Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Jus Kedondong @ Amra

Imej
Ada orang panggil kedondong, ada orang panggil amra. Mana-mana panggilan pun buahnya sama.

Pokok kedondong kat depan rumah tengah galak berbuah. Bulan2 puasa ni takkan nak menyicah garam belacan kot. So saya blend buat jus.

Kedondong ni jenis yang kecik jadi saya tak buang biji / empulurnya. 

Resepi hentam keromo...pakai taruk apa yang ada.

Jus Kedondong By Shikin
Bahan-Bahan Buah kedondong (basuh bersih2) - Nak guna berapa biji ikut kesesuaian masing2.  Air Gula Asam boi
Cara-Cara Blend buah kedondong, air dan gula sampai halus. Kemudian tapiskan kedalam satu bekas.Masukkan asam boi secukupnya. Kacau sebati.Pastikan cukup manis masamnya.Tambahkan ketulan ais.Sedia untuk dihidangkan.

Maggie Ketam

Imej
Ketam ni En. Tahiri beli kat pasar malam petang kemarin...adalah dalam 5 ekor macam tu. Nak menunaikan hajat isteri katanya...hik hik...thanks abang.
Maggie + ketam...Wallah...hihihi


Maggie Ketam By Shikin
Bahan-Bahannya 3 bungkus Maggie Big Ayam 5 ekor ketam 3 ulas bawang putih
Rempah tumis 4 sekawan 2 sudu besar sambal udang Delichef's (Cosway punya)* 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 2 biji telur sawi tomato garam (jika perlu)


Cara-cara Cuci ketam bersih-bersih. Ketepikan.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan rempah tumis sampai kekuningan. Masukkan bahan2 bertanda *. Masukkan juga serbuk perisa Maggie. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan ketam. Biar mendidih dan ketam masak sempurna.Bila ketam dah masak, alihkan dalam bekas lain sekejapMasukkan mee Maggie ke dalam kuah. Pecahkan telur. Biar seketika.Kemudian masukkan sawi dan tomato. Kacau sebati.Pastikan semua secukup rasa.Padamkan api. Tuang mee Maggie kedalam mangkuk. Letakkan ketam di atas…

Mee Sanggul Goreng

Imej
Menu biasa di dapur saya...



Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur -
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna sotong)
sawi, kobis, karot (saya letak sawi)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
Masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
Masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
Pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan. Kacau sebati
Masukkan sawi. Kacau sebentar. Padamkan api.
Media untuk dihidangkan

Taugeh Goreng

Imej
Ntah kebizian apa yang melanda, saya hanya mampu masak yang simple2 cam ni je ha...

Taugeh Goreng Kunyit By Shikin
Bahan-Bahan Taugeh Fishball/Fishcake/Tauhu Bawang Merah Bawang Putih Daun Bawang Cili Merah Garam & Serbuk Kunyit secukupnya
Cara-Cara Panaskan Minyak Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan Fishball/Fishcake/Tauhu, kacau perlahan2. Masukkan pula taugeh, goreng sekejap. Letak garam dan serbuk kunyit secukupnya. Padamkan api. Letak dalam pinggan. Taburkan daun bawang dan cili merah.

Roti Telur Berkeju

Imej
Suke dengan resepi ni. Kalau keju..macam mana pun tak pa. Makan hari-hari pun boleh...hihihi. Bam...bam pun cepat kalau selalu lagu ni.

Roti Telur Berkeju By Shikin
hana6877@myresipi.com
Bahan-bahan ( 2 org ) 4 keping roti 1 biji telur 2 keping slice cheese 2 sudu minyak msk

Cara-cara Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.
Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Belah dua.Buat lagi sampai abis.
Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.
Dah siap...mkn la panas2......SeLaMat MenCube..

Bengkang Tepung Air Tangan Ibu

Imej
Bengkang ni mak saya yang buat. Balik-balik keje dah siap ada dalam tapaware. Lepas la untuk minum petang...hehehe. Kena pulak dengan kopi panas.
Memang sedap kalau dapat makan air tangan ibu. Hari-hari pun x pe...

Roti Bakar kacang Phool...

Imej
Sesekali tukar breakfast dengan roti pulak. Asyik nasi jer pun jemu jugak...


Resepi boleh tengok kat sini.

Pulut Pelam

Imej
Buat pulut pelam ni masa musim harumanis baru2 ni...
First time saya buat utk santapan keluarga...En.Tahiri x penah makan pulut ngan pelam. Saya pula biasala makan masa zaman duk asrama dulu. Tu pun parents kawan2 bawa datang. Kalau kat umah sendiri memang x penah buat.
Saya buat pulut lemak ja...
Pulutnya dikukus macam biasa, kemudian arun dengan santan dan dikukus sekali lagi. Dah masak boleh dihidangkan dengan pelam yang dah dipotong-potong...