Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Udang

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Resepi boleh skodeng kat sini ya...

Potato Fritters

Imej
Fenomena jugak ni ...  Simple jer pun...but great. Lama duk perati resepi ni dalam FB...asal ada orang post je..kita pun share tak berenti...tp tu la nak buat asyik tak menyempat... Sebenarnya takdelah susah mana nak buat, bahan2nya pun ringkas jer...cuma tu lah... macam tak cukup MASA... Sekali buat, berebut2 anak2 dan anak mak mentua makan. Sedap katanya... hihihi Apapun resepi ni mesti dicuba...buat kudapan untuk minum petang...memang Terbaik laa.. Saya letak resepi kat sini ya... Credit tuk tuan punya blog ni... Ni lah bahan-bahannya : kentang, tepung jagung & tepung gandum, udang (saya tambah), telur, daun bawang, cili merah, garam & lada sulah Gaul sebati kesemua bahan Goreng leret dalam kuali dengan minyak yang panas

Cucur Udang Bendang

Imej
Request yang tertangguh sekian lama...udang tu pulak dah dekat2 sebulan chek in dalam esbok.  Cuma sempat buat cucur sahaja. Kuah, guna lebihan sos nasi ayam yang ntah kurun ke berapa tah...tp still elok la... Heee...kebizian apa tah... Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad + tepung jagung Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti) Minyak untuk menggoreng Cara buat Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur) Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung) Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung. Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawa...

Tomyam Seafood/ Sambal Belacan...untuk hujung minggu...

Imej
Tomyam Seafood (Sotong & Udang) By Shikin Bahan-Bahannya Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.) 3 sudu besar pes tomyam 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis 5 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya 1 sudu besar susu pekat manis - kali ni x letak 1 batang seleri - hiris 2 biji tomato - potong 4 karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki Air Garam Cara Membuatnya Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan) Masukkan sayur2 yan...

Paprik Udang

Imej
Masak simple-simple... Paprik Udang By Shikin Bahan-bahan Udang 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang baby corn - potong serong 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan udang. Masukkan juga kesemua sayuran. Kacau lagi.  Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Paprik Udang

Imej
Paprik Udang By Shikin Bahan-bahan Udang - bersihkan 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang bunga kobis - potong kecil 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Kari Udang

Imej
Menu sahur 11. Masa beli udang ni, kata penjualnya spesis udang galah.  Tapi tengok saiznya, alaa...cinnonet jerr..  Saya ambil jugak lah dlm 20 ekor mcm tu. Dalam hati duk berkira2 nak buat gulai/kari.  Kari Udang By Shikin Bahan-Bahan 350gm udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) 1 batang karot - potong menyerong 1-2 keping asam gelugur 1 biji tomato masak - belah 4 Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan...

Kari Udang Thai

Imej
Menu sahur 6. Beli udang kat pasar malam hari Sabtu. Dah cadang nak masak kari udang Thai petang tu. Tapi terpostpone la pulak... Maka, udang tu masak petang kelmarin, buat makan sahur pagi ni. Kari udang thai ni resepi kesukaan keluarga kami. Dari zaman anak dara lagi kalau abah beli udang selalunya minta dimasak dengan kari thai.  Resepi ni pun kami ambil daripada majalah Saji (kalau tak silap) tapi saya kurang pasti keluaran bila.  Yalah dulu2 ambik resepi, main salin dlm buku jer. Takder la pula reffrences nak dibacklink kan. Apapun terimakasih banyak2 kepada tuan yang menyumbangkan resepi asal.  Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu bes...

Sambal Tumis Udang

Imej
Kalau hari-hari bekerja, masak mesti menu yang sesimple mungkin. Tapi hasilnya biarlah yang membuka selera yaa... Sambal tumis macam ni memang laku kat rumah saya .  Sambal Tumis Udang By Shikin Bahan-Bahan Udang Cili Kisar Bawang besar - potong bulat Air asam jawa / asam keping Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis cili kisar. Biarkan sampai pecah minyak. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul sebati. Perasakan dengan garam, gula dan air asam secukupnya. Kalau sambal agak pekat boleh tambah sedikit air. Masukkan hirisan bawang besar. Gaul sebati sehingga bawang layu/masak. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Kari Udang

Imej
Layan kari udang hari ni. Kari bodo-bodo ajer... hehehe... Kari Udang My Style By Shikin Bahan-Bahan 1/2 kg udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupnya. Terpulanglah nak kuah pekat atau cair. Masukkan asam gelugur. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Masukkan juga garam. Rasa masin secukupnya. Padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

Kari Udang Thai

Imej
Jemu berkari mamak, sesekali tukar dengan kari Thai pulak. Apapun rasanya...mmm...mabeless Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu besar jus limau nipis sedikit daun ketumbar garam dan gula secukupnya 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 10 tangkai cili kering # 8 biji cili merah# 5 biji cili padi # 10 ulas bawang merah# 10 ulas bawang putih# 1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus) Cara-cara panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih masukkan udang masukkan bawang besar, tomato dan perasa bila udang masak, masukkan jus limau dan daun ketumbar padamkan api, sedia ...

Entry pemanas 2013

Imej
Entry pemanas buat blog yang bukan saja suam-suam kuku tapi dah rasa sejuk gedi nih....hehehe Ekceli, ini hidangan untuk tengahari kelmarin... 1) Siakap Tomyam Putih Yang ni request by En. Tahiri. dah lama tak pekena tomyam siakap katanya. Kalau nak resepi boleh rujuk kat sini 2) Udang Sweet Sour Resepi tengok  sini  yerr... Tukar jer ikan tu ngan udang. Bahan-bahan lain ikut kesesuaianlah... Apa-apa yg ada didapur... 3) Pucuk Paku Goreng Bersambal Bahan-bahan Pucuk Paku - ambil yang lembut sahaja Ikan Bilis Bawang merah dan bawang putih Bawang besar Sambal belacan Garam Minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan. Masukkan sambal belacan dan bawang besar. Kacau sekejap. Masukkan pucuk paku.  Perasakan dengan garam secikupnya. Goreng sampai kangkung masak.

Tomyam Seafood

Imej
Jom pekena tomyam hari ni. Tak payah travel ke Thailand pun, makan kat Malaysia jerrr.. Sebenarnya tak lah susah sgt nak buat tomyam ni. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan, lebur sampai semuanya masak. Yang penting rasanya mesti balance. Pedasnya, masamnya...tapi semua tu ikut citarasa masing-masing yer... Tomyam Seafood By Shikin Bahan-Bahannya Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.) 3 sudu besar pes tomyam 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis 5-10 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya 1 batang seleri - hiris 2 biji tomato - potong 4 karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dike...

Kari Udang Thai

Imej
Request daripada abah dan mak. Sebenarnya sedang demam dan sakit-sakit badan. Tapi demi insan-insan tersayang kugagahkan  jua... ^__^ Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu besar jus limau nipis sedikit daun ketumbar garam dan gula secukupnya 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 10 tangkai cili kering #  8 biji cili merah# 5 biji cili padi # 10 ulas bawang merah# 10 ulas bawang putih# 1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus) Cara-cara panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih masukkan udang masukkan bawang besar, tomato dan perasa bila udang masak,...

Kari Udang

Imej
Plan asal nak masak Kari Udang Thai tapi tak menjadi pulak. Last2 masak jer Kari Udang Ummi Style... Kari Udang  My Style By Shikin Bahan-Bahan 1/2 kg udang (sederhana besar) 2 ulas bawang putih ~ dimayang 3 ulas bawang merah ~ dimayang 1 bungkus serbuk kari ~ bancuh dengan sedikit air (jadikan paste) 2 pelepah daun kari ~ lurut drpd tangkai santan (rm1.00) 1 batang karot - potong memanjang 1-2 keping asam gelugur 2 biji tomato masak - belah 4 Garam secukup rasa Air Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : Bersihkan udang (saya potong sedikit dibahagian muncung dan ekornya). Bilas dan toskan. letak tepi kejap. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan. Masukkan paste kari. Tumis sampai garing dan pecah minyak. Masukkan santan. Kalau santan pekat, bolehlah tambah dengan air secukupnya. Terpulanglah nak kuah pekat atau cair. Masukkan asam gelugur. Bila kuah dah mendidih masukkan ...

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Just nak post resepi ngan gambar sebab cucurnya dah lama habis.  Minggu lepas lagi buat ni, masa FIL datang kerumah. Dia memang suka ngan cucur udang. Buat pula tak banyak mana, dalam 3 cawan tepung. Dah berebutlah pulak budak-budak tu dengan abah dan tokwannya, pulun makan cucur udang yan ummi masak. Suami tanya "Awat buat sikit sangat??? " "Aihh bang kalau beli mau 3,4 ringgit banyak tu. Biasa beli 2 ringgit tak habis pun" jawab saya.  "Yang ni buat sendiri mana sama ngan beli punya." balas suami saya. Hmmm...Apa signalnya??? Cucur udang yang ummi buat ni sedap yerrr sampai jadi rebutan.... He he... perasan habis... Ok, jom tengok resepi kat bawah Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Tauhu - potong 2 dan goreng garing Timun - hiris macam hirisan rojak buah Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila diban...

Udang Goreng Tepung

Imej
Udang Goreng Tepung by Shikin Bahan-Bahannya 1/2 kg udang 1 biji telur 1 sudu teh garam 1 sudu teh lada sulah Tepung serba guna secukupnya - saya gunakan tepung goreng ayam  yang di beli di kedadai. Cara-Cara Membuatnya Udang dibuang kulit, basuh bersih dan toskan. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. Pukul sehingga sebati. Ambil udang, celupkan dalam adunan telur kemudian golekkan atas tepung. Pastikan semua bahagian udang disaluti tepung. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dimakan. Boleh dicicah dengan sos ataupun dimakan macam tu saja.

Sambal Udang Dengan Tofu Telur

Imej
Juadah ringkas untuk makan malam. Alhamdulillah, dapat memenuhi selera suami dan anak-anak menghabiskan sepinggan nasi. Sambal Udang Dengan Tofu Telur by Shikin Bahan-bahan 2 bungkus tofu telur 10-15 ekor udang sederhana besar 2 senduk cili kisar Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis Cara-cara Goreng tofu telur, kemudian goreng udang. Letak tepi. Tumis cili kisar sampai garing, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air, kacau sebati Bila kuah cukup masak, masukkan tofu telur dan udang. Kacau dan biarkan tofu dan udang sebati dengan kuah. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Udang Bendang Goreng Kunyit

Imej
Udang bendang ni dibeli oleh suami saya kat pasar malam baru-baru ni. Tak tau nak masak apa, jadi saya buat masak goreng kunyit saja. Udang Bendang Goreng Kunyit by Shikin Bahan-bahannya Udang bendang Bawang besar* Bawang merah* Bawang Putih* Cili padi* Garam dan serbuk kuntit Minyak Masak (Bahan-bahan bertanda * dimayang halus / dihiris. Kuantiti bahan yang digunakan boleh diejas ikut kesesuaian) Cara-cara Basuh udang bersih-bersih dan toskan. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan udang bendang, serbuk kunyit dan garam. Kacau udang sehingga separuh masak. Masukkan pula bawang besar dan cili padi.  Kacau sehingga udang dan bawang masak sepenuhnya.

Kari Udang

Imej
Salam semua... Hari ni nak tayang menu yang selalu mendapat tempat di Dapur Ummi.  Menu yang satu ni memang kegemaran en. suami dan turut digemari sang isteri dan anak-anak.  Hmm...apa lagi menunya...Kari Udangla... Mengambil kesempatan memasak hidangan kesukaan suami sempena saya 'off ' hari ni (cuti emergency). Suka tengok dia makan tengahari ni. Bertambah 2,3 kali. Bukan selalu waktu tengahari macam ni saya boleh masakkan untuk dia.(selalu kan waktu macam ni kat ofis)  Dan selalunya makan tengahari suami dihidangankan dengan makanan daripada MamaWiduri mahupun LanTabur. Tapi hari ni boleh kari udang...walla... Jomla tengok resepi  kat bawah Kari Udang By Shikin Bahan-Bahan 500gm Udang - dibersihkan 5 ulas bawang merah* - dimayang 2 ulas bawang putih* - dimayang 2 Tangkai daun kari* - lurut daunnya sahaja 2 bungkus serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air 2-3 cawan santan Karot/tomato Garam secuk...