Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Biskut

Cornflakes Madu Chef Khairi Mansor

Imej
Yang ni pun win... :). Lepas berbuka anak-anak mesti cari yang ni. Berbaloi buat sbb depa suka makan. Resepi asal viral dalam FB. Saya catatkan pula kat dalam blog ni untuk rujukan masa depan. Corn Flakes Madu Chef Khairi Mansor By Shikin Bahan2 175 gm Butter 100 gm gula kastor 100 gm madu 1 tsp vanilla 2 tbs susu pekat Cara - campur kesemua bahan dan masak menggunakan api yg kecil sehingga gula hancur & berbuih.. - Tuang & gaul rata pd 380gm corn flakes (boleh dicampur dgn kepingan badam & Kismis) - (ketika masih suam) terus di susun atur dalam papercup.. - sejukkan dan simpan dlm bekas yg kedap udara. # sekiranya kurang rapuh, masukkan kedlm oven dgn suhu 100-120C utk 8-10mnt.

Samperit Susu

Imej
Seterusnya biskut samperit susu. Tengok resepi dan bahan ini yang paling mudah. Tapi azab sikit nak menekan kuih tu keluar dari acuan dia...hihihi... Untuk yang bahagian bawah saya guna acuan samperit manakala yang atas warna pink tu guna nozzle aising kek. Hias dengan coklat chip. Resepi boleh tengok kat sini.

Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas

Imej
Ini biskut kedua yang saya buat tahun ni... dan paling win rasanya. Dah sebalang abis dikudap suami dan anak2. Saya ambik resepi dari blog Izza Akma . Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas By Shikin Bahan2 120gm tepung kacang peas 180gm tepung gandum 20gm santan serbuk 100gm gula aising 1/8 tsp baking powder 1/4 tsp garam 120gm minyak mazola Hiasan 1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola Cara Sangai sebentar tepung kacang peas. Sejukkan seketika. Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sampai sebati. Rehatkan doh 10 minit. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan ( saya timbang doh seberat 7gm setiap satu) Sapu kuning telur di atas biskut. Bakar 160c selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Red Pearl Cookies

Imej
Meh nak update entry tentang biskut raya. Ini biskut raya saya yang pertama tahun ni. Red Pearl Cookies. Dah lama dok mengintai resepi. Banyak blogger masak2 yang share resepi.  Dalam facebook pun mcm dah viral. Tak mo cerita panjangla. Saya nak tempek resepi ngan gambar ye... Red Pearl Cookies By Shikin Sumber : Blog Azlita Masam Manis Bahan2 150gm butter 150gm tepung gandum 75gm gula halus atau gula kastor 60gm cornflakes 50gm coklat cip 25gm almond nibs 1st esen vanila ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang Cara Mula-mula kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti. Masukkan tepung dan gaul rata Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata Sudukan atas dulang pembakar Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu Letakka...

Cornflake Coklat

Imej
Satu lagi biskut raya yang sempat dibuat.  Guna cara saya. Sangat ringkas dan mudah, tapi menjadi kegemaran anak-anak. Raya pertama dah selamat sebalang.  Mmg tak sempat berposing bagai untuk dimasukkan dalam blog ni. Cuma ada gambar dalam tray pembakar saja... Cornflake Coklat By Shikin Bahan-Bahan 1 kotak cornflake (kotak besar-saya guna jenama nestle) 100gm badam potong - optional, tak letak pun x pa. kalo ltk lg sedap. kalo nak banyak boleh tambah lagi. Coklat milk compound secukupnya - saya guna jenis coin dari jenama Beryl's. Blh jg campur dengan dark coklat sikit. Cara-Cara Bakar cornflakes dan badam dalam ketuhar selama 5-10 minit. Sejukkan sekejap. Cairkan coklat secara double boiler. Masukkan coklat dan badam ke dalam mangkuk coklat. Gaul sebati. Sudukan kedalam kertas cupcake. Taburkan manik gula hiasan secukupnya. Sejukkan dalam peti ais (pastikan coklat betul2 keras) Simpan dalam bekas yang sesuai.

Samperit Senang Giler...

Imej
1st time tengok resepi samperit ni saya terus save dalam folder draft. Memang berhajat nak buat sbb nampak gaya macam senang sangat2. Bahan2 dia pun simple... So, raya baru2 ni tercapailah hasrat tu. Memang simple dan senang giler...tapi puaih la jugak menekan acuan samperit tu. Agaknya adunan terkeras sikit kot... Resepi saya ambil daripada blog Anyambakul , tp saya tambah pewarna hijau sikit dan tabur gula berwarna. Kunun nak buat samperit pandan tp tak letak pun perasa pandan.  Samperit Senang Giler By Shikin Bahan2 =  1 ketul buttercup + susu pekat manis setengah tin + tepung jagung sebungkus (500g) (saya tambah pewarna hijau + dan gula hiasan warna-warni) Cara2 =  Pukul butter & susu pekat (if xde mixer gune je senduk kayu) then bila dh sebati, msukkan tepung sedikit demi sedikit, uli rata paling syok gune tgn sbb senang nak uli smpai jadi doh, agak2 dah cantik doh tu, xperlu abiskan semua stok tepung tu, terap, bakar dgn api 17...

Biskut Sarang Semut

Imej
Update entry laju-laju...banyak post yang tertunggak ni hehehe... Saja pilih biskut sarang semut untuk raya tahun ni sebab terkenangkan nostalgia lama memarut biskut zaman anak dara dulu. Masterchefnya, emak saya la...  Tapi sekarang mak dah tak buat kuih2 raya ni. Tggu anak2 bawak balik 3,4 balang sorang. Anak ada 10 orang, berderet2lah kuih raya atas meja mak saya.... Resepi biskut ni saya ambik daripada blog  Galeri Duniaku . BISKUT SARANG SEMUT By Shikin BAHAN-BAHAN 250 gm butter atau marjerin 100gm gula halus 350 gm tepung gandum ...} 100 gm tepung jagung;...}di ayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla HIASAN sedikit coklat rice paper cup kecil secukupnya CARA- CARA 1. Pukul kembang butter dengan gula 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata 3. Masukkan tepung dan gaul rata 4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup 5. Taburkan coklat rice 6. Bakar dalam...

Review Biskut Raya Tahun2 Lepas

Imej
Dah 3,4 hari dapur maya ni tak berasap.  Biasalah, hujung minggu sibuk kelentang kelentung di ceruk dapur, sambil uruskan anak2 dan rumahtangga. Dah macam lipas kudung gayanya.  Memang la tak sempat nak mengadap laptop. Nak hapdet entry??? Hmmm...lagi la...jgn harap.  Selalunya saya update masa hari bekerja. Lepas klas, sambil2 release tu, bolehlah masukkan resepi yg telah dimasak  dan gambar2nya. Ingat, hari ni pun nak buat macam tulah. Dah...kamera tertinggal kat rumah pulak. Jadi, hari ni saya nak review balik resepi biskut raya tahun2 lepas yang saya penah buat. Raya pun dah dekat kan...   Blossom Pineapple Tart http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/blossom-pineapple-tarts.html Almond London http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/almond-london.html Cornflakes Kismis Berkacang http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/06/cornflakes-kismis-berkacang.html Biskut Bunga Cina http://www.dapur-ummi.bl...

Almond Rocher

Imej
Badam ni stok lama. Dah nak naik tengik bau dia. Tapi still boleh makan lagi sayang orr nak buang...mahal tuuu... Coklat compound pun ready stok dalam umah. Belen yang hari tu...lamanyerrr hehehe. Sebenarnya bukanlah susah sangat nak buat, tapi dah kalau vitamin M tu dah lebih sangat dalam badan, inilah jadinya. Anyway, siap jer Almond Rocher ni, memang menjadi rebutan suami dan anak-anak. Hehehe... ALMOND ROCHER By  Shikin Resepi : http://anyambakul.blogspot.com Bahan-Bahan 1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk)  2. Nutella 2sudu je(saya tak letak) 3. Badam potong 4. Coklat hiasan Cara Membuatnya badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata *kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^ then masukkan dalam papercup tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya leta...

Chocolate Chips Cookies

Imej
Sempat jugak last minit buat biskut ni ... Chocolate Chips Cookies By Shikin Resepi: Nadia@MyResepi Bahan-Bahan 450gm tepung gandum 1 biji telur 250gm mentega 115gm gula halus 110gm gula perang 100gm coklat cip 3 sudu besar serbuk koko 250gm gajus (panggang dan cincang halus) - saya letak badam 1 sudu kecil baking soda Cara-Cara Pukul mentega dan gula sampai kembang Masukkan telur dan pukul lagi Masukkan tepung dan baking soda yang telah di ayak, sedikit demi sedikit dan juga coklat cip. Gaul sebati. Masukkan gajus. Bulatkan kecil-kecil dan tekan dengan garfu. Bakar dalam oven, pada suhu 160c (15 minit)

Almond Rocher

Imej
ALMOND ROCHER By Shikin Resepi : http://anyambakul.blogspot.com Bahan-Bahan 1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk) 2. Nutella 2sudu je(saya tak letak) 3. Badam potong 4. Coklat hiasan Cara Membuatnya badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata *kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^ then masukkan dalam papercup tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya letak coklat putih) masukkan dalam peti, sejukkan dlm 10minit, terus keras coklat tu, boley taruk dlm bekas, tp guna coklat homemade ni, x boley letak kt tmpat2 panas ler, cair smula coklat tu,

Cornflakes Madu

Imej
  Biskut ni selalu jadi pilihan setiap kali tiba musim perayaan. Selain bahan-bahannya yang mudah didapati, ia juga senang dibuat. Tak perlu mixer bagai. Gaul dengan senduk pun jadi... Dan yang paling penting, rasanya yang sedap serta digemari anak-anak... Ce tengok resepi kat bawah... Corflakes Madu By Shikin Resepi :Umi-e My Resepi Bahan-Bahan 250gm cornflakes 125gm butter 1/2 cawan gula perang ( tambah kalau suka manis) 5 sudu makan madu ( boleh gak guna golden syrup) Manik warna warni untuk hiasan Cara-Cara Campurkan butter dan gula, masak atas api perlahan hingga gula larut bersama-sama butter. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair, kmdn masukkan madu. Aduk sampai rata. Masukkan dalam papercup. Taburmanik berwarna-warni. Bakar 10-15minit @ sampai kekuningan. Sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara

Suci Dalam Debu

Imej
Biskut ni hidangan wajib hari raya. Sejak-sejak pandai buat suci dalam debu, setiap kali raya saya mesti buat. Sempat lah habis 2 bungkus kulit popia bersaiz sederhana untuk dibuat kuih suci dalam debu raya kali ni. Alhamdulillah, boleh juga diedar-edarkan, sebalang untuk tok Aiman, sebalang lagi untuk dibawa pulang ke Gulau. Suci Dalam Debu by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya 1 bungkus kulit popia (saiz sederhana) - kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4 *updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka.   - goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan - angkat dan toskan Untuk bahan tabur 1 cawan nestum 1/2 cawan susu tepung 1/4 cawan gula - blend bahan-bahan diatas sehingga halus - golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut - isikan di dalam bekas kedap udara ...

Biskut Suji Crystal

Imej
BISKUT SUJI CRYSTAL By Shikin Resepi: Kak Wan Sumber: AzlitaMasam manis Bahan A - Diayak bersama 250 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh baking soda Bahan B 125 gm gula icing 1/8 sudu teh garam 100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali) 1/2 sudu teh perisa vanila 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan pewarna hijau, pink, dan kuning Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu. Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15...

Biskut Bunga Cina

Imej
Biskut Bunga Cina  By Shikin Resepi : Kak Jee Bahan2nya: 2 cawan tepung jagung 1 cawan tepung ubi 100 gm butter 1 biji telor 90 gm gula caster Cara membuatnya: Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang. Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh.  Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah.(Saya letak coklat cip) Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan. Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.

Cornflakes Kismis Berkacang

Imej
Resepi ni dah lama saya simpan. Rasanya bulan Ramadhan tahun lepas lagi. Cuma tak menyempat-nyempat nak buat. Haishh asyik tak sempat...ntah bila yang sempat pun tak tau... Tapi dua tiga hari lepas terasa nak mencuba resepi yang simple ni. Bahan-bahan pun dah ada, tinggal nak godek jer... Cuma tu lah...sebab malas nak tinggal saki baki cornflakes, saya tuang satu kotak ke dalam adunan. Sbb tu hasil cookies saya ni tidak begitu padat. Maka berderailah cookies saya bila dipotong. Jadi, jln penyelesaiannya saya simpan jer cookies ni dalam peti sejuk sbb kalau sejuk teksturnya jadi padat dan tidak berderai. Cornflakes Kismis Berkacang By Shikin Resipi oleh ~ Chef Wan ( TQ ) Sumber : Diana  Bhn ² 1/4 cawan marjerin _ (saya guna mentega) 1/4 cawan gula 1/4 cawan madu 1 cawan kacang _ d cincang ( Saya guna gajus ) 1/4 cawan kismis kering 2 cawan Kellogg's Corn Flakes ~saya buat 2 adunan, tapi cornflakes saya masukkan sekotak~ Ca...

ALMOND LONDON

Imej
Selalu time raya, biskut ni memang menjadi pilihan di rumah saya. Budak-budak pun kalau ada spesis biskut ni atas meja, yang ni lah yang dituju dulu. Agaknya salutan coklat tu yang buat ia nampak menarik. Almond London resepi Azlita Masam Manis ni pun sangat menarik kejadiannya. Biskutnya rapuh dan sedap. Tak macam resepi yang saya gunakan sebelum ni,  biskutnya jadi gebu dan berderai. So, resepi ni bolehlah tersenarai dalam list biskut raya tahun-tahun akan datang. Sapa yang nak resepi tengok kat bawah. ALMOND LONDON Sumber : Azlita Masam Manis   (Anggaran dalam 120 - 150 biji) Bahan-Bahannya 250 gm butter 450 gm tepung gandum 2 sudu kecil emplex 140 gm gula icing 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanila 150 biji badam - dipangang Untuk menyalut biskut   Cawan kertas secukupmnya Coklat masakan secukupnya Badam cincang - yg di panggang   Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna. Ayak tepung dan e...