Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kek Coklat

Kek coklat Kukus Mudah

Imej
Projek segera untuk jamuan mentor mentee baru2 ni. Rasanya ini yang paling mudah. Sebenarnya dah agak lama tak buat kek. Sampaikan masa bawa keluar bahan2 kek anak2 pun teruja sangat. Tambah2 si Deena dan Nuha, menyanyi2 nak makan kek yang ummi buat. Siap chup nak bawa sorang berapa bekas ke sekolah... Hai la anak... Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x Cara memasak. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat) Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam. Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek ...

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n again...

Imej
Kek ni saya buat masa raya hari tu. syawal pun dah habis tp baru masuk entry ya... Biasalah... Rasanya saya dah stick dengan resepi kek yang satu ni.  Sumber drp mana saya pun dah lupa. Tapi seingat saya saya copy resepi2 yang ditempek dalam yahoogroups. Mungkin sender email tu copy dari blog atau forum yang lain. Tapi tak diletakkan sumber yang asal. Apa2 pun, walau siapapun pemilik asal resepi kek ni timakasih bebanyak, kerana resepi ni telah berjaya memikat hati semua ahli keluarga saya. So yummy...so delicious... :) Resepi boleh tengok kat sini @ pun kat sini .

Moistnyerrrrr...

Imej
Dah lama tak buat kek coklat. Sekali buat...hadap sampai tak hengat2. Hmmm...sedapnyerrr...moist sangat2. Rasa melekat2 kat anak tekak. Ekceli saya buat kek ni sempena makan2 kat kolej hari tu... Konon nak celebrate besday gitu...hehehe... Tak de lah. Saja2 makan ngan kengkawan sebenarnya... Masih menggunakan resepi2 sebelum ni, belum lagi terfikir nak cuba yang lain... :-) Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x     Cara memasak. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat) Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam. Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu ...

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n Again...

Imej
Buat lagi kek coklat kukus mudah ni. Dan kali ni dalam kuantiti yang agak banyak...(bila dah banyak tu paham-paham lah...mudah tu dah tinggal sket jer...) Sebenarnya ini projek julung kalinya untuk majlis perkahwinan adik perampuan saya Sarah. Sarah minta saya buatkan kek coklat ni dalam 500 cup untuk dimasukkan ke dalam goodie bags. Nasib baiklah adik sendiri yang minta, kalau adik orang tak kuasa dah buat banyak2 cenggini. Mak ooii...tabik dengan mereka-mereka yang rajin menerima tempahan banyak2. Saya buat 500 cup pun dah rasa nak terlentang. Siap ngadu kat En. Tahiri lagi..."tak jadi la nak ambik order banyak-banyak mcm ni...Tak tahan dolat" Apa pun it was a good experience... Layan gambar ekk...  Kalau nak resepi boleh ambik kat sini atau sini . Satu loyang untuk tuan rumah makan...he he Dah siap topping dan tabur gula Acuan yang banyak membantu...bila isi dalam cup tu tak la bersememeh sangat. Tunggu giliran untuk dikukus ...

Lagi-Lagi Kek Coklat

Imej
Kek coklat ni sebenarnya untuk majlis akikah anak kepada sepupu saya Nafsiah. Tak letak topping bagai sebab nak memudahkan proses penghantaran. Lagipun saya potong kecik-kecik siap-siap supaya senang nak dihidangkan kepada tetamu yang datang. Masih menggunakan resepi kek coklat yang sebelum ni, cuma kali ni tak tau kenapa kek saya ni macam malas nak naik. Dah tu tinggi rendah pulak tu permukaannya. Hmmmm... Apa pun, kek tetap licin... Kek Coklat Kukus Mudah by shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola - sebab tak de stok minyak mazola, saya pakai minyak masak seri murni jer... 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x Cara memasak.. Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Kek Coklat Kukus Mudah lagi....

Imej
Y ang ni pun dah habis dingap... Tinggal nak masukkan resepi dengan gambar jer... Sebenarnya dah pernah buat sebelum ni. Banyak-banyak resepi kek coklat, resepi  ini yang paling saya suka. Cuma kali ni saya tukar method sikit. Hasilnya pun sangat mengujakan. Keknya sangat moist. Rasanya...Ya Allah...enak banget sih. Terasa melekat-lekat kat anak tekak. Sedap... Saya buat kek ni untuk Aiman bawa ke sekolah pada hari terakhir persekolahan. Budak-budak memang la suka sangat dengan kek coklat.  Mak budak lagi suka tauuu... Ok, saya letak sekali lagi resepi kat sini yer... Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x   Cara memasak.. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat ata...

Kek Coklat Kak Ros

Imej
Sebenarnya buat kek ni untuk Hari Raya AidilAdha baru-baru ni. Baru sempat nak menayang kat sini. Gambar je lah yer...keknya dah selamat.... Anak-anak memang sukeerr bila buat kek coklat macam ni. Paling diorang suka bila ada topping yang meleleh dan ditabur coklat @ manik gula bagai. Memang cepat jer licin. Terima kasih untuk tuan punya resepi. Saya letak pulak kat sini untuk rujukan masa-masa hadapan. Kek Coklat Kak Ros Resepi :1001resepi.blogspot.com Sumber : shikin Bahan A 4 biji telur 2 cawan minyak masak 1 tin susu cair 1 camca teh esen vanila (campurkan semua bahan dan gaul rata) Bahan B 4 cawan tepung gandum 2 camca teh soda bicarbonat 2 camca teh baking powder 2 cawan coco powder 1 camca teh garam halus 3 cawan gula halus (campurkan semua bahan dan ayak kecuali gula) Bahan C 2 cawan air mendidih Cara: Campurkan bahan B kepada bahan A...gaul rata... Tuangkan air mendidih dan gaul sebati....  Tuangkan kedalam cake pan yang telah di gris dan di alas...

Kek Coklat Kukus Mudah

Imej
Salam semua... Hari ni saya nak kongsi satu resepi kek yang sangat mudah. Dan saya jamin kek ini merupakan kegemaran kebanyakan isi rumah. He he...rugila sape2 yang tak suka kek ni. Ok,kek yang saya maksudkan adalah kek coklat. Dah banyak kali saya buat, dan sambutannya sangat menggalakkan. (dirumah sayala...budak2 tu memang pantang jumpa bendalah yang ada coklat ni) Nak buat kek ni pun mudah sesangat, tak perlu mixer, oven bagai. Just godek2 aje, dengan senduk nasik pun ok jugak.Janji adunan sebati. Masak pula, cuma guna pengukus. Ha...kan senang tu.. Apa2 hal kita layan gambar dulu ekkk... Saya kukus dalam loyang saiz 7x7. Bila masukkan dalam tupperware tu muat2 aje... Ni yang versi dah di topping dan didecorate caca merba.. Yang ni pula yang dah dipotong2 dan diisi dalam pinggan . Tinggal nak suap masuk dalam mulut je..(ekceli dah masukpun 2,3potong he..he..memang mabeles...moist sesangat) Ok, untuk resepinya pula Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko ...

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com Sumber: K.Nor@Secubit Garam Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang) 2 sudu besar susu tepung 1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais) 1 cawan gula perang 1 sudu kecil esen vanilla 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco secubit garam 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung 1 sudu kecil cuka atau jus lemon Cara-cara : Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus ...