Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasi

Nasi Lemuni Best With Noxxa

Imej
Nasi lemuni untuk breakfast baru-baru ni. Kegemaran kami sekeluarga.  Nasi Lemuni  By Shikin  Bahan-Bahan  Nasi  3 pot beras   Santan  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis) Garam  1/2 sdt halba  1/2 sdt lada hitam  1 inci halia - hiris memanjang Cara-cara  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Kmdn masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Sambal Nasi Lemak By Shikin Bahan 20 tangka...

Nasi Ayam Penyet

Imej
Menu yang sesuai untuk berbuka puasa Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap By Shikin Bahan-bahan & Cara Membuatnya ( 6 orang ) Bahan2 Untuk Ayam  1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. Cara-cara Memasak  Ayam Penyet Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/t...

Nasi Mandy Ayam Saudi AlBayt

Imej
Yang ringkas...yang mudah...yang sedap... Just follow the instruction kat kotak...insyaAllah gerenti jadi.

Nasi Lemak Kuning

Imej
Layan nasi lemak pepagi ni memang best. Nak2 pulak nasi lemak yang dibuat sendiri. Memang puaih la makan. Bertambah2 lagi tu... Tumpang letak resepi dan gambar sebab nasi lemak ni sebenarnya dah lama hadam dalam perut...hihihi Nasi Lemak Kuning By Shikin Bahan-Bahan Untuk Nasi 3 pot beras Santan Air Garam 1/2 sdt halba 1/2 sdt lada hitam 1 inci halia - hiris memanjang Sedikit pewarna kuning 3 helai daun pandan - simpulkan Cara-cara Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk. Tuang santan dan air secukupnya. Masukkan halba, lada hitam, halia, pewarna kuning dan daun pandan. Perasakan dengan garam secukup rasa Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Untuk sambal 20 tangkai cili kering 2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris) 1 keping asam jawa Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar den...

Nasi Mandy Kambing Yaman - alBayt

Imej
Sebelum ni try Nasi Mandy Ayam. Kali ni kambing mandy pulak. Masih menggunakan jenama al-bayt, memasak nasi arab jadi mudah dan ringkas. Thumbs up... Tambah2 ada kambing, En. tahiri suka sangat... Nasi Mandy Kambing Yaman AlBayt By Shikin Nasi 450gm  Beras basmathi* 600ml air rebusan daging Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)* 1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek) 2 ulas bawang besar 5 ulas bawang putih 2 biji cili hijau 2 sudu teh pewarna kuning Sedikit garam 1kg daging kambing - rebus tanpa garam sehingga lembut -Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan. -Tumis rempah hidup, bawang besar, bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah --serbuk mandy. Jaga api masa ni. Jangan bahan tumisan sampai hangus pulak. -Masukkan beras, pewarna kuning beserta bahan tumisan dan daging kedalam rice cooker. -Tuangkan air rebusan daging. Kemudian taburkan garam secukupnya dan letak cili -hijau (...

Nasi Mandy Ayam Saudi

Imej
Cubaan pertama buat sendiri nasi arab Mandy. Saya guna pek instant jenama Albayt. Dalam pek ni dia dah sediakan siap-siap beras basmathi serta rempah tumis & rempah serbuk mandy. Tinggal nak cari ayam dengan bahan-bahan untuk buat sos harrah dan salad arab jer. Satu pek ni beras dia dalam 450gm macam tu. Kiranya saya masak cukup untuk kami 5 beranak makan sampai ke malam.  Apapun, memang mudah la guna instant pek macam ni. Just follow instruction...& gerenti jadi. Lepas ni nak cuba pek Nasi Mandy Kambing pulak. Depa kata sedap. Bolehla try buat untuk en. Tahiri...hihi Nasi Mandy Ayam Saudi By Shikin Nasi 450gm  Beras basmathi* 600ml air Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)* 1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek) 2 ulas bawang besar 5 ulas bawang putih 2 biji cili hijau 2 sudu besar tomato puree - x de stok , guna tomato sos aja. Sedikit garam -Rendam beras selama 20 minit a...

Nasi Ulam Lagi...:-)

Imej
Kali ni ulam-ulamannya En. Tahiri ambil drpd kebun kat kampung. Saya lebih suka nasi ulam yang macam ni daripada versi yang racik2 sebelum ni. Anak-anak pun suka makan sbb x de rasa daun sangat. Sekali pandang dah macam nasi goreng. Nasi Ulam  By Shikin Bahan-Bahan Nasi  Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau. 2 batang serai 1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar. 2 ulas bawang merah 4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best Kerisik Garam secukup rasa Jus limau nipis Cara-cara Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat. Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis.  Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra. Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai. Pelengkap hidangan... Puyuh Goreng Jantung pisang goreng dengan udang Telur masin, timun dan limau nipis. Keropok ikan.

Nasi Ulam

Imej
Nasi ulam cara saya...very simple... Bila sebut nasi ulam, tentulah ulam menjadi bahan utamanya. Ulam yang macam dalam gambar kat bawah ni... Ulam tu En. Tahiri beli kat nat Tok Jalai baru2 ni. Macam2 jenis ulam yang ada, ada kot dekat 10 jenis.  Adalah satu dua jenis yang saya kenal, macam daun kunyit, daun limau purut, daun kaduk. Setengahnya sampai stak tau nama daun apa..haha.   Daun yang jenis kecik tu saya tumbuk dengan serai, lengkuas, bawang merah dan cili padi. Manakala daun yg besar sikit saya racikkan halus2. Bila dah siap di tumbuk, gaul dengan nasi panas. Saya letak juga kerisik sikit. Daun yang dihiris pun gaulkan sekali. Jangan lupa perah limau nipis, bagi rasa masam2 sikit (tp jgn masam sgt yaa...) Boleh makan nasik ulam ni dengan lauk yang sesuai macam ayam goreng berempah dalam gambar kat atas. Yang ni pun main taram ja rempahnya. Saya tumbuk 3 ulas bawang merah, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Kemudian gaulka...

Nasi Ayam dihujung minggu

Imej
Nasi ayam, menu hari Sabtu baru-baru.  Since menghabiskan hujung minggu kat rumah sendiri minggu ni boleh la masa lain daripada biasa. Hehehe... Nasi Ayam My Mom Recipe by Shikin Bahan-Bahan Bahan Nasi 4 cawan beras 6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam  5 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 3 batang serai - diketuk 1 kiub pati ayam  Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis) Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak Cara memasak nasi  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.  Masukkan beras, goreng seketika.  Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.  Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.  Masak nasi seperti biasa  *kali ni saya tak tumis, just masak nasi macam biasa. Baha...

Set Nasi Hujan Panas Sempena Cuti Maulidur Rasul

Imej
Alhamdulillah...cuti yang bermanfaat. Dapat juga sediakan hidangan istimewa untuk santapan seisi keluarga. Nasi Minyak Hujan Panas My Style Nasi Minyak Hujan Panas cara saya...hihihi.  Bahan-bahan yang digunakan bawang merah, bawang putih, halia (blend @ tumbuk ketiga2nya), rempah tumis empat sekawan, majerin, minyak sapi, susu cair, daun pandan dan bahan utamanya ofkoslah beras dan air. Jgn lupapewarna merah,hijau dan kuning. Cara masak pulak, cairkan minyak sapi dan marjerin dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan rempah tumis 4 sekawan. Biarkan sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air secukupnya. Masukkan beras. Bila dah mendidih tuangkan susu cair serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun pandan Teruskan memasak sehingga nasi masak sekata. Untuk efek warna tu,masa nasi baru kering, titiskan pewarna. Tutup tudung periuk seketika. Biarkan wap naik.Kmdn buka tudung periuk kaupbalikkan nasi perlahan2 sampai jd mcm dlm gambar. ...

Nasi Lemak Pandan Dengan Sambal Tumis Sotong

Imej
Bersahur dengan nasi lemak.  Kali ni buh kaler sikit bagi nampak meriah. Nasi tu saya tambah ngan jus pandan. Yang lain-lain masak cam biasa... Nasi Lemak By Shikin Bahan-Bahan Nasi 3 pot beras Santan Air - Kali ni letak jus pandan Garam 1/2 sdt halba 1/2 sdt lada hitam 1 inci halia - hiris memanjang Cara-cara Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk. Tuang santan dan air pandan   secukupnya. Masukkan halba, lada hitam, dan halia. Perasakan dengan garam secukup rasa Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Sambal Sotong By Shikin 300gm sotong 20 tangkai cili kering 2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris) Air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara Sotong dicuci bersih. Gaul sebati dengan bahan-bahan lain. Perap lebih kurang 1/2 jam. Pana...

Nasi Goreng Nenas

Imej
Iftar 10 Nasi goreng untuk juadah berbuka. Mudah, ringkas dan cepat dimasak.  Kalau dah pukul 5.30 baru sampai kat rumah mmg kena fikir menu yang ala kadar jer... Sambil tu saya sediakan juga bandung soda sebagai pembasah tekak. Nasi Goreng Nenas By Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi  2 tangkai cili merah* 4-5 tangkai cili padi* 2 ulas bawang merah* Belacan* Segenggam ikan bilis* (bhn * tumbuk @ blend kasar) 2 biji telur Nenas - hiris @ dadu Sawi Minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan nenas. Biarkan sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pecahkan telur. Kacau sekejap. Masukkan nasi. Gaul sebati. Kmdn masukkan sawi.  Teruskan menggoreng sehingga nasi dan sayur masak sekata. Padamkan api. Hidangkan bersama-sama telur goreng, timun dan ikan keropok (bhn2 yg sesuai) Bandung Soda By Shikin Bahan-Bahan Sirap Air Soda Susu Pekat Ketulan Ais (kuantiti bhn ikut k...