Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Ketupat Palas Dan Rendang Ayam

Imej
Ekceli yang ni menu AidilAdha baru-baru ni. Tapi asyik bertangguh nak masuk dalam blog. Memandangkan ptg ni agak free, saya update saja...
Nak cerita pasal rendang ayam sebab ketupatnya saya order ngan jiran...:)

Rendang Ayam By Shikin
Bahan -Bahan 1 ekor ayam - potong kecil 20 tangkai cili kering* 15 ulas bawang merah* 3 inci lengkuas* (bahan * dikisar halus) 5-6 batang serai - diketuk 4 keping daun limau purut - koyak2kan, buang tangkainya Santan - RM 3 Air Garam Minyak
Cara-Cara
Panaskan minyakTumis bahan2 kisar dan serai sampai garing dan naik bau.Masukkan ayam. Gaul sebati.Tuangkan santan dan air sehingga mencukupi.Masukkan daun limau purutMasak sehingga pecah minyak.Masukkan garam secukup rasa.Padamkan api.Rendang ayam sedia untuk dinikmati.

Fresh Orange...

Imej
Request by Mr. Tahiri...





Daging Kuda Goreng Bawang

Imej
Pernah makan kuda? Ya...K.U.D.A...Kuda... :)

Baru2 ni En. Tahiri tolong kawan dia melapah kuda yang disembelih. Seekor kuda diorang bahagi 4. Banyak jugalah yang En. Tahiri bawa balik kerumah.
Kelam - kabut tanya sedara mara dan jiran2 sapa nak daging kuda. Dah bagi kat orang pun masih banyak lagi dalam peti ais tu. Daging yang ada tu saya masak sikit-sikit. Sebab yang makan En. Tahiri dan anak-anak. Saya tak lalu. Tak boleh nak telan...
Masak simple2 pun En. Tahiri kata sedap. Dah dia suka daging kuda tu...sedaplah kott.

Daging Kuda Goreng Bawang By Shikin
Bahan-Bahan Daging Kuda Bawang Merah Bawang Putih Bawang Besar Halia Cili merah / cili padi Serbuk kunyit Garam secukupnya Minyak
Cara-Cara Hiris daging ikut saiz yang disukai. Gaul dengan garam kunyit. Panaskan minyak. Masukkan daging. Goreng hingga hampir masak. Taburkan bahan-bahan hiris. Teruskan menggoreng sanpai bawang layu dan daging masak dengan sempurna. Pastikan semua secukup rasa. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Sotong Dan Sosej Masak Lada Hitam

Imej
Yang ni menu cincai. Main taram apa2 yang ada dalam esbox tu. 

Sotong Dan Sosej Masak Lada Hitam By Shikin
Bahan-Bahan
Sotong Sosej Karot Bawang merah Bawang putih Sos tiram Kicap pekat Serbuk lada hitam Garam gula secukupnya
Cara-Cara
Panaskan minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
Masukkan sotong sosej dan karot.
Tuang sedikit air. Biar sampai mendidih.
Rasa garam gula secukupnya.
Tarraaaa....makan la sampai habiss...

Kepah Sweet Sour

Imej
Buat dah lama, cuma baru nak update entry.
Kepah ni En. Tahiri beli kat pasar malam. Jujur, mmg tak pernah masak kepah. Makan pun tak pernah. 
Tak tau nak masak apa yang sesuai. Nak google pun tak sempat. Jadi saya buat masak sweet sour jer...

Kepah Sweet Sour By Shikin
Bahan-Bahan Kepah Bawang Merah* - mayang halus Bawang Putih* - mayang halus Halia* - hiris memanjang Serai* - dititik Cili Padi - diketuk, belah dua Cili Kisar Cili Sos Sos tomato Sos Tiram Garam, gula secukupnya. Telur - optional (Bahan-bahan yang digunakan agak2 cukup dengan kepah)
Cara-Cara
Basuh kepah bersih-bersihPanaskan minyak. Tumis bahan-bahan bertanda *sehingga naik bau.Masukkan cili kisar. Biar sampai masak.Masukkan kesemua jenis sos dan cili padi. Gaul rata.Masukkan kepah. Gaul sebati. (kalau kering sangat bolehlah tambah sedikit air)Pecahkan telur. Gaul cepat-cepat.Padamkan api.Sedia untuk dihidang.