Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Serawa Labu

Imej
Labu banyak kat rumah sekarang ni. Hasil tuaian kebun En. Tahiri. Bulat2 pulak tu. Nak buat lepat @ kuih koci rasa macam renyah sikit. Paling senang buat serawa aje lah... Serawa Labu By Shikin Bahan-Bahan Labu - potong2 ikut suka hati Gula Santan - perah santan secukupnya. Asingkan pati dengan santan cair Sagu biji - rendam, rebus sampai kembang. Toskan Sedikit garam Daun pandan Cara-Cara Masak santan cair dengan gula sehingga mendidih ( guna api perlahan) Masukkan labu. Masak lagi. Masukkan juga daun pandan. Tambahkan garam ( fungsi garam adalah untuk membangkitkan lemak santan. Jadi masukkan garam secukupnya) Masukkan sagu biji. Tuangkan pati santan. Masak sampai mendidih. (bila dah masuk pati santan kena berhati2 supaya kuah serawa tidak pecah minyak) Matikan api.  Sedia untuk dihidangkan.

Agar-Agar Kering

Imej
Syawal semakin menghilang, agar-agar pun dah susut dalam balang, baru sempat nak post entry pasal agar-agar kering ni...  Agar-Agar Kering By Shikin Sumber : Buku Resepi Mak Bahan-bahan 60gm agar-agar strip (agar2 bertali) 500gm gula batu 1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya) 2300ml air 1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros  1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna.  Cara-cara Masak agar-agar bersama air sampai hancur. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar. Tuangkan esen ros secukupnya. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah) Tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat, so agar-agar

Agar-Agar Susu Gula Nipah

Imej
Agar-Agar Susu Gula Nipah By Shikin Bahan2 10gm serbuk agar-agar 100gm gula pasir 2 keping gula nipah - patah-patahkan dan masak dengan 100ml air 700ml air 200ml susu cair 1 biji telur Secubit garam Cara Masak agar-agar dan air sampai larut. Kemudian masukkan gula pasir.  Teruskan memasak sampai gula larut. Masuukan pula air gula nipah. Blend susu, telur dan secubit garam. Masukkan kedalam adunan agar-agar. Apabila mendidih, padamkan api.  Tuangkan adunan ke dalam loyang. Sejukkan sebalum dipotong

Nasi Mandy Ayam Saudi

Imej
Cubaan pertama buat sendiri nasi arab Mandy. Saya guna pek instant jenama Albayt. Dalam pek ni dia dah sediakan siap-siap beras basmathi serta rempah tumis & rempah serbuk mandy. Tinggal nak cari ayam dengan bahan-bahan untuk buat sos harrah dan salad arab jer. Satu pek ni beras dia dalam 450gm macam tu. Kiranya saya masak cukup untuk kami 5 beranak makan sampai ke malam.  Apapun, memang mudah la guna instant pek macam ni. Just follow instruction...& gerenti jadi. Lepas ni nak cuba pek Nasi Mandy Kambing pulak. Depa kata sedap. Bolehla try buat untuk en. Tahiri...hihi Nasi Mandy Ayam Saudi By Shikin Nasi 450gm  Beras basmathi* 600ml air Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)* 1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek) 2 ulas bawang besar 5 ulas bawang putih 2 biji cili hijau 2 sudu besar tomato puree - x de stok , guna tomato sos aja. Sedikit garam -Rendam beras selama 20 minit atau lebih

BBQ Kambing & Daging Rusa

Imej
BBQ ni buat malam raya ri tu. Dah jadi rutin pulak kami adik beradik berbbq setiap kali hari raya. Ini tahun ke tiga. Biasalah saya ni, mana sempat nak update on time... Mesti makan hari, tak pun berminggu2 baru boleh nak masuk dalam blog ni. Layan je lah walaupun semuanya dah selamat masuk kedalam abdomen. Tapi kali ni lain sikit sebab ada menu baru untuk dibakar iaitu kambing dan daging rusa. Maka saya pun sibuk la menggugel resepi2 yang sesuai utk memerap daging kambing ni. Tak biasa buat, takut tak sedap dan tak termakan pulak. Sayanglah kalau tak habis. Dahlan kambing & rusa harganya boleh tahan jugak...ngee... Hasil carian saya nampak macam resepi Lina Pg ni senang untuk di follow. Bahan-bahannya pun saya dah ready awal2... Resepinya kat bawah... Ni jer gambar kambing dan rusa yang sempat di ambil. Posing dalam talam jer..tak sempat nak plating elok2. Maklumlah semua dah tak sabar nak menyantap... BBQ By Shikin Rahmat Sumber : Lina Pg Bahan-Bahan

Bandung Cincau

Imej
Layan bandung cincau pulak Tapi tak nampak bandung sangat sebab terlebih tuang sirap...jenuh tuang susu...duk takat tu je lah kaler dia... Cincau tu pulak saya x cincang macam biasa tapi saya sagat halus2...tu yang nampak meremut tu... Ikut resepi sendiri, antara bahan2 utama dia, sirap, susu pekat@ cair, air gula, cincau & ais kiub. Bancuhlah sirap bandung sesedap rasa, pas tu tuangkan dalam gelas. Letak cincau dan ais secukupnya... Nah...dah siap pun...

Puding Aiskrim Oreo

Imej
Ni produk ramadhan baru2 ni. Buat untuk berbuka puasa. Dah lama saya simpan resepi ni. Tapi nak buat macam tak menyempat...haila bz sungguh... Just nak tempek resepi ngan gambar kat sini... ~ Puding Ice Cream Oreo~ By : Shikin Sumber : Facebook Bahan2: 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2) 1250ml air 1 Tin susu cair 1 cup Gula 1 Sudu teh esen Vanila  1 Biji telur 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus) 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh** Cara membuat: Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut... kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila  Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi.... Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api... Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!