Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Gulai Ikan

Imej
Dah try. Memang best.

Tanya En. Tahiri, ada rasa beza tak gulai yang saya masak hari ni.

Dia jawab : "ntah..., cuma rasa sedap jerrr... (^-^) hehehe



Gulai Ikan
By : Shikin
Resepi : Mak Mertua K.Am

Bahan-Bahan

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar halba
1/2 sudu besar biji sawi
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
1 peket kecil rempah kari ikan

Bahan-Bahan Lain
1 kg ikan - saya guna ikan jenahak
2 cawan santan
3 sudu besar asam jawa
Garam secukup rasa
2 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis


Cara-Cara
Panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis. Apabila bawang kuning keemasan masukkan bahan-bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak (hilang bau rempah) Masukkan santan, asam dan garam secukupnya. Kacau sebati. Masukkan pula air dan ikan. Biarkan mendidih. Tutup api. Angkat dan hidangkan.

Sandwich Goreng

Imej
Kat rumah ni, kalau nak habiskan roti, transform jek jadi benda lain. Sekejap jer jalan.

Sandwich Goreng
by Shikin

Bahan-Bahan:

Bahan Roti
Roti putih
Inti Sardin
Planta/Mentega
Mayonis

Bahan Batter
2 sb mentega Majerin
1 1/2 cawan Tepung Gandum*
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung
1 titik perwarna kuning (optional)
1/4 st Garam* (* campur)
Air

CARA2:
Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi.Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega.Tuangkan air sedikit demi sedikit.Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatkan adunan yang sekata)Celupkan roti kedalanm adunan tepungGoreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan.Angkat roti daripada kuali, toskan minyak.Sedap dimakan semasa masih panas.

Daging Congo

Imej
Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga. 

DAGING CONGO
by Shikin@Dari Dapur Ummi

Bahan-bahannya
1 kg daging - dihiris nipis
2 labu bawang besar - dikisar halus
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas)
2 sudu besar gula
garam secukupnya (jika perlu)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jamPanaskan minyak dalam kuali , tuangkan bahan-bahan perapan. Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri)Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyakRasa garam dan gulaSedia untuk dihidang*Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

Mee Bulat Goreng

Imej
Mee Bulat Goreng
By Shikin
Bahan2 1 peket mee bulat - celur ngan air panas sampai lembut dan toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya  guna sotong & udang) sawi, kobis, karot  garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis
Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi. masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect) perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan

Lok Chin @ Satay Ikan

Imej
LOKCHING @ Satay Ikan
By Shikin
Sumber : idazsBahan-bahan sate:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
1 sudu besar baking power – saya tambah



Cara :
Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat
Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
Panaskan minyak dan goreng sekejap.
Cucukkan pada lidi dan bakar.
Celup dalam kuah manis dan pedas sebelum dinikmati.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

Bila makan satay ikan, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya sangat memikat rasa.

SOS MANIS
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
S…

Nasi Goreng Sardin

Imej
Ada lebihan sardin, ada nasi sejuk.
Gabung dua-dua. nasi goreng sardin. 
Hmmm....


Nasi Goreng Sardin by Shikin
Bahan-bahannya 4 cawan nasi sejuk 1 biji bawang besar - dimayang 2 - 3 sudu besar sambal belacan / cili kisar 3 sudu besar pes sardin 2 biji telur Sayur-sayuran (optional) Minyak masak Garam secukupnya

Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan sambal belacan / cili kisar. Biar sehingga pecah minyak.Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati.Pecahkan telur. Kacau lagi. Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan. Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada)Letak garam secukupnya. Kacau sebati. Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan apiHidangkan.

Time malas-malas... :-)

Imej
Menu time malas-malas....



Maggie Bandung
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
2 sudu besar cili kisar
batang saleri (potong halus)
1 biji tomato (belah enam)
2 biji telur
1 biji karot
sawi 
cendawan telinga
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 bungkus Maggie Kari



Cara-cara membuatnya : -panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan ikan bilis, kacau hingga kekuningan
-masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga cili garing dan pecah minyak
-kecilkan api, masukkan perencah maggie ( saya guna sebungkus saja), sentiasa kacau untuk mengelakkan bahan tumisan hangus
-masukkan air secukupnya, letakkan batang saleri, karot dan sawi
-apabila kuah mendidih, pecahkan telur, biar seketika
-masukkan mee, kacau seketika, angkat dari dapur
-sedia untuk dimakan

Blueberry & Strawberry Cheese Tart lagi...

Imej
Projek mengetart yg ntah kurun ke berapa tah??? 
Tart pun cuma tinggal saki baki je dalam fridge tu.
So, kita tempek resepi ngan gambar ye...

Blueberry & Starwberry Cheese Tart By Shikin
Sumber : Kak Am Flora

Bahan-Bahan

Pastry
1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum
satukan semua bahan, uli sampai jadi dohbulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tartcucuk2 sikit dengan garfubakar 15minit - 160c
Krim Cheese

250gm cream cheese (yang halal)
60gm gula ising
1 biji telur
Filing (yang sesuai)
pukul semua bahan hingga halus dan ratapipekan dulu strawberry/blueberry filing kemudian tutup dengan krim cheeselorek sesuka hati (bole guna filing @ sedikit krim cheese dicampur kaler pink/merah)masukkan dalam oven, bakar sekejap (5 minit - 170c)keluarkan daripada oven. letak tart dalam papercup yang sesuai. (kalo tak letakpun tak per)

Durian Crepe

Imej
Semenjak dua menjak ni, banyak blogger duk tayang Durian Crepe (DC). Tambah2 pulak durian tengah galak gugur...Memang fenomena habis...
Lama jugak memendam hajat, teringin benor nak tahu macam mana lah rasanya benda alah DC ni. 
Finally, 2 hari lepas saya menunaikan hajat yang terpendam
Banyak2 resepi yang ada, saya cuba resepi daripada Sofea@after6am. Hasilnya??? Tidak mengecewakan.
Mendapat respon yang baik drpd suami dan anak2. Anak2 paling suka sbb ada filling fresh cream yang rasanya ala2 aiskrim tuh..
Nak buat pun tak susah dan tak ambil masa yang lama.
So...silalah mencuba.


RESEPI DURIAN CREPE
By : Shikin

Sumber : Sofea@after6am

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdk myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
pwrna kuning
perisa durian

Cara-caranya
Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu,…

Bihun Goreng Seafood

Imej
Bihun Goreng Seaffod
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2)
udang & sotong
karot - hiris memanjang
sawi
minyak masak

Cara-Cara
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kmdn masukkan bihun .Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.Masukkan sawi, karot.Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.Padamkan api.Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.

My Mom Chicken Rice

Imej
Selalu masak nasi ayam saya guna resepi ni.
Inilah nasi ayam yang selalu dimasak oleh mak saya.
Resepinya simple saja, tapi kalau mak masak memang kami adik beradik makan sampai licin. Sedap sangat rasanya.
Dan hasil resepi mak ni lah yang saya hidangkan untuk suami dan anak2 saya. Suami dan anak2 pun suka.

Nasi Ayam My Mom Recipe by Shikin
Bahan-Bahan
Bahan Nasi 4 cawan beras 6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam  5 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 3 batang serai - diketuk 1 kiub pati ayam  Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis) Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak
Cara memasak nasi
Basuh beras bersih2 dan toskan.Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.Masukkan beras, goreng seketika.Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.Masak nasi seperti biasaBahan Ayam 1 ekor ayam (boleh potong …

Bihun Goreng

Imej
Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas. 
Kira resepi tertangguhlah ni yerr...

Bihun Goreng By Shikin
Bahan-Bahan 1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar* 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2) udang & sotong sawi minyak masak

Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kmdn masukkan bihun .Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.Padamkan api.Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.Abah outstation, tinggal ummi dengan anak-…

Siakap Sweet Sour...My Style...

Imej
Tak tau la bila punya ni. 
Tengok gambar pun dah berabuk dalam folder.
Tapi nak tayang gak kat sini :-)

Siakap Sweet Sour
By Shikin

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar
1 cawan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
timun
nenas
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara2
Tumis bawang besar sampai layuMasukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak. Masukkan garam dan gula secukupnya.Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.Padamkan api. Curahkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi.Hidangkan.

Breakfast...

Imej
Buat nasi lemak pagi ni...


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan beras
6 cawan santan - perah drpd sebiji kelapa
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh halba - x letak sbb tak der stok
garam secukupnya
daun pandan

Cara-Cara

Basuh beras bersih2, toskan.Masukkan semua bahan kedalam rice cooker.Tekan on, biarkan sehingga nasi masak. (dekat2 nasi nak masak tu bukalah tudung periuk, garis2 sikit supaya nasi masak sekata)
Sambal Bilis By Shikin
Bahan-Bahan Ikan bilis - Basuh dulu sebelum digoreng 15 biji cili kering (mesin dengan 1 biji bawang merah atau bawang merah secukupnya sampai halus) 1 biji bawang besar - hiris bulat Air asam jawa Garam Gula Minyak masak
Cara-Cara Panaskan minyak. Goreng ikan bilis (tak perlu sampai garing). Angkat dan ketepikan.Tumis bawang besar yang dipotong bulat sampai layu.Masukkan cili kisar, biarkan sampai cili agak garing.Masukkan garam gula dan air asam jawa secukupnyaBiarkan sehingga kuah sambal pecah minyakMasukkan ikan bilis. Kacau rata.Padamkan api.Hidangka…

Fruits Tartlet...Again...

Imej
Kali ni buat sampai 6 adunan tart crust, demi untuk memenuhi permintaan adik bongsu saya yang teringin benor nak makan fruit tarts. 
Semuanya gara2 tayangan amal dalam facebook hari tu lah. 
Tengah saya sibuk2 packing barang nak pegi bercuti, dia request benda alah ni. Nak tunggu lepas bercuti, dia pulak dah balik ke asrama.
Tak sudah, saya suruh dia datang gelintil kulit tart kat umah, dengan Sarah sekali jadi mangsa. Cepatla keja sikit jadinya...
So, hr ni nak tempek hasil kerja sblm bercuti hari tu yer... Tartnya dah lama tenggelam ke dasar perut...^__^

Fruit Tart
By Shikin

Pastry
Sumber : Kak Am FloraBahan-Bahan

1 biji telur
100gm butter
75gm gula ising
200gm tepung gandum

Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh
Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart
Cucuk2 sikit dengan garfu
Bakar 15 minit - 160c


Filing Kastard Sumber : Meow @ Myresepi

Bahan-bahan ( 4 5 orang )
500ml susu segar
3 atau 4 sudu tepung kastard
gula dan garam secukup rasa.
buah2an hiasan seperti kiwi, grape, peach, …

Nasi Goreng Udang

Imej
Patut letak udang besar2 baru gempaq bila baca tajuknya kan??? Tapi yg ada dalam freezertu cuma udang2 cinnonet jer... Letak juga lah walau tak se gah mana...

Resepi nasi goreng biasa2 jer, tetapi memenuhi citarasa kami sekeluarga...


Nasi Goreng Udang
By Shikin

Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk - ramas atau leraikan (terpulanglah nak guna apa. for me it's better guna tangan, tp pastikan tangan you all bersih yerrr...)
udang - bersihkan 
2 ulas bawang putih - dimayang halus
4 ulas  bawang merah - dimayang halus
2@3 sudu besar cili kisar (ejas sendirilah kalau nak lebih pedas, saya buat sedang2 saja sebab kalau pedas sgt Deena dan Nuha tak leh makan)
1 sudu besar sos tiram
2 biji telur
sawi
garam dan gula secukupnya
minyak

Cara-Cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.Masukkan cili kisar dan sos tiram. Masak sampai garing.Masukkan udang, batang aswi. Kacau sebati.Pecahkan telur, kacau sekejap. Letak garam dan gula secukupnya.Masukkan pula nasi. Gaul sebati. Kemu…

Telur Bistik

Imej
Telur Bistik By Shikin
Bahan-Bahan 4 biji telur 1 biji bawang besar 1 cawan cili sos 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram timun nenas garam dan gula secukup rasa minyak
Cara2  Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik)Tumis bawang besar sampai layuMasukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak. Masukkan garam dan gula secukupnya.Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi.Sedap dimakan ketika masih panas.

Makaroni Bakar

Imej
Makaroni Bakar
By Shikin

Bahan2
300gm makaroni - rebus sampai lembut
ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly1 biji bawang besar - potong dadu
1 senduk cili kisar
1 cawan sos prego (saya guna yg original punya)
cendawan butang
karot - potong dadu
lada benggala - potong dadu
1 tin susu cair
4 biji telur
keju parut secukupnya
garam
gula
serbuk lada hitam
mixed herbs
minyak masak


Cara2
Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.Tuangkan susu cair dan air.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.
Padamkan api.Masukkan makaroni kedalam loyangTuang telur yang telah dipukul. Ratakan.Taburkan keju parut. (lagi banyak lagi sedap)Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit @ sampai masak.

Makaroni Goreng

Imej
Makaroni Goreng By Shikin
Bahan2 1 bungkus makaroni - rebus sampai lembut ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly 2 biji bawang besar - potong dadu 2 senduk cili kisar 1 tin sos prego (saya guna yg original punya) cendawan butang karot - potong dadu lada benggala - potong dadu garam gula  serbuk lada hitam mixed herbs minyak masak

Cara2 Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.Padamkan api.Sedia untuk dihidangkan.

Tomyam Putih Siakap Ala Redza

Imej
Yess...finally...
Dapat juga buat tomyam siakap macam yang selalu duk makan kat Redza Bukit Kayu Hitam.
Bila tanya en. hasben macam mana rasa tomyam kali ni? Dia jawab ok...sedap. Cuma takder rasa ajinomoto jerrr... (hehehe...taulah yg kat kedai tu kebanyakan rasa sedapnya dibantu dengan pak aji...)

Tomyam Putih Siakap Ala Redza By Shikin
Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka 3 ulas bawang putih - tumbuk kasar 10 biji cili padi thai - tumbuk kasar 1 biji bawang besar - hiris bulat 5 batang serai - potong menyerong
2 inci lengkuas - hiris kasar 1 inci halia - hiris kasar 5 helai daun limau purut - potong menyerong limau nipis - perah airnya sahaja 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar susu pekat manis garam secukupnya air lada benggala sayur2an (tomato, karot, bunga kubis etc) cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc)

Cara2 Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, serai lengkuas, halia,daun limau purutdan air kedalam kuali/periuk.Panaskan api, reneh…

Sotong Goreng Kunyit

Imej
Sotong Goreng Kunyit By Shikin
Bahan2 Sotong - basuh bersih2 kemudian potong bulat 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji cili merah 1 batang karot serbuk lada hitam air asam jawa serbuk kunyit garam dan gula minyak masak
Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.Masukkan sotong. Kacau sekejap.Tuangkan air asam jawa secukupnyaKemudian masukkan karot, cili merah  dan bawang besar. Kacau sebati.Akhir sekali perasakan denganserbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa.Padamkan api.Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Ikan Tenggiri

Imej
Sambal Ikan Tenggiri By Shikin
Bahan2 Ikan tenggiri Cili kisar 1 biji bawang besar -potong bulat Asam keping Garam & Gula secukupnya Minyak masak
Cara Bersihkan ikan, letak garam kunyit. Kemudian goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan.Tumis cili kisar sampai garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.Tuangkan sedikit air. Masukkan asam keping. Biarkan seketika.Masukkan pula ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.Akhir sekali masukkan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu. Padamkan api.Sedia untuk dihidang.

Mee Sanggul Goreng

Imej
Untuk dinner malam ni...

Mee Sanggul Goreng By Shikin
Bahan2 1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut 3 ulas bawnag putih - diketuk 3  sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya cuma guna sotong) sawi, kobis, karot (saya letak sawi) garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasanmasukkan cili kisar. kacau sehingga cili masakmasukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)perisakan dengan garam dan gula secukupnyapecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebatimasukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api.sedia untuk dihidangkan