Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Masak Lemak

Masak Lemak Ikan Tenggiri

Imej
Jarang ikan tenggiri bersiaran dalam dapur ummi.  Kalau selalu ikan saya masak kari, tapi kali ni saya buat masak lemak pulak.  Cara saya buat masak lemak ni simple ja... Semua bahan-bahan dihiris dan saya kurangkan penggunaan cili padi sebab kalau pedas sangat tak sesuai untuk anak-anak. Masak lemak Ikan Tenggiri By Shikin Bahan-Bahan Ikan tenggiri 2 ulas bawang putih - mayang halus 3 ulas bawang merah - mayang halus 2 tangkai cili merah - hiris kasar 5 biji cili padi - hiris kasar 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3 batang serai - diketuk Santan RM2 Air secukupnya Garam Asam Keping Kacang Panjang Cara membuatnya Masukkan kesemua bahan (kecuali ikan, santan dan kacang panjang ke dalam periuk).  Hidupkan api. Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan dan kacang panjang.  Masukkan juga santan. Masak dengan api perlahan. Pastikan selalu dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Pastikan secukup rasa. ...

Masak Lemak Ayam Kampung

Imej
Lately update blog ni x sempat nak berceloteh bagai. Masa amat mencemburui...datang sapu2 habuk...pas tu balik...hihihi Ekceli masak lauk ni kemarin. Oh ya! Ayam kampung masak cenggini mmg feveret En. Tahiri :-) Masak Lemak Ayam Kampung By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ayam kampung - bersihkan, potong ikut kesesuaian 1 ulas bawang putih* 4 ulas bawang merah* 1 inci halia* 1 sudu kecil serbuk kunyit* 4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus) 4-5 biji cili padi 3 batang serai - dititik Asam keping Tomato 1 mangkuk air Santan - lebih kurang RM1 Garam secukup rasa. Cara-Cara Membuatnya Masukkan  ayam, serai, asam keping, bahan-bahan yang dikisar beserta air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai ayam lembut. Kalau air kering, tambah lagi Masukkan pula santan.  Kacau sentiasa. Api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak. Masukkan garam. Biarkan mendidih. Masukkan tomato.  Boleh lah r...

Masak Lemak Kuning Ayam Kampung

Imej
Kalau masak lauk macam ni kat rumah memang lah menjadi rebutan. Anak-anak cukup suka. Suami pun sama. Masak ringkas-ringkas jer...Resepinya kat bawah... Masak Lemak Kuning Ayam Kampung By Shikin Bahan-Bahan 1/2 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih-bersih 3-5 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang besar - hiris nipis 3-4 batang serai - dititik 2 inci lengkuas - diketuk 1 biji cili merah - hiris 4-5 biji cili padi - hiris/ketuk/belah 2 2-3 keping asam gelugur 1 cawan santan pekat 2 cawan air 1 sdt sebuk kunyit Garam Karot Tomato Cara-Cara Masukkan semua bahan (kecuali garam, santan, karot dan tomato)  kedalam periuk. Hidupkan api, lebur bahan-bahan tadi dengan api perlahan. Selepas seketika, masukkan santan dan karot. Biarkan mendidih. (Pastikan kacau selalu spy santan tidak pecah minyak) Masukkan tomato. Perasakan dengan garam secukupnya Padamkan api. Sedia untuk dihidang...

Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang

Imej
Lauk kegemaran suami yang mudah untuk disediakan.   Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang By Shikin Bahan-Bahan 8 ekor ikan temenung / kembung (saiz kecil) Santan (RM 1) 3 ulas bawang merah - mayang 1 labu bawang besar - belah 2, hiris nipis 6-7 biji cili padi - boleh dihiris/diketuk/masuk sebiji2 3-4 btg serai - dititik 1-2 inci lengkuas - dititik 1-2 kpg asam gelugur/keping 1 sdt serbuk kunyit (lagi best kalau guna kunyit hidup) 1-2 cwn air (ikut kesesuaian) Garam Kacang panjang - potong ikut kesesuaian Cara-Cara Siang ikan, cuci bersih2. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Masak dengan api perlahan, sampai mendidih. Api jgn terlalu kuat, dan pastikan santan tak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Labu masak lemak kuning

Imej
Request daripada En. Tahiri bila nampak labu kat pasar malam. Minta dibuatkan masak lemak kuning.  Labu Masak Lemak Kuning by Shikin Bahan-Bahan 1 biji labu sederhana besar - buang kulit dan empulurnya. Potong ikut kesesuaian. 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* Segenggam udang kering* (bahan * ditumbuk kasar) 1-2 biji tangkai cili merah - potong memanjang 1 sudu kecil serbuk kunyit Suhun - rendam dalam air sampai lembut Santan Air Garam secukupnya Cara-Cara Masukkan labu, bahan2 tumbuk, cili merah, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Hidupkan api dapur Apabila kuah mendidih, masukkan santan. Perlahankan api, sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masukkan suhun dan garam secukupnya. Apabila telah masak sempurna bolehlah dipadamkan api.

Ketam Masak Lemak Dengan Nenas

Imej
Hari Ahad, off day... Dah plan dengan En. Tahiri, nak ke sekolah Aiman, langsaikan yuran bulanan sekolah. Lepas tu kami ke Mydin Alor Setar, tinjau2 barang yang berkenan. Hajat hati nak cari barang dapur sikit, sekali dengan lauk untuk bersahur malam nanti. Menu pilihan, ketam, sebab nak digandingkan dengan nenas sebiji yang dah masak ranum atas kabinet dapur. Alhamdulillah, ada pun ketam kat Mydin ni. Besar2 pulak tu, saiz XL lagi (hi hi macam beli baju pulak). Saya ambik sekilo lebih. Harga?? Abaikan... Nak makan, bayar aje lah... Ketam Masak Lemak Dengan Nenas By Shikin Bahan-Bahan 1 kg ketam - bersihkan 1 biji nenas - buang kulit. Hiris nipis 1 ulas bawang putih* 4 ulas bawang merah* 1 inci halia* 1 sudu kecil serbuk kunyit* 4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus) 3 batang serai - dititik 1 mangkuk air Santan - lebih kurang RM2 Garam secukup rasa. Cara-Cara Membuatnya Masukkan nenas, serai, bahan-...

Ayam Kampung Masak Kuning

Imej
Memenuhi permintaan suami. En. Tahiri, subuh-subuh pun layan kategori masak-masak lemak ni. Memang favourite dish dia. Teringat masa arwah emak mentua masih ada, asal balik kampung jer mesti dia hidangkan lauk ni. Saya tahu En. Tahiri mesti sentimental sangat bila makan Ayam Masak Kuning ni. Mesti dia teringatkan arwah mak. Semoga lauk bersahur pagi ni dapat mengurangkan rasa rindu dia pada arwak mak walaupun masakan saya tidaklah sesedap masakan ibunya... MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG My MIL Style By Shikin Bahan-bahannya 1 ekor ayam kampung 3 ulas bawang putih* 5 ulas bawang merah* 1 labu bawang besar* 5 tangkai cili padi*  1 inci kunyit hidup* (bahan yang bertanda * dimayang halus) 1 keping asam gelugur 1 inci halia - dititik 2 inci lengkuas - dititik 2 batang serai - dititik 3 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa  Cara membuatnya Ayam dipotong mengikut kesesuaian dan direbus separuh empuk Masukkan semua bahan yang ...

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Imej
Memanfaatkan hujung minggu di rumah selalunya kat kampung , saya dan suami ke Nat Tok Jalai mencari lauk untuk santapan tengahari.  Keluar dari rumah memang bercadang nak cari ketam. Alhamdulillah, jumpa. Kami beli sekilo. Ketamnya taklah besar sangat. Adalah dalam 15 ekor. Tercapailah hajat nak masak lemak ketam dengan nenas.  Ok, jom kita tengok bahan-bahannya... Masak Lemak Ketam Dengan Nenas By Shikin Bahan-Bahannya 1 kg ketam - bersihkan 1 biji nenas sederhana besar - buang kulit dan matanya. Potong ikut kesesuaian. 5 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 inci halia* 5 biji cili merah* (bahan bertanda * dikisar sehingga halus) 3 batang serai - dititik Santan secukupnya daripada sebiji kelapa - asingkan patinya Cara-Cara Membuatnya Masukkan bahan-bahan kisar , serai dan nenas didalam periuk. Panaskan api, masak sehingga air nenas keluar dan sebati bersama bahan-bahan kisar. Masukkan pati santan, masak lagi. Masukkan ketam, gaul sehingga sebati . Masukkan pul...