Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

3 Ramadan 2020 (PKP)

Imej
Alhamdulillah menu berbuka hari ni Cucur udang kuah kacang Murtabak (beli)  Bawal masak sos

2 Ramadhan 2020

Imej
Alhamdulillah menu hari ni Cucur nasi Puding jagung Ayam masak kicap Manggo shake Resepi puding jagung  Resepi manggo shake 

1 Ramadhan 2020 (PKP)

Imej
Assalamualaikum Menu 1 Ramadhan 2020 Tahun ni tak de bazar Ramadhan. Jadi kita masak sendiri lah juadah berbuka ya. Hari ni kami berbuka dengan beberapa jenis kuih seperti kuih cara manis, kuih ketayap, dan murtabak kulit popia.  Tak banyak pun. Serba satu adunan ja.. Dan dikongsi dengan jiran-jiran 😍 Untuk sahur pulak saya sediakan kari kepala ikan.  Check resepi dalam link ya.. 😘 Kuih Cara Manis Resepi kuih cara disini  disini Resepi kuih ketayap  disini Resepi murtabak popia Resepi kari kepala ikan 

Roti Puri Tanpa Yis

Imej
Duk lalu lalang ja dalam Fb. Setiap kali orang share resepi kita keja save ja 🤭🤭. So, hari ni cuba buat. Versi resepi tak pakai yis, jadi kembung elok 😄 Bf pagi ni makan roti puri cicah kuah dhal dan sardin. Alhamdulillah 😋😋 Roti puri tanpa yis... Bahan - Bahan *2 cawan tepung gandum *1 sudu besar gula *1 sudu kecil garam *3 sudu marjerin..sy pakai pelangi je...cairkan dlm periuk Air secukupnya Cara membuatnya Satukan bahan bertanda * smpai jadi mcm serbuk roti.. Lepas tu masukkan air sikit2. Saya pakai air suhu bilik je. Uli sampai tak lekat pada tangan. bentukkan sebesar bola pingpong...biarkan 15 minit..canai n goreng dlm minyak yg bnyak n betul2 panas...sambil2 goreng siram2 atas roti tu... Selamat mencuba...

Asam Pedas Tumis Melaka

Imej
Hari ni en suami beli ikan nyok2 seekor. Tak la besar sangat, yang sedang-sedang saja. Dia tanya nak masak apa? Gulai baru ja buat kemaren. So hari ni kita buat asam pedasla, tapi style Melaka 😉.  Saya guna resepi Azie Kitchen. Ini kali kedua saya buat asam pedas menggunakan resepi ni. Resepi ni sangat memenuhi citarasa kami sekelurga.  Ok, ni resepinya... Asam Pedas Melaka Bahan Ikan merah - potong ikut kesesuaian (saya guna ikan nyok-nyok 5 sudu besar cili kisar (boleh tambah ikut citarasa sendiri) 1 sudu pes asam jawa Garam Bahan tumbuk/kisar 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Kunyit hidup -kisar sampai halus Cara membuatnya Panaskan minyak, tumis bshan kisar dan cili sehingga wangi dan betul2 garing dan pecah minyak. Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan ikan. Masukkan juga bendi dan sayur-sayur lain kecuali tomato. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan tomato. Kemudian bolehlah ditutup apinya. 

Keledek Goreng Sambal Kicap

Imej
Keledek goreng dan sambal kicap saya buat beberapa hari lepas. Tapi sebab ada masalah talian saya tak dapat publish dalam blog ni.  Saya goreng keledek ni mengggunakan bancuhan tepung yang saya dapat daripada Fb. Setelah dicuba, hasilnya amat memuaskan hati. Jadi saya letakkan resepinya disini untuk rujukan nanti 😘😘 Keledek Goreng Bahan-Bahan 500gram tepung beras (kurang pun tak apa) 1 biji telur 1 sudu kecil garam 2-3 sudu besar gula 1 sudu kecil serbuk kunyit Secubit kapur makan Cara membuatnya Campur semua bahan dan bancuh dengan air biasa. Bancuhan tepung akan menjadi warna peach. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat. Pastikan bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Minyak wajib banyak, jangan kedekut. Api wajib api besar. Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat Jika terlebih kapur, akan berbuih

Apam Balik Tak Jadi Hari Ni

Imej
Assalamualaikum.. Saya nak share tentang kisah apam balik. Tiada resepi kerana apam balik tu pun tak jadi .. 😂😂 Dah banyak hari saya tangguh hajat nak buat apam balik. Resepi dah lama saya simpan. Barang-barang nak buat pun dari minggu lepas saya beli.  Jadi, hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar saya cuba buat apam balik. Dalam kepala duk terbayang-bayang kemenjadiannya...😇😇 Namun kejadian sebenar tak seindah yang saya bayangkan. Saya boleh kata ia menjadi ibarat lempeng ja 😭😭.  Apamnya tak gebu macam kita beli kat pasar malam. Bila saya cuba gugel resepi-resepi lain, ada satu bahan yang kurang dalam adunan saya harini iaitu yis..  Mungkin kalau nak buat lagi nanti saya akan menggunakan resepi yang ada yis ni pulak.  Apapun sesuatu yang agak menggembirakan ialah  'lempeng balik' saya tu habis juga dimakan suami dan anak-anak 😍😍

Gulai Lemak Munggai Bersama Udang & Dhal

Imej
Ada yang makan ka buah munggai ni? Ada yang panggil kacang kelor. Biasanya saya masak kari ngan udang ja. Hari rasa macam nak buat style lain pulak. Bila tanya tok cik gugel resepi ni antara yang dicadangkan. Bahan2 pun dah ada kat rumah, jadi kita on ja la..  Gulai Lemak Munggai & Udang dengan Dhal Bahan  Buah munggai 4 sudu rempah ikan babas (saya guna sepeket cap Aween)  4sudu rempah daging (guna sepeket juga cap Aween)  3 ulas bwg putih 2 inci halia 1bj bwg bsr Daun kari Kacang dal 1 mgkuk santan pekat Air Garam Udang Minyak utk menumis Cara memasak Rebus rempah bersama bawang putih dan halia yg dikisar selama 20min. Masukkan murungai dan kacang dal..tmbh air biar sehingga empuk..  Masukkan santan udang garam.  Biarkan mendidih, kemudian tutup api. Panaskan kuali. Tumis bwg besar dan daun kari..tuang ke dlm kuah tadi.  Selamat mencuba. 😊

Apam Nasi

Imej
Petang tadi saya buat apam nasi guna lebihan nasi sejuk semalam. Dah banyak kali buat menggunakan resepi dibawah. Kalau x de masalah dengan yis, selalunya menjadi dengan jayanya.. 🤗🤗 Resepi Apam Nasi  Bahan  2 cawan nasi 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 1 1/2 cawan gula 2 3/4 cawan air 2 sdt yis (saya guna1 peket)  Kelapa parut gaul sedikit garam  Pewarna ikut suka Cara membuatnya 1- Blend nasi dengan air sehingga hancur (masukkan air sikit-sikit ya)  2 - Bila nasi dah hancur, masukkan gula. Blend lagi sampai gula hancur.  3 - Tuangkan adunan ke dalam bekas.  4 - Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaulkan adunan sehingga sebati.  5 - Bahagikan adunan kepada beberapa bekas. Warnakan ikut suka. Perap adunan 1-2 jam. (Adunan akan naik sekali ganda)  6 - Panaskan pengukus (balut tudung pengukus untuk mengelakkan airnya menitis)  7 - Sapu minyak pada acuan 8 - Masukkan adunan kedalam acuan.  9 - Kukus selama15 minit @ sehingga masak

POPIA SATAR

Imej
Assalamualaikum.  Kejadian petang tadi... Kisahnya ikan dah 2,3 hari dalam peti ais. Duk fikir nak buat apa, teringat pula resepi popia satar yang lalu lalang kat Fb 2, 3 minggu sudah.  Tengok bahan-bahan ada ja kat rumah. Jadi kita on ja la popia satar tu.  Resepi letak kat sini untuk rujukan akan datang.  Popia Satar Bahan-bahan: 3 ekor ikan kembung..rebus sekejap 1 1/2 cawan kelapa putih ) 10 biji cili api ) 3 ulas bawang merah ) 1 ulas bawang putih )ditumbuk 1 inci halia ) 2 batang serai ) sedikit air asam jawa garam dan gula . Cara: 1. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang tumbuk hingga hancur. 2. Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk 3. Masukkan air asam jawa 4. Perasakan garam dan gula 5. Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng. 6. Sedia digoreng

Koleh Kacang Hijau

Imej
Musim2 PKP ni mcm2 idea masakan timbul kann.. Cerita koleh ni muncul bila saya tanak minyak drpd stok santan lama yang penuh dalam peti ais tu 🤭🤭 Bila siap, banyak pula taik minyak dia. Tak tau nak buat apa. Nak makan gitu ja tak biasa. Nak buang rasa sayang pulak. Jadi saya pun gugel apa yang boleh dibuat dgn taik minyak ni.  Inilah hasilnya 😋😋 ========================== Resepi Koleh Kacang Hijau Bahan-bahan diperlukan: Step 1 1 cwn santan pekat Fresh (masak untuk jadikan tahi minyak) - da siap tapis tahi minyak dan asingkan minyak Step 2 1 cawan gula merah 2 sudu gula (depend on manis yg nak) 1 cwn air Sehelai daun pandan Masak * masak semua bahan di atas sehingga larut ketepikan dan sejukkan dl. Step 3 1 cwn tepung kacang hijau (saya guna tepung kacang hijau lebihan tepung gomak ri tu) 2 cawan santan (bancuh 1 1/2 kotak santan jadikan 2 cawan air) secubit garam * Campurkan bahan step 2, step 3 dan minyak lebihan buat tahi minyak tadi dan kacau sehingga sebati. Masak di a

Tepung Gomak vs Abuk-Abuk

Imej
Heyyy... Kenapa muka kau macam tepung gomakk?? Hihihi... Mesti ramai yang masih ingat dialog dalam filem seniman bujang lapok ni kann? Kuih tepung gomak @ abuk-abuk ni saya buat minggu lepas. 1st time buat ni 😁. Sebelum ni pandai beli ja kalau nak makan. Rasa macam rumit sangat kalau nak buat. Tapi bila dicuba tak lah susah pun. Cuma saiz tepung gomak tu tak sekata. Besar kecil bercampur 😂 Ok saya tepek resepi kat sini ya 😊 Tepung Gomak Bahan Bahan A  .............................................. ✔  1 cawan tepung pulut ✔  Secubit garam ✔  Air secukupnya Bahan Bahan B .................................................. ✔  Kelapa parut ( ambil bahagian putih saja) * ✔  Secubit garam * ✔  1-2 helai daun pandan ✔  Sedikit tepung gandum (untuk memekatkan inti ) * ✔  Gula merah ( boleh juga guna gula melaka jika suka) * Bahan Bahan C ............................................... ✔  1 cawan kacang hijau yang disangai di atas kuali. Setelah sejuk, kisar halus semuanya sehingg

Saranghae... Kek Sarang Semut 🐜🐜🐜

Imej
Assalamualaikum semua.  Lama betoi tak mai sapu2 sawang kat sini.  La ni apa2 kerja upload dalam Fb ja. Sampai terlupa blog nan satu ni. Blog yang dulu ruang untuk saya menitipkan resepi-resepi yang pernah dicuba. Tapi sekian lama tempatnya diambil oleh medsos yang lain. Kesian blogku 😢...  Oklah... Dah hampir sebulan PKP berjalan. Selama tu juga la duduk aja kat rumah. Walaupun WFH, tapi ada banyak masa terluang berbanding keadaan biasa dulu. Banyak juga resepi yang sempat dicuba.  Mungkin ini masa yang sesuai untuk kembali mengaktifkan blog Dari Dapur Ummi. Simpan semua kenangan masak-memasak disini. Selain tu, dapat juga berkongsi resepi dgn pembaca-pembaca sekalian (masih ada yang berkunjung ka?) Mudah-mudahan perkongsian yang tak seberapa ini ada kebaikan untuk kita semua 😘.  Sebenarnya, 1st time saya cuba kek sarang semut ni 🐜🐜🐜. Alhamdulillah elok menjadi sarangnya 😍😍 Resepi saya ambik dalam group MAHN di Fb.  KEK SARANG SEMUT  Bahan A 1cawan gula