Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bengkang

Mee Goreng Dengan Bengkang Jagung

Imej
Parking resepi dan gambar kat sini. Mee dan bengkang dah selamat masuk ke dalam perut beberapa hari lepas... :) Mee Goreng Tengok resepi di label mee Bengkang Jagung By Shikin Sumber : Jendeladapursuriati.blogspot.com Bahan2 1 cwn gula 1 3/4 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung kastard 1 cwn santan pekat 2 cwn air 2 sudu besar mentega / minyak sapi 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn) bijan utk hiasan Cara2 Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. gaul sebati. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega. Panaskan loyang dlm oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180c selama 1jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas bawah.

Bengkang Ubi

Imej
Berbengkang la pulokkk...tapi tu laaa x berapa nak molek jadi dia...hihihi BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkang nanti.  550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum  300gm gula   Sedikit garam Pewarna kuning (optional) Cara Membuatnya Campur kesemua bahan,gaul sebati Tuang adunan kedalam loyang Masukkan ke dalam oven Bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Bengkang Ubi

Imej
Yang ni pun edisi tayang gambar jer. Buat masa cuti sem baru2 ni. Ubi kayu hasil daripada kebun sekangkang kera depan rumah tu.  En. Tahiri duk gaduh sangat nak buat apa ngan ubi tu, maka saya kata "cabut bawak mai bang, kita buat bengkang." BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti.  550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum  300gm gula  Sedikit garam Pewarna kuning (optional) Cara Membuatnya Campur kesemua bahan,gaul sebati Tuang adunan kedalam loyang Masukkan ke dalam oven Bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Bingka Ubi Kayu

Imej
Dah dekat seminggu En. Tahiri cabut ubi pulut yang ditanam di depan rumah. Hari-hari dia asyik tanya, "nak buat apa ubi tu??" Saya pulak sebab rasa tak dan sangat jawab, "nanti la bang, tunggu hari cuti..." Ironinya, cuti hujung minggu baru-baru ni pun tak sempat buat. Ntah apa  yang disibukkan sangat... Kelmarin bila dia call saya kat ofis dan tanya lagi, saya cepat-cepat jawab, "ok, abang beli la santan 1/2 kilo. Ptg ni balik keje kin buat..." Saya tau, suami saya mesti suka bila dengar jawapan saya tu (ye lah dah seminggu ubi tu duk tergolek dalam besen, lama-lama takut masuk angin. Langsung tak boleh guna) Maka , petang tu, saya usahakan juga untuk membuat seloyang bengkang ubi, itupun dengan bantuan En. Tahiri.(thanks e. suami yang budiman, kamu memang selalu suka membantu bila saya sibuk2 kat dapur) BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening d...

Bengkang Roti

Imej
Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak.  Kali ni saya modified jadi bengkang roti ...  Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut. Hasilnya seperti dibawah : Bengkang Roti by Shikin Bahan-Bahannya 1 buku roti - saya guna roti benggali 2 cawan santan 1 cawan susu cair 1 cawan air 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula secubit garam Cara-Cara Membuatnya Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk. Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul. Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air) Tuang ke dalam loyang. Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut su...

Bingka Ubi

Imej
Buat lagi bingka ubi ni untuk kesekian kalinya. Yang dua kali sebelum ni failed. Keras la, kurang garing, tak cukup manis... Hmm...pendek kata serba tak kena jadinya. Tapi tak per.. Berpegang kepada prinsip "Practise make perfect", saya buat lagi bengkang ubi tu. Never give up, kay... Alhamdulillah yang ni menjadi lah juga. Boleh dimakan sampai habis dan tak perlu dibakulsampahkan. Masih menggunakan resepi yang saya buat sebelum ni. Tapi kali ni saya pastikan sukatannya betul. Saya tempekkan sekali lagi resepi tu di sini untuk rujukan. BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti. 550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum 300gm gula sedikit garam pewarna kuning (optional) Cara campur kesemua bahan,gaul sebati tuang adunan kedalam loyang masukkan ke dalam oven bakar selama 30-45 mi...

Bengkang Ubi

Imej
Buat bengkang ubi ni petang kelmarin. Pertama kali mencuba. Hasilnya...not bad, walaupun cuma dibakar di atas dapur gas aja.  Ubi kayu ni hasil tanaman encik suami. Siap je masak, dia yang mula-mula mencuba. Ok katanya,cuma sedikit manis.  Saya buat bengkang ni menggunakan resepi daripada emak saya. BENGKANG UBI Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air 550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum 300gm gula (agak manis, bolehlah dikirangkan) sedikit garam pewarna kuning (optional) Cara campur kesemua bahan,gaul sebati tuang adunan kedalam loyang masukkan ke dalam oven bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)