Lama tak layan triffle ni...sesekali buat berebut2 suami dan anak-anak makan. Puding Triple Layer (Triffle) Resepi : Officemate Sumber : Shikin Bahan-bahannya 2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah - saya guna kek span 1 tin fruit coktail 1 tin susu cair 1 tin air 5 sudu makan tepung kastard 5 sudu makan gula 1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak) Cara membuatnya Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik) Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek Campur kastard, gula, susu cair, air dalam periuk. Kacau di atas api yang kecil hingga masak dan berkilat. (saya tambahkan 1 sudu besar serbuk agar-agar) Biarkan beku. Tuangkan jelly yang telah dimasak diatas kastard. (lapik senduk atau sudu sebelum menuang ke atas kasrtad supaya adunan kastard tak pecah) Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan.

Jelly Kelapa

Imej
L ama dah duk intai resepi jelly kelapa ni.    Tapi, asal teringin nak buat jer tak der pulak jumpa kelapa muda.  Kadang-kadang tu pulak dah terlepas gerai yang menjual kelapa muda ni baru teringat nak beli. Tapi nak patah balik bukan dialah.  Tependam macam tu aje lah hasrat dihati, menanti masa yang sesuai. Baru-baru ni terberhenti kat gerai jual kelapa muda ni. Asalnya nak beli air untuk hilangkan dahaga tengah2 hari buta. Teringat pulak jelly kelapa.. Saya borong 4 biji sekali gus, siap suruh penjual tu kopek kan lagi. Bukan apa...saya nakkan efek isi kelapa yang bergerigi sbb kat rumah saya tak de pisau untuk menggaru isi kelapa tu. He he... Kelapa yang saya beli tu pulak mewah dengan isi. Alhamdulillah memang berbaloi dengan harganya RM2.50 sebiji. Jelly Kelapa By Shikin Resepi : K.Nor Bahan-Bahan 1 paket agar2 serbuk (10gm) 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda isi kelapa muda 11...

Agar-AgarSantan Gula Merah

Imej
Agar-Agar Santan Gula Merah By Shikin sumber: Hana sumber: K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan 10g serbuk agar-agar  1/2 cawan gula merah  1/4 cawan gula putih 1150 ml air (800ml air shj) 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (200ml santan) 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam 1 helai daun pandan Cara-cara Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis) bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut Kecilkan api kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih Tuang kedalam acuan yang anda suka Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

Puding Keju...Yummy...

Imej
Buat sebagai dessert untuk berbuka puasa petang ni.  Godek cepat-cepat sebab rushing ke KMP petang ni. Ada majlis berbuka puasa perdana. Tu yang main lambak dalam loyang jer, tak guna mould bagai dah. Tak dan... Pas tu potong guna pisau biasa, tak dak gerigi. Memang bentuk original nih... Apapun, rasanya tetap mabeles.. Puding keju ni sentiasa mendapat tempat dihati anak-anak dan suami. PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm) 50g Mentega CARA2: Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. Pukul telur sehingga rata & campurkan bisk...