Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kek

Saranghae... Kek Sarang Semut 🐜🐜🐜

Imej
Assalamualaikum semua.  Lama betoi tak mai sapu2 sawang kat sini.  La ni apa2 kerja upload dalam Fb ja. Sampai terlupa blog nan satu ni. Blog yang dulu ruang untuk saya menitipkan resepi-resepi yang pernah dicuba. Tapi sekian lama tempatnya diambil oleh medsos yang lain. Kesian blogku 😢...  Oklah... Dah hampir sebulan PKP berjalan. Selama tu juga la duduk aja kat rumah. Walaupun WFH, tapi ada banyak masa terluang berbanding keadaan biasa dulu. Banyak juga resepi yang sempat dicuba.  Mungkin ini masa yang sesuai untuk kembali mengaktifkan blog Dari Dapur Ummi. Simpan semua kenangan masak-memasak disini. Selain tu, dapat juga berkongsi resepi dgn pembaca-pembaca sekalian (masih ada yang berkunjung ka?) Mudah-mudahan perkongsian yang tak seberapa ini ada kebaikan untuk kita semua 😘.  Sebenarnya, 1st time saya cuba kek sarang semut ni 🐜🐜🐜. Alhamdulillah elok menjadi sarangnya 😍😍 Resepi saya ambik dalam group MAHN di Fb.  KEK SARAN...

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Imej
Kek ulang siaran. Dah penah masuk carta dulu.  Jangan tanya buat bila, sebab kek dah lama hadam. Mood blogging sangat-sangat ke laut akhir-akhir ni... Resepi boleh tengok kat sini

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Imej
Malas nak ngobrol banyak2.  Kejadian kek pisang ni pun dah lama. So just tepek gambar & resepi yg di screen capturekan aja. Smuanya follow instruction, dan saya bakar guna pemanggang ajaib.

Kek Pisang Blended

Imej
Yang ni projek petang kemarin.  Balik keje, masuk dapur sedia bahan, masuk semua dalam blender...turrr...masuk dalam loyang, kukus sampai masak.  Sonang baitu ehhh...hihihi.

Kek coklat Kukus Mudah

Imej
Projek segera untuk jamuan mentor mentee baru2 ni. Rasanya ini yang paling mudah. Sebenarnya dah agak lama tak buat kek. Sampaikan masa bawa keluar bahan2 kek anak2 pun teruja sangat. Tambah2 si Deena dan Nuha, menyanyi2 nak makan kek yang ummi buat. Siap chup nak bawa sorang berapa bekas ke sekolah... Hai la anak... Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x Cara memasak. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat) Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam. Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1/4 cawan air panas kacau rata semua bahan dan tuang atas kek ...

Kek Pisang Gebu

Imej
Ni pun projek hujung minggu baru-baru ni. Pisang berangan yang tak sampai sesikat tu dah masak ranum sangat. Resepi ni pulak memang dah lama save dalam draft, inilah masanya untuk mencuba..:)  Alhamdulillah, feedback daripada suami dan anak-anak, diorang suka dengan kek ni. KEK PISANG GEBU By Shikin sumber: izah daut, dapur kaknona Bahan-bahan: 150 gm pisang 200 gm tepung gandum 160 gm gula kastor 3 biji telur 120ml minyak masak 1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen vanila Coklat rice - saya tambah Cara membuatnya: 1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak. 2. Pisang dilecek dan ketepikan. 3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan. 4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedik...

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n again...

Imej
Kek ni saya buat masa raya hari tu. syawal pun dah habis tp baru masuk entry ya... Biasalah... Rasanya saya dah stick dengan resepi kek yang satu ni.  Sumber drp mana saya pun dah lupa. Tapi seingat saya saya copy resepi2 yang ditempek dalam yahoogroups. Mungkin sender email tu copy dari blog atau forum yang lain. Tapi tak diletakkan sumber yang asal. Apa2 pun, walau siapapun pemilik asal resepi kek ni timakasih bebanyak, kerana resepi ni telah berjaya memikat hati semua ahli keluarga saya. So yummy...so delicious... :) Resepi boleh tengok kat sini @ pun kat sini .

Kek Pisang Coklat Rice

Imej
Pernah buat kek pisang ikut resepi dibawah ni, masa tu saya bakar.  Kelmarin buat lagi kek pisang ni, kali ni saya kukus pulak. Untuk kedua2 metod ni (kukus/bakar) kedua2nya ok bagi saya. Cuma bila kukus dia lebih moist. Anak-anak pulak tak kisah. Kukus ker bakar, bila dah siap semua habis di ngap... Kek Pisang Chocolate Rice  Oleh:Mahani Mahpor Bahan-bahan: 2 cawan tepung naik sendiri 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3/4 cawan gula castor 2 biji telur 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek  1/2 cawan minyak masak bole guna butter cair juga sedikit esen pisang 50 gm coklat urai  Cara-cara: Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang. Masukkan minyak masak / butter cair. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat. Bakar / kukus bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak Selamat mencuba! :)

Kek Pisang Coklat Rice

Imej
Kek ni saya bakar menggunakan pemanggang ajaib. Masak elok sekata, tetapi sbb saya tak pandai nak control api saya hanguslah bahagian bawahnya.  Bakar kek guna pemanggang ajaib ni pun tak mengambil masa yang lama, dalam 20 minit dah masak. Kek Pisang Chocolate Rice  Oleh:Mahani Mahpor Bahan-bahan: 2 cawan tepung naik sendiri 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3/4 cawan gula castor 2 biji telur 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek  1/2 cawan minyak masak bole guna butter cair juga sedikit esen pisang 50 gm coklat urai  Cara-cara: 1. Pukul telur & gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang. 3. Masukkan minyak masak / butter cair. 4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat. 5. Bakar / kukus bakar 175 C selama 1 jam atau hingga masak Selamat mencuba! :)

Red Velvet Cup Cake (RVCC)

Imej
Letak entry RVCC ni. Kek dah yillek...hehehe RED VELVET CUPCAKES By Shikin Sumber : Nurul@Cakes2U ,  AnnaQawina Bahan-bahan A: 300 g tpg gandum 2 camb serbuk koko 2 camt baking powder 1 camt soda bicarbonate 1 camt garam B: 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup 280 g gula castor C: 2 biji telur (gred B) D: 1 camt esen vanilla 1 camt cuka putih @cuka kurma 1 camb pewarna merah E: 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.) CARA-CARA: Ayak (A)-ketepikan Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi Masukkan (D)-pukul hingga sebati Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting. CREAM CHEESE FROSTING   Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah) By ...

Red Velvet Kek aka Si Baldu Merah

Imej
Lama duk tengok orang post entry tentang Red Velvet Cake ni. Teringin nak buat tapi belum sampai2 seru...hehehe Tapi sempena Aidiladha baru2 ni seru tu dah sampai. Cuba ajalah membuatnya walaupun tak berapa konfiden. Saya guna resepi kek Velvet daripada AnnaQawina. Resepi cream cheese frosting juga daripada blog Ana.  Alhamdulillah,menjadilah jugak, walau pun kek saya tu agak kering (ekceli tak berapa moist...) dan nampak 2 warna. (saya tak tau kenapa, tapi kalau perhatikan betul2 nampak dibahagian bawah berwarna koko manakala dibahagian atas berwarna merah) Dan jangan ketawa bila tengok deco kek saya tu...memang hancusss... hehehe...inilah hasil kerastangan saya yerrr... Apapun cream cheese frosting tu sedap sangat...:) RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST By Shikin Sumber : Nurul@Cakes2U,  AnnaQawina.blogspot Bahan-bahan A: 300 g tpg gandum 2 camb serbuk koko 2 camt baking powder 1 camt soda bicarbonate 1 camt garam B: 125 g mentega tawar*Ana ...

Moistnyerrrrr...

Imej
Dah lama tak buat kek coklat. Sekali buat...hadap sampai tak hengat2. Hmmm...sedapnyerrr...moist sangat2. Rasa melekat2 kat anak tekak. Ekceli saya buat kek ni sempena makan2 kat kolej hari tu... Konon nak celebrate besday gitu...hehehe... Tak de lah. Saja2 makan ngan kengkawan sebenarnya... Masih menggunakan resepi2 sebelum ni, belum lagi terfikir nak cuba yang lain... :-) Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x     Cara memasak. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat) Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam. Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu ...

Kek Batik

Imej
Buat kek batik ni 2 malam lepas.  Bahan-bahan ikut apa yang ada. (ni kes nak ngabiskan stok barang la ni...) Kek Batik By Shikin Bahan-Bahan Biskut marie (tak sampai sebungkus) 1 tin kecil Susu Pekat  2 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar sebuk milo 200g butter 1 biji telur ( boleh letak 2,3 biji lagi sedap. tapi memandangkan telur kat rumah saya ada sebijik jer, letak 1 la..) Sebelum... Selepas... Cara Mula-mula cairkan butter dengan api perlahan, kemudian tuangkan susu pekat. Kacau perlahan. Masukkan pula serbuk koko dan serbuk milo sambil mengacau adunan sehingga sebati. (guna handwhisk lagi senang) Masukkan telur, kacau sebati (api perlahan yer..).  Teruskan mengacau sampai adunan agak likat Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kaup balikkan supaya biskut bergaul mesra dengan adunan coklat. Padamkan api. Tuangkan adunan biskut kedalam loyang yang sesuai. Tabur manik urai/c...

Kek Batik Coklat

Imej
Buat lagi kek batik coklat yang mabeles rasanya. Tu pun sebab nak ngebihkan stok biskut Marie yang berkurun dalam tupperware... Kek Batik Coklat By Shikin   Resepi Asal : Mylla@myresipi.com Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com   Bahan-bahan: * 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka * 250gm butter/marjerin * 3 sudu makan serbuk koko * 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit * biskut meri secukupnya   Cara-cara Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali... Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg.... Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan co...

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n Again...

Imej
Buat lagi kek coklat kukus mudah ni. Dan kali ni dalam kuantiti yang agak banyak...(bila dah banyak tu paham-paham lah...mudah tu dah tinggal sket jer...) Sebenarnya ini projek julung kalinya untuk majlis perkahwinan adik perampuan saya Sarah. Sarah minta saya buatkan kek coklat ni dalam 500 cup untuk dimasukkan ke dalam goodie bags. Nasib baiklah adik sendiri yang minta, kalau adik orang tak kuasa dah buat banyak2 cenggini. Mak ooii...tabik dengan mereka-mereka yang rajin menerima tempahan banyak2. Saya buat 500 cup pun dah rasa nak terlentang. Siap ngadu kat En. Tahiri lagi..."tak jadi la nak ambik order banyak-banyak mcm ni...Tak tahan dolat" Apa pun it was a good experience... Layan gambar ekk...  Kalau nak resepi boleh ambik kat sini atau sini . Satu loyang untuk tuan rumah makan...he he Dah siap topping dan tabur gula Acuan yang banyak membantu...bila isi dalam cup tu tak la bersememeh sangat. Tunggu giliran untuk dikukus ...