Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 15 Julai 2015

Cornflakes Madu Chef Khairi Mansor

Yang ni pun win... :). Lepas berbuka anak-anak mesti cari yang ni. Berbaloi buat sbb depa suka makan. Resepi asal viral dalam FB. Saya catatkan pula kat dalam blog ni untuk rujukan masa depan.


Corn Flakes Madu Chef Khairi Mansor
By Shikin

Bahan2
175 gm Butter
100 gm gula kastor
100 gm madu
1 tsp vanilla
2 tbs susu pekat


Cara
- campur kesemua bahan dan masak menggunakan api yg kecil sehingga gula hancur & berbuih..
- Tuang & gaul rata pd 380gm corn flakes
(boleh dicampur dgn kepingan badam & Kismis)
- (ketika masih suam) terus di susun atur dalam papercup..
- sejukkan dan simpan dlm bekas yg kedap udara.
# sekiranya kurang rapuh, masukkan kedlm oven dgn suhu 100-120C utk 8-10mnt.

Samperit Susu

Seterusnya biskut samperit susu. Tengok resepi dan bahan ini yang paling mudah. Tapi azab sikit nak menekan kuih tu keluar dari acuan dia...hihihi...



Untuk yang bahagian bawah saya guna acuan samperit manakala yang atas warna pink tu guna nozzle aising kek. Hias dengan coklat chip.

Resepi boleh tengok kat sini.

Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas

Ini biskut kedua yang saya buat tahun ni... dan paling win rasanya. Dah sebalang abis dikudap suami dan anak2. Saya ambik resepi dari blog Izza Akma.


Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas
By Shikin

Bahan2
120gm tepung kacang peas
180gm tepung gandum

20gm santan serbuk
100gm gula aising

1/8 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120gm minyak mazola

Hiasan
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Cara
Sangai sebentar tepung kacang peas. Sejukkan seketika.

Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sampai sebati. Rehatkan doh 10 minit.
Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan ( saya timbang doh seberat 7gm setiap satu)
Sapu kuning telur di atas biskut.
Bakar 160c selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 14 Julai 2015

Red Pearl Cookies


Meh nak update entry tentang biskut raya. Ini biskut raya saya yang pertama tahun ni. Red Pearl Cookies. Dah lama dok mengintai resepi. Banyak blogger masak2 yang share resepi.  Dalam facebook pun mcm dah viral.

Tak mo cerita panjangla. Saya nak tempek resepi ngan gambar ye...

Red Pearl Cookies
By Shikin
Sumber : Blog Azlita Masam Manis

Bahan2
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

Cara
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Sungguh terpikat dengan red pearlnya yang menawan kalbu...hihihi

Mee Goreng Dengan Bengkang Jagung

Parking resepi dan gambar kat sini. Mee dan bengkang dah selamat masuk ke dalam perut beberapa hari lepas... :)

Mee Goreng


Tengok resepi di label mee


Bengkang Jagung
By Shikin
Sumber : Jendeladapursuriati.blogspot.com

Bahan2
1 cwn gula
1 3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cwn santan pekat
2 cwn air
2 sudu besar mentega / minyak sapi
1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan

Cara2
  • Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  • Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. gaul sebati.
  • Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  • Panaskan loyang dlm oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  • Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180c selama 1jam 15 minit atau sehingga garing.
  • Guna api atas bawah.

Rabu, 8 Julai 2015

Apam Serabai Dengan Serawa Durian


Testing apam serabai untuk buka puasa baru-baru ni...

Selalu beli kat kafe di tempat keja ni 3 seringgit. Kali ni buat sendiri puas la anak-anak makan.

Apam Serabai
By Shikin 
Sumber : https://www.facebook.com/dapurbaru.net

Bahan-bahan: 
2 cawan tepung beras 
½ cawan nasi 
½ cawan santan 
1 ½ cawan air 
2 sb gula & sedikit garam 
1 sudu yis 

Cara : 
1) blend smua bhan kecuali yis, masukkan dlm 1 bekas, then masukkan yis n kacau, tutup bekas dan biarkan 2 jam atau sampai ianya berbuih

2) panaskan acuan serabai,sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan yg disimpuldn masukkan kdlm stiap acuan sama paras 

3)Tutup dgn penutup periuk,bila ia dah masak,apam serabai td jadi berlubang halus,bleh diangkat,dan jom kita sediakan kuahnya pula 

Kuah Manis Apam Serabai : 

Bahan-bahan 
2 cawan santan gula perang 3 sudu@gula merah 
1 ½ sudu sdikit garam 
2 sudu tepung gandum(bleh dikurangkan) 

Cara : 1) Masukkan semua bahan kacau sampai masak…bleh dihidangkan bersama apam serabai…selamat mencuba! 

Saya buat serawa durian untuk makan dengan serabai ni. Resepi boleh tengok kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini