Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Kerepek Ngaku @ Arrowhead

Imej
Kerepek Ngaku By Shikin
Bahan-Bahan Ngaku - kupas dan hiris/sagat nipis. Rendam dalam air garam. Kemudian toskan. Minyak untuk menggoreng secukupnya Garam
Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan ngaku dan goreng sampai masak. Angkat dan toskan minyak sampai kering. Tabur dengan garam secukupnya Simpan dalam bekas kedap udara.

Spaghetti

Imej
Spaghetti cara saya simple macam ni aja. 
Tapi suami dan anak-anak suka. 


Spaghetti 
By Shikin 

Bahan-Bahan  Spaghetti - rebus sampai lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. ketepikan. Daging kisar/cincang  Cili kisar  Sos cili  Bawang besar*  Tomato*  Karot*  Capsicum* (*potong dadu)  Sebuk lada hitam  Garam  Sos prego  Minyak 
Cara  Mula2 panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.  Masukkan daging kisar.  Kacau bagi mati air daging tu.  Kemudian masukkan cili kisar.  Tumis sampai cili garing.  Masukkan sos cili dan sos prego. Tambah air sikit kalau perlu. Lepas tu masukkan bahan2 bertanda *. Masak sampai lembut.  Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.  Bila semua dah cukup rasa padamkan api. Hidangkan kuah bersama-sama spaghetti yang telah direbus tadi.

Kari Ikan Nyok-Nyok

Imej
Kari Ikan Nyok-Nyok  By Shikin
Bahan-Bahan  Ikan Nyok-Nyok - sederhana besar  2 ulas bawang putih  3 ulas bawang merah  2 tangkai daun kari  1 sdk halba campur  3 sudu besar serbuk cili  2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)  Air asam jawa  santan - RM1  Air  Garam Minyak  Bendi  Tomato 
Cara-Cara  Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.  Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak  Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan sedikit air.  Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.   Masukkan bendi. Masak seketika.  Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.  Akhir sekali masukkan tomato.  Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Sambal Goreng

Imej
Menu ulang tayang. 
Tapi feveret en. Tahiri dan saya.
Lauk macam ni pun dah cukup bertambah-tambah nasi...

Sambal Bilis Goreng  By Shikin 
Bahan-Bahan 5 biji cili merah   5 biji cili padi   4-5 ulas bawang merah  1 ulas bawang putih  Sejemput ikan bilis  1 inci belacan  Asam keping  Sedikit minyak 
Cara-Cara  Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan.  Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar.  Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. Biarkan sampai naik bau.  Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya.  Teruskan memasak sampai pecah minyak.  Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Roti Sosej Rangup

Imej
Roti Sosej  Rangup 
By Shikin 

Bahan- Bahan 
10 keping roti putih 
10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan 
1 biji telur ~ dipukul
sedikit breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya 
minyak utk menggoreng 



Cara membuatnya :
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka) 
Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan) 
Gulung dengan kemas. 
Buat hingga habis. 
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi. 
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan. 
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


Pisang Goreng Cheese

Imej
Lamanya tak hapdet blog. Dah bersawang bagai ni ha... 
Tuan rumah terkurang rajin, gini la jadinya
Hari ni nak masuk gambar dan resepi pisang goreng cheese...
Dah lama buat cuma tak sempat nak masuk dalam blog...ngeee
Pisang Goreng Cheese By Shikin
Bahan2
Pisang Keju cheddar Butter Susu Pekat Manis
Cara2
Goreng macam goreng pisang biasa. Ikut resepi masing2la ye
Bila dah selesai goreng pisang tu, panaskan kuali, cairkan butter, masukkan susu cair dan parutan keju cheddar. Padamkan api.
Gaul bahan tersebut dengan pisang goreng tadi. (buat cepat2 ye)
Angkat. Masukkan dalam pinggan. Tabur dengan parutan keju cheddar dan coklat hiasan