Red Pearl Cookies


Meh nak update entry tentang biskut raya. Ini biskut raya saya yang pertama tahun ni. Red Pearl Cookies. Dah lama dok mengintai resepi. Banyak blogger masak2 yang share resepi.  Dalam facebook pun mcm dah viral.

Tak mo cerita panjangla. Saya nak tempek resepi ngan gambar ye...

Red Pearl Cookies
By Shikin
Sumber : Blog Azlita Masam Manis

Bahan2
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

Cara
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Sungguh terpikat dengan red pearlnya yang menawan kalbu...hihihi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng