Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuih-muih

POPIA SATAR

Imej
Assalamualaikum.  Kejadian petang tadi... Kisahnya ikan dah 2,3 hari dalam peti ais. Duk fikir nak buat apa, teringat pula resepi popia satar yang lalu lalang kat Fb 2, 3 minggu sudah.  Tengok bahan-bahan ada ja kat rumah. Jadi kita on ja la popia satar tu.  Resepi letak kat sini untuk rujukan akan datang.  Popia Satar Bahan-bahan: 3 ekor ikan kembung..rebus sekejap 1 1/2 cawan kelapa putih ) 10 biji cili api ) 3 ulas bawang merah ) 1 ulas bawang putih )ditumbuk 1 inci halia ) 2 batang serai ) sedikit air asam jawa garam dan gula . Cara: 1. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang tumbuk hingga hancur. 2. Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk 3. Masukkan air asam jawa 4. Perasakan garam dan gula 5. Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng. 6. Sedia digoreng

Koleh Kacang Hijau

Imej
Musim2 PKP ni mcm2 idea masakan timbul kann.. Cerita koleh ni muncul bila saya tanak minyak drpd stok santan lama yang penuh dalam peti ais tu 🤭🤭 Bila siap, banyak pula taik minyak dia. Tak tau nak buat apa. Nak makan gitu ja tak biasa. Nak buang rasa sayang pulak. Jadi saya pun gugel apa yang boleh dibuat dgn taik minyak ni.  Inilah hasilnya 😋😋 ========================== Resepi Koleh Kacang Hijau Bahan-bahan diperlukan: Step 1 1 cwn santan pekat Fresh (masak untuk jadikan tahi minyak) - da siap tapis tahi minyak dan asingkan minyak Step 2 1 cawan gula merah 2 sudu gula (depend on manis yg nak) 1 cwn air Sehelai daun pandan Masak * masak semua bahan di atas sehingga larut ketepikan dan sejukkan dl. Step 3 1 cwn tepung kacang hijau (saya guna tepung kacang hijau lebihan tepung gomak ri tu) 2 cawan santan (bancuh 1 1/2 kotak santan jadikan 2 cawan air) secubit garam * Campurkan bahan step 2, step 3 dan minyak lebihan buat tahi minyak tadi dan kacau sehingga sebati. Masak ...

Tepung Gomak vs Abuk-Abuk

Imej
Heyyy... Kenapa muka kau macam tepung gomakk?? Hihihi... Mesti ramai yang masih ingat dialog dalam filem seniman bujang lapok ni kann? Kuih tepung gomak @ abuk-abuk ni saya buat minggu lepas. 1st time buat ni 😁. Sebelum ni pandai beli ja kalau nak makan. Rasa macam rumit sangat kalau nak buat. Tapi bila dicuba tak lah susah pun. Cuma saiz tepung gomak tu tak sekata. Besar kecil bercampur 😂 Ok saya tepek resepi kat sini ya 😊 Tepung Gomak Bahan Bahan A  .............................................. ✔  1 cawan tepung pulut ✔  Secubit garam ✔  Air secukupnya Bahan Bahan B .................................................. ✔  Kelapa parut ( ambil bahagian putih saja) * ✔  Secubit garam * ✔  1-2 helai daun pandan ✔  Sedikit tepung gandum (untuk memekatkan inti ) * ✔  Gula merah ( boleh juga guna gula melaka jika suka) * Bahan Bahan C ............................................... ✔  1 cawan kacang hijau yang disangai di atas k...

Lengat Pisang

Imej
Letak gambar ngan resepi pagi-pagi ni. Kejap lagi nak bergegas ke dewan, jaga Exam... Lengat pisang ni antara menu masakan yang menjadi pilihan kat dapur saya. Kegemaran En. Tahiri dan anak-anak... Lengat Pisang  by Shikin   Bahan-Bahan  5 biji pisang abu - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap  1 cawan tepung gandum/beras  1 cawan santan  3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan. Cara buat  Lecek pisang (saya blend bersama gula sampai halus)  Masukkan santan. Kacau sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)  Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.  Sejukkan sebelum dipotong.

Mee Sanggul Dan Kuih Sagu

Imej
Resepi boleh tengok kat sini dan sini .... :-)

Kuih Sagu

Imej
Kuih kegemaran En.Tahiri Kuih Sagu Bahan-bahannya: 1 cawan sagu biji (170g) setengah cawan gula pasir (100g) sedikit pewarna/perasa sedikit kelapa parut muda (putih sahaja) sedikit garam halus Cara membuatnya: 1- Rendam sagu dalam air bersih selama 2 jam di dalam bekas. 2- Toskan airnya dengan penapis (tak perlu sampai kering airnya). 3- Masukkan gula dan pewarna. Kacau perlahan-lahan sehingga rata. 4- Masukkan campuran sagu tadi ke dalam acuan kecil (yang telah disapukan minyak). 5- Kukus selama 10-15 minit. Setelah masak angkat dan segera tuangkan lebihan air di atas kuih sekiranya ada. 6- Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam, sebelum dihidangkan.

Buah Melaka

Imej
Buah Melaka By Shikin Bahan-Bahan 2 cawan tepung pulut Air Daun Pandan (kisar dengan sedikit air untuk mendapatkan patinya) Kelapa Parut Gula Melaka - potong kecil2 Secubit garam  Pewarna hijau (letak kalau nak warna kuih lebih terang) Cara-Cara Masukkan tepung pulut dalam besen. Tuang pati pandan sedikit demi sedikit. Sambil2 tu gaul tepung agar sebati dengan pati pandan tadi. Pastikan menjadi doh yang sedang2 eloklah. Tak terlalu keras @ terlalu lembik. Cubit sedikit doh tepung dan leperkan atas tapak tangan.  Ambik seketul gula melaka, letak atas doh tadi. Kmdn gentel sampai menjadi bulat. Masukkan dalam periuk yang berisi air mendidih. Apabila buah melaka timbul dipermukaan periuk, angkat dengan penapis. Golekkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam. Buah melaka sudah sedia untuk dihidang.

Popia Sardin

Imej
Nak masuk entry lelaju nih...hehehe (3 hari offline) Yang ni menu untuk iftar hari keempat. Cuma buat popia sardin jer...  Inti tu dah lama buat. Duk terperuk lama dalam peti ais. Cuma beli kulit popia dan balut macam biasa... Iftar 4. Popia Sardin By Shikin Bahan2 Kulit popia secukupnya Inti Sardin - resepi kat sini cuma untuk inti popia ni saya tambah dengan ubi kentang yang dipotong dadu Cara-Cara Nyahbekukan kulit popia daripada peti ais. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti sardin secukupnya. Bungkus popia kemas2. Gamkan hujung kulit popia supaya tak terbuka masa kita nak goreng nanti. Buat sampai habis. Kemudian goreng popia sampai berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dimakan.

KUIH SAGU TELUR IKAN

Imej
En. Tahiri panggil kuih ni dgn nama kuih teluq katak. Tak gamakla pulak saya nak tulis nama tu dalam title di atas. Kuih sagu telur ikan lebih sedap didengar kottt...  Apapun nama dia, kuih ni mmg feberet En. Tahiri. Kalau beli kuih pepagi tuh, kuih ni wajib ada. So, sesekali biarlah dia makan kuih kegemaran dia hasil air tangan isteri terchenta. Ok hubby...enjoy your kuih... Kuih Sagu Telur Ikan By Shikin Resepi : Noor @ annurbeauty.blogspot.com Bahan2 : 1 cawan sagu telur ikan 2 cawan air 3/4 cawan gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah 1 sudu makan pewarna sirap ros 1 helai daun pandan Sedikit kelapa parut Garam secukup rasa Cara2 : Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih Angkat, tuangkan dlm acuan atau loyang yg telah digris dgn minyak. Setelah sejuk boleh lah dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam. p/s : Petua agar kelapa parut x mudah basi.....

Kuih Bom

Imej
Kuih bom untuk kudapan dipetang hari. Buat santapan suami dan anak-anak yang pulang dari tempat kerja dan juga sekolah. Kuih Bom By Shikin Resepi : Nanirostam Bahan-Bahan 500 gram tepung gandum 100 gram gula pasir 1/4 sudu teh kecil garam 1/2 paket yis (dalam satu paket berat 11gm) 2 1/2 cawan air sejuk. Cara-Cara Campurkan kesemua sekali didalam mangkuk plastik dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk kayu. Tutup dengan kain lembab dan biarkan diatas peti sejuk seperti gambar diatas sehingga adunan tepung tadi naik dua kali ganda. Kaut dengan menggunakan tangan dan jatuhkan ke dalam kuali dengan tangan membentukkannya bulat-bulat. Balik balikkannya sehingga keperangan dan angkat serta toskan. Sedap makan ketika masih panas. Boleh dicicah dengan sos, sambal dan pelbagai lagi...  Saya cicah dengan lebihan kari ikan jenahak yang dipanaskan sampai pekat. Hmmm...Asyik... Tak sedar pun berbiji-biji dah  masuk kedalam mulut...

Kuih Sagu Telur Ikan

Imej
Terjumpa resepi kuih sagu ni  masa duk  BW,  terus saya save dalam folder draft.  Hajat dihati meggunung tinggi, nak buat kuih ni untuk En. Tahiri, sebab dia memang suka sangat dengan kuih ni. Asal beli kuih jer mesti kuih ni antara yang menjadi pilihan dia. "Selera orang tua-tua", usik saya. En. Tahiri selamba jer makan tanpa kata apa2. Sebenarnya saya pernah buat sekali kuih ni tanpa sukatan tertentu, main agak2 ajer. Hasilnya kuih sagu saya hancur lebur. Ketawa En. Tahiri bila tengok kuih saya tu. Sikit aja dia makan . Last2 saya modified jadi sagu gula melaka. Bila dah dapat resepi saya rasa lebih yakin nak buat sekali lagi. So, semalam saya godek-godek kuih ni. Sekejap je dah masak.  Tapi saya ejas sikit qty bahan2 sbb stok sagu kat rumah saya tak sampai 1 cawan pun. Lepas tuang dalam pelengat tak sampai sejam saya dah potong kuih tu ( sbb En. Tahiri dh balik dari sekolah. Nak surprise la kunun...) Sekali kuih tu lembik la...

KUIH LOPES

Imej
Kuih ni bukan saya buat sendiri yerr...Al-kisahnya kuih ni diberi oleh mak kiah (pengasuh) Nuha, masa saya ambik dia petang kelmarin. Basic kuih ni daripada pulut yang dibalut dalam daun pisang kemudian dikukus sampai masak. Lepas tu dipotong dan digaul dalam kelapa parut. Kira kuih tradisional ni.. Sebelum makan, tuangkan air gula merah ke atasnya. Dengan rasa lemak pulut dan kelapa, campur rasa manis dari gula merah, memang sedap sangat rasanya. Dari seketul bertambah ke dua, tiga. Ralit makan. Tak pernah buat lagi ni. Nantilah kalau berkesempatan saya nak cuba buat...

Bengkang Ubi

Imej
Buat bengkang ubi ni petang kelmarin. Pertama kali mencuba. Hasilnya...not bad, walaupun cuma dibakar di atas dapur gas aja.  Ubi kayu ni hasil tanaman encik suami. Siap je masak, dia yang mula-mula mencuba. Ok katanya,cuma sedikit manis.  Saya buat bengkang ni menggunakan resepi daripada emak saya. BENGKANG UBI Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air 550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum 300gm gula (agak manis, bolehlah dikirangkan) sedikit garam pewarna kuning (optional) Cara campur kesemua bahan,gaul sebati tuang adunan kedalam loyang masukkan ke dalam oven bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)