Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Dadih Sedap Coffeemate

Imej
Dadih ni kalau buat selalu pun laku. Letak jer dalam peti ais tu. Nanti adalah 2 makhluk halus ni jalankan kerja depa. Sapa lagi yang rajin selongkar peti ais kalau bukan Deena dan Nuha. Bab cari benda2 yang tersembunyi depa memang terer.... Masih menggunakan resepi dadih yang saya buat sebelum ni. saya letak resepi tu sekali lagi disini. DADIH SEDAP COFFEEMATE By Shikin Sumber : Yatie Memories Bahan-bahan ( 20 cup kecil ) 10gm agar2 serbuk 1 1/2 cawan gula pasir 3 liter air (dlm 12 cwn) 200 gm Coffemate Creamer 1 tin susu sejat/ cair Perisa jagung, perisa strawberry , perisa pandan dan perisa keladi CARA-CARA Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki. Saya bahagikan pada 2 b

Bihun Goreng...My Style...

Imej
Ini antara menu yang paling mudah disediakan untuk tetamu yang datang berkunjung.  Bihun Goreng By Shikin Bahan-Bahan 1 peket bihun - rendam sampai lembut dan toskan 2 biji telur - goreng hancur, ketepikan 3 ulas bwg putih - diketuk/dicincang 1 senduk cili kisar 3 sdb sos cili 2 sdb sos tomato 1 sdb sos tiram 2 sdb kicap ayam fishball sawi  taugeh garam gula secukupnya minyak air Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai berwarna kekuningan. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sampai pecah minyak.  Masukkan pula ayam dan fishball. Kalau bahan tumis agak kering bolehlah tambah dengan sedikit air. Masukkan juga garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan bihun. Gaul sebati. Taburkan telur yang telah digoreng. Tabur juga sawi dan taugeh. Teruskan menggoreng sampai taugeh dan sawi masak sekata. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Goreng Udang

Imej
Suka Aiman bila tengok udang besar2 cam tu dalam pinggan. Feveretla katakan.... Mee Sanggul Udang By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus mee  2 biji telur - goreng hancur 3 ulas bawang putih ~ diketuk 3 sudu besar pes cili* 3 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (penggunaan bahan-bahan * ni ikut citarasa masing2lah. kalau nak pedas lebihkan cili, nak lebih hitam lebihkan kicap)  Garam dan gula secukupnya 300gm udang sederhana besar Air (kalau perlu) Sawi Sdikit minyak utk menumis Cara-cara Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili pes. Kacau sampai garing. Masukkan sos cili dan kicap. Kacau sebati. Masukkan juga gula. Rasa kuahnya, kalau kurang masin bolehlah tambah garam. Apabila kuah dah cukup masak masukkan udang. Gaul sebati. Kalau kuah agak pekat bolehlah tambah air secukupnya. Masukkan mee sanggul. Kacau rata supaya mesra dengan kuah.  Masukkan sawi. Goreng sampai mee cukup masak. Pada

Tembikai Blended

Imej
Panas2 cam ni dapat tembikai blended memang best... Potong tembikai secukupnya (buangla bahagian kulit dan yang berwarna putih tu).  Buh dalam jug blender.  Masukkan gula, sedikit air dan ketulan ais secukupnya.  Blend sampai halus.  Tuangkan kedalam gelas dan slurrppp... sedapnya....

Kari Kepala Ikan

Imej
Request drpd En. Tahiri. Guna ikan nyok-nyok putih kali ni.  Kari Kepala Ikan By Shikin Bahan-Bahan Kepala ikan - sederhana besar 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 3 sudu besar serbuk cili 2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Bendi Tomato Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  Masukkan bendi. Masak seketika. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Tulang M.Cik Salmah

Imej
Nak bg nama apa saya pun tak tau. Nak kata mee bandung, tak la bandung sangat pun. Mee rebus...pun bukan dia. Mee kuah??? Ala...ala...kot.  Lastly, mee tulanglah. Sebab bahan utama dalam penghasilan mee ni adalah air rebusan tulang.  Resepi ni saya skodeng drpd sepupu saya, sbb tertarik dengan gambar mee yg dia tayang dalam FB. Bila saya tanya,  resepi yang dia bagi simple betul. Rasa cam senang nak buat.  Sepupu saya cuma bagitau bahan-bahan yang dimasukkan dalam resepi tu. Banyak mana bahan yang digunakan tak pula diberitahu. agak-agaklah biar secukup rasa. Asal resepi daripada ibunya (m.cik Salmah), iaitu m.cik saya sendiri. Tu yang jadi nama mee tulang m.cik Salmah tuuu...hehehe Resepi ni pun dah lama saya dapat. Sempena dengan hari raya baru2 ni baru sempat cuba. Memandangkan En. Tahiri nak jemput 2,3 orang sahabat2nya beraya kat rumah, maka saya sediakan mee ni sebagai juadah hidangan. Boleh juga saya asingkan sikit untuk dibawa ketempat kerja esok hari.

Cornflake Coklat

Imej
Satu lagi biskut raya yang sempat dibuat.  Guna cara saya. Sangat ringkas dan mudah, tapi menjadi kegemaran anak-anak. Raya pertama dah selamat sebalang.  Mmg tak sempat berposing bagai untuk dimasukkan dalam blog ni. Cuma ada gambar dalam tray pembakar saja... Cornflake Coklat By Shikin Bahan-Bahan 1 kotak cornflake (kotak besar-saya guna jenama nestle) 100gm badam potong - optional, tak letak pun x pa. kalo ltk lg sedap. kalo nak banyak boleh tambah lagi. Coklat milk compound secukupnya - saya guna jenis coin dari jenama Beryl's. Blh jg campur dengan dark coklat sikit. Cara-Cara Bakar cornflakes dan badam dalam ketuhar selama 5-10 minit. Sejukkan sekejap. Cairkan coklat secara double boiler. Masukkan coklat dan badam ke dalam mangkuk coklat. Gaul sebati. Sudukan kedalam kertas cupcake. Taburkan manik gula hiasan secukupnya. Sejukkan dalam peti ais (pastikan coklat betul2 keras) Simpan dalam bekas yang sesuai.

Samperit Senang Giler...

Imej
1st time tengok resepi samperit ni saya terus save dalam folder draft. Memang berhajat nak buat sbb nampak gaya macam senang sangat2. Bahan2 dia pun simple... So, raya baru2 ni tercapailah hasrat tu. Memang simple dan senang giler...tapi puaih la jugak menekan acuan samperit tu. Agaknya adunan terkeras sikit kot... Resepi saya ambil daripada blog Anyambakul , tp saya tambah pewarna hijau sikit dan tabur gula berwarna. Kunun nak buat samperit pandan tp tak letak pun perasa pandan.  Samperit Senang Giler By Shikin Bahan2 =  1 ketul buttercup + susu pekat manis setengah tin + tepung jagung sebungkus (500g) (saya tambah pewarna hijau + dan gula hiasan warna-warni) Cara2 =  Pukul butter & susu pekat (if xde mixer gune je senduk kayu) then bila dh sebati, msukkan tepung sedikit demi sedikit, uli rata paling syok gune tgn sbb senang nak uli smpai jadi doh, agak2 dah cantik doh tu, xperlu abiskan semua stok tepung tu, terap, bakar dgn api 170c 10-15minit

Biskut Sarang Semut

Imej
Update entry laju-laju...banyak post yang tertunggak ni hehehe... Saja pilih biskut sarang semut untuk raya tahun ni sebab terkenangkan nostalgia lama memarut biskut zaman anak dara dulu. Masterchefnya, emak saya la...  Tapi sekarang mak dah tak buat kuih2 raya ni. Tggu anak2 bawak balik 3,4 balang sorang. Anak ada 10 orang, berderet2lah kuih raya atas meja mak saya.... Resepi biskut ni saya ambik daripada blog  Galeri Duniaku . BISKUT SARANG SEMUT By Shikin BAHAN-BAHAN 250 gm butter atau marjerin 100gm gula halus 350 gm tepung gandum ...} 100 gm tepung jagung;...}di ayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla HIASAN sedikit coklat rice paper cup kecil secukupnya CARA- CARA 1. Pukul kembang butter dengan gula 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata 3. Masukkan tepung dan gaul rata 4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup 5. Taburkan coklat rice 6. Bakar dalam oven den

Biskut Raya 2013

Imej
Salam Aidilfitri 1434H.  Rasa lama tak update blog...sibuk sgt kot ngan urusan sambutan Aidilfitri baru2 ni. Dalam sibuk2 tu sempatlah juga saya buat beberapa jenis biskut. Itupun buat yang paling mudah.  Dalam 3 jenis biskut macam tu.  Biskut-biskut yang menjadi pilihan adalah : Biskut Sarang Semut Biskut Samperit Cornflake Coklat Tgk gambar biskut tu, pakai posing dalam talam aja. Tak sempat dah nak dressing cantik2. Baki biskut pun dah tak banyak mana. Yang pastinya cornflake coklat dah selamat masuk dalam perut...hehehe. Semuanya biskut2 oldies, sengaja nak mengembalikan nostalgia zaman silam. Tayang gambar dulu...lepas2 ni saya masuk resepinya pulak.

Roti Lapis Daging Berkeju

Imej
Roti Lapis Daging Berkeju By Shikin Bahan2: Utk Inti: 300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg.. 2 ulas bwg putih 1 biji bwg besar 1/2 paket perencah daging black paper maggi sedikit air garam n gula minyak 12kpg roti 3biji telur 200ml susu fresh 8kpg slice cheese cheddar diparut *sayur2 ikut suka Cara2: utk inti Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk. kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering. ketepikan n biar sejuk. Untuk Roti lapis Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama. tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging. tutup dgn lapisan roti yg dicelup sepe

Kuih Sagu

Imej
Kuih kegemaran En.Tahiri Kuih Sagu Bahan-bahannya: 1 cawan sagu biji (170g) setengah cawan gula pasir (100g) sedikit pewarna/perasa sedikit kelapa parut muda (putih sahaja) sedikit garam halus Cara membuatnya: 1- Rendam sagu dalam air bersih selama 2 jam di dalam bekas. 2- Toskan airnya dengan penapis (tak perlu sampai kering airnya). 3- Masukkan gula dan pewarna. Kacau perlahan-lahan sehingga rata. 4- Masukkan campuran sagu tadi ke dalam acuan kecil (yang telah disapukan minyak). 5- Kukus selama 10-15 minit. Setelah masak angkat dan segera tuangkan lebihan air di atas kuih sekiranya ada. 6- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam, sebelum dihidangkan.

Kari Ikan Bawal

Imej
Kari Ikan Bawal By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal - sederhana besar 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 1 bgks rempah kari (bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan dan kacang panjang. Masak seketika. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.