Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jalan-Jalan Cari Makan

Makan Bawah Jambatan

Imej
Pelik?? Takla pelik sangat. Ekceli nak cerita tentang tempat lunch saya dan rakan sekerja hari ni. Memang gerai tempat kami makan ni terletak di bawah jambatan (jejantas bedekatan lampu isyarat di pekan Changlun).  Tempat ni sering menjadi pilihan kami untuk lunch (bila dah jemu sangat nak makan kat dalam). Macam-macam jenis masakan ada disini. Dari yang bergoreng-goreng hinggalah yang berkuah-kuah. Untuk makan tengahari ni saya memesan kuey teow goreng basah dan juga cendol(antara feveret order saya bila makan disini) Kuey Teow goreng basah...hmmm Cendol....sedap Sesiapa yang nak cuba boleh datang kesini. Memang puas hati. Harganya pun berpatutan.

Mee Udang Kuala Sepetang

Imej
On the way balik dari Selangor,kami singgah di Kuala Sepetang. Apalagi, nak pekena mee udang la. Kami makan di gerai Mak Jah. Sedap mee udang kat sini. Tapi saya rasa sedap lagi di gerai Mak Teh yang saya makan bersama-sama keluarga abang ipar saya tahun lepas. Apa-apa halpun,kita tengok gambar lah ye...Malas nak bercerita Abah dan mak saya. Ternganga Nuha...apa yang diherankan tu.... Nasi goreng ni Aiman  punya Suka la Aiman, udang besar gedabak macam tu. Saya punya...Mee Udang Biasa Suami pilih Mee Udang Special Tembikai laici...sedap...nak nak pula minum waktu panas. Sejuk anak tekak. Kira ok la tempat ni. Glamer pun sebab dah dipromosi TV3. Bolehla bagi 3 bintang. Tapi memang puas dapat makan udang besar-besar tu. Lain kali boleh datang lagi.

Nikmat Tom Yam

Imej
Kemarin, saya dengan Ta (rakan sekereta sekerja) stayback kat kolej. Sebenarnya kami bertugas untuk memantau aktiviti jawatankuasa kerohanian sempena MPPB 2011/2012. Lepas isya' baru kami pulang kerumah. Ok, saya tak nak cerita tentang tugas malam semalam sebab n3 tentang tu boleh dibaca kat sini. Yang saya nak cerita adalah kesempatan saya dan Ta makan-makan petang kelmarin di Kedai Nikmat Tomyam, Changlun. Kedai makan ni terletak ditepi jalan lama Changlun-Sintok.Bersebelahan dengan kedai Bang Li yang kami selalu makan waktu tengahari. Ekceli, dah lama dengar tentang Nikmat Tom Yam ni. Tu pun setelah promosi besar-besaran dibuat oleh U.Azlan. Cuma tak sempat nak pegi reramai sebab kedai ni mula beroperasi sebelah petang.  Jadi kesempatan yang ada petang kelmarin saya dan Ta gunakan sepenuhnya untuk mencupa pelbagai masakan yang ada disini. Konsep kedai ni lebih kepada masakan Thai. hok oghe pattani weih....  Boleh dikatakan semua menu yang ada resepi masakan Thai lah... ...