Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Red Velvet Cup Cake (RVCC)

Imej
Letak entry RVCC ni. Kek dah yillek...hehehe RED VELVET CUPCAKES By Shikin Sumber : Nurul@Cakes2U ,  AnnaQawina Bahan-bahan A: 300 g tpg gandum 2 camb serbuk koko 2 camt baking powder 1 camt soda bicarbonate 1 camt garam B: 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup 280 g gula castor C: 2 biji telur (gred B) D: 1 camt esen vanilla 1 camt cuka putih @cuka kurma 1 camb pewarna merah E: 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.) CARA-CARA: Ayak (A)-ketepikan Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi Masukkan (D)-pukul hingga sebati Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese frosting. CREAM CHEESE FROSTING   Utk Cupcakes, gunakan separuh dari resepi dibawah) By Shikin Su

Ayam Masak Kicap...so simple...

Imej
Resepi simple dimple jerrr...tapi yang simple2 ni lah menjadi pujaan suami dan anak-anak. Masak kicap ni saya buat untuk anak2 makan dengan nasi daging hari tu. (ye lah, budak2 kan kurang sket makan daging, kalau ayam laju jerrr...) Tengok2 bukan anak2 aja yang pulun, habis ngan abahnya, tok wan dan pak2 penakan pulun sama...hehehe. Ayam Masak Kicap By Shikin Bahan-Bahan Ayam - potong kecil Cili Sos Kicap Garam Gula Kunyit Bawang putih - mayang Bawang Merah - mayang Halia - hiris memanjang Bawang besar - potong bulat Minyak Air (jika perlu) Cara-Cara Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan. Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj) Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau. Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air. Perisakan dengan garam d

Red Velvet Kek aka Si Baldu Merah

Imej
Lama duk tengok orang post entry tentang Red Velvet Cake ni. Teringin nak buat tapi belum sampai2 seru...hehehe Tapi sempena Aidiladha baru2 ni seru tu dah sampai. Cuba ajalah membuatnya walaupun tak berapa konfiden. Saya guna resepi kek Velvet daripada AnnaQawina. Resepi cream cheese frosting juga daripada blog Ana.  Alhamdulillah,menjadilah jugak, walau pun kek saya tu agak kering (ekceli tak berapa moist...) dan nampak 2 warna. (saya tak tau kenapa, tapi kalau perhatikan betul2 nampak dibahagian bawah berwarna koko manakala dibahagian atas berwarna merah) Dan jangan ketawa bila tengok deco kek saya tu...memang hancusss... hehehe...inilah hasil kerastangan saya yerrr... Apapun cream cheese frosting tu sedap sangat...:) RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST By Shikin Sumber : Nurul@Cakes2U,  AnnaQawina.blogspot Bahan-bahan A: 300 g tpg gandum 2 camb serbuk koko 2 camt baking powder 1 camt soda bicarbonate 1 camt garam B: 125 g mentega tawar*Ana guna butt

Nasi Daging

Imej
Awal2 lagi dah aim nak masak nasi daging sempena Hari Raya Korban. Nak jamu adik-beradik yang datang kerumah.  2,3 hari sebelum raya saya dah surfing dan BW, intai resepi2 yang sesuai. Zaman maklumat dihujung jari ni, memang mudah betul. Taip jer keywood dan enter...berduyun2 yang kluar. Hehehe... Dalam banyak2 resepi nasi daging hasil carian tu, saya berkenan dengan resepi dibawah ni. So, raya Haji baru2 ni saya buatlah. Alhamdulillah...sedap nasik dia. Kiranya dapat pujian lah daripada kaum keluarga yang merasa. En. Tahiri??? Thumbs up... Nasi Daging By Shikin  Sumber : salwahcm @ myresipi.com Bahan-bahan ( 5 orang ) 1 kilo beras Basmathi 1/2 kilo daging 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi 1 sudu besar rempah kurma 1 inci halia 1 batang kulit kayu manis 2 biji buah pelaga Sedikit mentega/ minyak sapi 1/2 cawan tomato soup 1 cawan susu cair sedikit garam Cara-cara Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging

Lok Chin lagiii....

Imej
Sekali lagi layan Lok Ching @ satay ikan yang sedap ni. Kali ni guna ikan selayang macam dalam resepi. LOKCHING @ Satay Ikan By Shikin Sumber : idazs Bahan-bahan sate: 500g isi ikan selayang – dikisar lumat  100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji 1 biji bawang besar - dikisar 1 sudu besar garam 1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak 1 sudu besar baking power – saya tambah Cara : Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Panaskan minyak dan goreng sekejap.  sedia untuk dibakar. Cucukkan pada lidi dan bakar. Bakar atas dapur gas jer...huhuhu Celup dalam kuah manis dan pedas sebelum dinikmati. Dah siap celup kuah...fuhh...sedappp. p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan. Bila makan satay ikan, mestilah ada sosny

Cendawan Crispy

Imej
Bahan-Bahan Cendawan tiram secukupnya - basuh bersih2 dan toskan Garam Serbuk lada sulah/ lada hitam Tepung serbaguna (blh juga guna campuran tepung jagung, tepung ubi, serbuk kari) Minyak untuk menggoreng Cara Gaul cendawan dengan garam dan serbuk lada secukupnya. Golek2kan cendawan di atas campuran tepung. Ketepikan. Panaskan minyak, masukkan cendawan. Goreng sehingga cendawan berwarna kekuningan. Angkat dan toskan.

Siakap 5 Rasa

Imej
Huihshh!!! Melampau betul. Tenggak2 sampai 5 rasa... Tapi betulla memang 5 rasa pun, masam, manis, masin,pedas dan menyengat...hehehe.  Kan 5 rasa tu.... Whateverlah yerrr... Ekceli main campak bahan2 yang sedia ada keliling rumah...klau nak follow resepi org sat gi tak cukup bahan. Ok gak lah... Yang penting,suami dan anak2 layannn... Siakap 5 Rasa By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap (sederhana besar) - bersihkan. lumur garam dan serbuk lada sulah. tabur tepung ubi rata2. ketepikan sebentar. 1 biji bawang besar - potong bulat 2 ulas bawang putih - chopped 3 tangkai cili padi - hiris 1 batang serai - hiris 1 inci halia - hiris memanjang 3 sudu besar cili mesin 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos plam lada benggala karot - hiris panjang minyak garam & gula secukupnya Cara Goreng ikan siakap sampai masak (deep fryer). Angkat dan ketepikan. Tumis bawang putih, halia, serai, cili padi dan bawang besar sampai layu. Masukkan ci

Tomyam Seafood (Sotong)

Imej
Masuk resepi yerrr... Tomyam Seafood (Sotong) By Shikin Bahan-Bahannya Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.) 3 sudu besar pes tomyam 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis 5 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya 1 sudu besar susu pekat manis 1 batang seleri - hiris 2 biji tomato - potong 4 karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki Air Garam Cara Membuatnya Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan) Masukkan sayur2 yang keras dulu (karot, putik jagung &

Lunch....

Imej
 Lunch tadi.  Siakap 5 rasa ...tu dia aihhh, Tomyam Seafood (Sotong), Cendawan Crispy. Alhamdulillah... Semuanya menepati selera suami dan anak-anak. Resepinya...nanti yerrr....

Moistnyerrrrr...

Imej
Dah lama tak buat kek coklat. Sekali buat...hadap sampai tak hengat2. Hmmm...sedapnyerrr...moist sangat2. Rasa melekat2 kat anak tekak. Ekceli saya buat kek ni sempena makan2 kat kolej hari tu... Konon nak celebrate besday gitu...hehehe... Tak de lah. Saja2 makan ngan kengkawan sebenarnya... Masih menggunakan resepi2 sebelum ni, belum lagi terfikir nak cuba yang lain... :-) Kek Coklat Kukus Mudah by Shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x     Cara memasak. Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat) Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam. Topping mudah 1 cawan milo 1/2 cawan koko 1/2 cawan susu pekat 1

Tom Yam Siakap

Imej
Buat petang kelmarin... Tomyam Siakap By Shikin Inspired by : Restoran Redza Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap (sederhana besar) 1 biji bawang besar - hiris bulat 1 biji cili merah*  2 tangkai cili padi* (qtty terpulang kepada citarasa masing-masing-lebihkan kalau nak pedas, kurangkan kalau x nak) 2 ulas bawang putih* (*tumbuk2 sikit bagi pecah, tapi jgn sampai lumat pulak) 1/2 biji lada benggala (*optional) - potong ikut suka 5 batang serai - hiris menyerong (1 batang serai tu hiris 2,3, bukan hiris nipis2 tau) 1 1/2 inci lengkuas - hiris tebal 2 inci hali - hiris tebal 4 - 5 helai daun limau purut - carik2 Jus limau nipis  Karot Tomato - potong 4 cendawan butang, cendawan telinga, cendawan tiram - potong ikut suka ng) 1-2 sudu besar susu pekat manis Garam dan gula Air sejuk secukupnya Cara-Cara Membuatnya Tumis bawang besar cili padi dan cili merah tanpa minyak. Masukkan air sejuk secukupnya untuk dijadikan kuah .  Kemudian

Mee Bulat

Imej
Masak mee ni petang kelmarin. Tak tau nak panggil apa. Nak kata mee sanggul, bukan. Yee mee?? Ehh..bukan jugak kot. Tapi kat plastik tu dia tulis mee bulat. Bulat pun bulat lah... Suami saya beli mee ni masa dengar ceramah Ust Shamsuri kat masjid al-Muttaqin. Keluaran bumiputera. Kalau tengok address tu tak jauhlah dari rumah saya, Hutan Kampung. Rasanya...hmmm...memang sedap. Ada rasa ala-ala Mamee gitu.. Memang menariklah. Seisi keluarga suka. Dalam plastik tu ada 5 keping mee, saya cuma masak 3 keping saja. Alhamdulillah cukup untuk kami 5 beranak. Resepinya??? He he...hentam keromo saja sebab tak sempat nak skodeng resepi dalam tenet. Mee Bulat By Shikin Bahan-Bahan 3 keping mee bulat 3 ulas bawang putih - chopped 5 ekor sotong  - boleh juga guna udang, ayam dsbgnya. lagi banyak bahan lagi sedap 1/2 kiub pati ayam - saya guna jenama Knorr 1 sudu besar sos tiram 2 biji telur Karot - hiris memanjang Bunga Kobis Sawi 500m

Paprik Sotong

Imej
Sotong ada 4,5 ekor dalam peti ais.  Nak buat sambal @ kari macam tak cukup jerr.  Stok sayur mmg berlambak.  Sesuai untuk buat paprik. So...paprik je lahh... Paprik Sotong By Shikin Bahan-bahan 5 ekor sotong - hiris bulat 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang bunga kobis - potong kecil 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili pa

Ikan Goreng Sumbat Sambal

Imej
Sesekali mencipta kelainan untuk resepi ikan goreng ni. Belah belakang, sumbat ngan sambal.  Fuhh!! Sedap!  Tak lah asyik ikan goreng garam kunyit jerrr.. Ikan Goreng Sumbat Sambal By Shikin Bahan-Bahan Ikan - saya guna ikan kembung. 3-4 tangkai cili merah 2 tangkai cili padi 1 ketul belacan 1 biji bawang besar garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng Cara : Belah bahagian belakang ikan menggunakan pisau yang tajam. hati2 jangan sampai tembus dibahagian depan. Keluarkan insang dan isi perut. Basuh bersih dan toskan. Perapkan ikan dengan garam kunyit. Masukkan bahan-bahan lain dalam lesung. Tumbuk sampai hancur. (saya kisar guna chopper) Ambil bahan-bahan tumbuk , sumbatkan kedalam ikan yang telah dibelah belakang tadi. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. (Hati2 semasa membalikkan ikan supaya bahan sumbat tadi tak terkeluar)

Makaroni Bakar

Imej
Try resepi makaroni bakar daripada dila ni. Saya Buat petang kelmarin. Hasilnya??? Sedap!!! En. Tahiri dan anak2 semuanya suka.  Nuha, masa panas-panas lagi dah berulang-ulang makan. Aiman dan Deena pun makan bertambah2. Kredit to pemilik resepi. Minta izin share kat sini yerr... Makaroni Bakar By Shikin Sumber :  dilaOHdila @ myresipi.com Bahan-bahan  300gm makaroni - saya guna jenis elbow 250 gm daging cincang 4 biji telor (pukul kembang) 3 sudu rempah kari 2 labu bawang besar 1 tin susu cair 1 cawan air sedikit keju parut minyak utk menumis & garam cili merah lada benggala daun sup & daun bawang karot - hiris halus memanjang * bahan-bahan yang berwarna merah saya tambah Cara-cara Rebus makaroni hingga empuk & toskan Kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masa

Satay Ikan @ Lok Chin

Imej
Sedang BW ternampak resepi sate ikan ni dalam blog Idazs. Terus saya save dalam folder draft. Dalam hati dah menggebu-gebu, mesti cuba ni...he he he... Bukan apa..., sate ikan ni sangat nostalgik bagi saya. Dulu-dulu masa zaman persekolahan, inilah antara jajan wajib saya dan rakan2. Tamat saja waktu sekolah, sementara menunggu bas datang, kami sibuk berkerumun di sekeliling motorsikal penjual sate ikan. Melihat p.cik penjual membakar satenya satu persatu. Diambilnya sate daripada peti, kemudian diletakkan diatas tempat bara di belakang motosikal sambil tangannya mengayunkan kipas bagi menyalakan bara. Dalam keterujaan kami sabar menunggu. Ahh...Aromanya sangat menggamit selera.  Kemudian sate yang siap dibakar dicelup kedalam sos manis dan sos pedas yang berwarna merah jernih. Lantas dimasukkan kedalam beg plastik jernih dan di serahkan kepada kami. Tanpa berlengah kami terus mencicipi sate tersebut. Sedap...nikmat. Usia kanak-kanak, semua makanan dirasakan sedap.

Simple Breakfast

Imej
Aiman minta saya gorengkan nasi untuk dia pagi2 tadi.  Tapi sebab tak der nasi sejuk yang nak digoreng, saya cuma buatkan sandwich telur untuk dia. Just a simple sandwich, tapi Aiman makan dengan berselera dan tersenyum lebar. Saya tau dia suka sandwich yang saya buat tu. Siap tapau lagi sebagai bekal ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan katanya... Deena pun bila tengok saya sediakan sandwich, cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak makan roti telur yang ummi buat katanya... Hurrmmm...suka bila tengok sandwich yang simple tu hilang sekelip mata... Benarkan air tangan ibu pengikat kasih nsyang anak-anak. Simple macam mana pun kalau ibu yang masak, pasti sedap di mulut anak-anak. Bak kata Aiman dan Deena : No 1 yang masak paling sedap...Ummi, No 2...abah (he he ...abah pun masuk list yer...walaupun cuma masak nasi, goreng ikan dan telur saja...) Sandwich Telur By shikin Bahan-Bahan Roti Putih  2 biji telur Serbuk lada hitam/ lada sulah Garam

Sambal Belacan Limau Kasturi

Imej
Sambal Belacan Limau Kasturi By Shikin Bahan-Bahan 4 tangkai cili merah 3 tangkai cili padi 1 inci belacan - dibakar sekejap Garam dan gula secukupnya Limau Kasturi Cara-Cara Masukkan kesemua bahan, kecuali limau kasturi kedalam lesung. Tumbuk sampai lumat. Perahkan dengan jus limau kasturi. Boleh juga hiris limau nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Kaut sambal, masukkan kedalam piring. Hidang bersama ulam2 yang sesuai.

Ikan Bakar Portugis Deli Cheff

Imej
Guna readymade paste keluaran Deli Cheff yang diedarkan oleh Cosway. Rasanya??? Hurmm...not bad.  Boleh menjadi paste penyelamat saat-saat kritikal untul menyediakan hidangan untuk keluarga. Kalau ikut arahan kat peket tu, paste ni boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk aktiviti bakar membakar @ kukus mengukus.  Boleh juga digunakan sebagai rencah untuk menumis. Senang bukan??? :-) Ikan Bakar Portugis Deli Cheff By Shikin Bahan-Bahan Ikan Paste Ikan Bakar Portugis Deli Cheff Garam Daun Pisang Bawang Besar Limau Kasturi Cara-Cara Cuci ikan dengan air asam jawa biar bersih, toskan. Lumur ikan dengan garam dan paste Ikan Bakar Portugis secukupnya. Balut ikan elok2 dengan daun pisang. Bakar ikan sampai masak. Hidangkan dengan hirisan bawang besar, cili potong dan limau kasturi. *Kalau suka, boleh buat bahan cicahan sama ada air asam ataupun sambal kicap.