Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Cheezy Mayo Lekor-Lekor

Imej
Keropok lekor made in terengganu. Saya cuma goreng, kemuadian tuangkan sos dan cheese mayonis. 
Anak- anak kalau nampak mayonis ngan cheese memang abis hati la...berebut-rebut...
Sehingga menjilat jari...

Lepat Pisang

Imej
Pisang ~ lepat ... lepat ~ pisang... hihihi...
En. Tahiri request...

Lepat Pisang by Shikin
Bahan-Bahan 12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap 1 cawan tepung gandum/beras 1 cawan santan  Sagu biji - rendam sekejap 3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan
Cara buat Lecek pisang .Masukkan santan. Kacau sebati.Masukkan sagu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)Atur lepat dalam loyang pengukus.Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.

Laksaa...

Imej
En. Tahiri request. Daun kesum, bunga kantan siap dia bawa balik daripada kampung lagi. Lagipun dah lama tak buat laksa. Layankan lah...
Laksa Kedah Tanpa Belacan By Shikin
Bahan-Bahan

Bahan laksa Laksa (saya suka guna laksa urat halus)
-Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat.

Bahan Kuah 1kg ikan kembung/selayang 20 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 1 ikat daun kesum 2 batang bunga kantan Asam keping Garam Air sejuk

Bahan Tabur Daun selom/salad Timun Bawang besar Cili padi Telur rebus Limau nipis
Cara-Cara Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk.Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur.Tulang ikan tadi pun di blend dengan air rebusan "tanpa asam gelugur". Tapis. Pastikan tiada tulang yang termasuk kedalam bahan kisar.Blend halus cili kering dengan bawang besar.Masukkan kesemua bahan …

Cekodok Edisi Hangit

Imej
Kononnya nak bagi garing sket...terlajak garing sampai bertukar warnanya...hihihi. Apa-apa pun cekodok hangit habis jugak...

Cekodok @ Jemput-Jemput Pisang By Shikin
Bahan-bahan Pisang awak Tepung gandum Tepung beras Garam dan gula Air secukupnya.

Cara Lenyek pisang. Masukkan bahan-bahan lain secukupnya. Gaul sebati. Adunan tu aga-agak la. Jangan pekat atau cair sangat. Panaskan minyak. Jemput adunan secukupnya masukkan kedalam kuali. Goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Kek Pisang Gebu

Imej
Ni pun projek hujung minggu baru-baru ni. Pisang berangan yang tak sampai sesikat tu dah masak ranum sangat. Resepi ni pulak memang dah lama save dalam draft, inilah masanya untuk mencuba..:) 
Alhamdulillah, feedback daripada suami dan anak-anak, diorang suka dengan kek ni.


KEK PISANG GEBU By Shikin sumber: izah daut, dapur kaknona
Bahan-bahan:
150 gm pisang 200 gm tepung gandum 160 gm gula kastor 3 biji telur 120ml minyak masak 1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen vanila Coklat rice - saya tambah

Cara membuatnya: 1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak. 2. Pisang dilecek dan ketepikan. 3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan. 4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata.  Masukkan minyak. Gaul sekata. 6. Bakar pada suhu 170˚C sehingga 45minit @…

Kari Jenahak, Sambal Sotong dan Sayur Campur

Imej
Update laju-laju...
Menu lunch hari minggu baru-baru ni. Bz betul. Update pun asyik tertangguh...
1st menu. Kari kepala jenahak. Resepi tengok sini.

2nd menu. Sambal sotong. Resepi amik kat sini.

3rd resepi. Sayur campur. Goreng seperti biasa cuma saya tambah sos tiram sket...







Bebola Kentang Berkeju

Imej
Saya lebih suka panggil bebola kentang berkeju sebab impak cheese meleleh tu tak jadi pun. 

Jangan kata ala KFC, sipi-sipi pun x dak kott...hehehe...

Simple sangat cara nak buat (tp simple2 tu pun x jadi ^_^). Bahan pun mudah didapati.

X pe, lain kali bolehlah cuba lagi...



CHEEZY CHEESE BALL ALA KFC
By Shikin Sumber  : Mak Lang Azie , fb Kak Chak
Bhn Kentang 3 bj Tpg gdum Lada sulah Garam Breadcrumb Telur 2 bj - kocok Cheddar cheese - potong kiub
Cara Kentang+garam = rebus hingga empuk, toskan Lenyek kentang + lada sulah + tpg gdum ( tpg msuk skit2 hingga boleb d kepal) Leperkan dan sumbat cis dlm doh dan bulat2kan sebesar bola pingpong Golek dlm bcrumb dan celup dlm telur dan golek lg dlm bcrumb n baru d goreng