Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 19 April 2016

Pisang tanduk dan sambal kicap cili kering


Resepi Sambal Kicap Lada Kering

Bahan-bahannya:

10 tangkai lada kering
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
sedikit perasa yang dibenarkan
sedikit garam
3 sudu teh gula pasir
2 biji limau kasturi

Cara membuatnya:

1. Rebus lada kering hingga masak. Kemudian toskan
2. Masukkan semua bahan seperti bawang putih, garam, serbuk perasa, gula , kicap dan kisarkan dengan lada kering tadi.
3. Bila telah sebati, masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau kasturi untuk menambah perisa.
5. Siap untuk dimakan bersama dengan pisang goreng dan sebagainya.

Bila kita gantikan cili padi dengan lada kering, kita akan dapat rasakan perbezaan rasa pedasnya. Dengan lada kering, rasa pedasnya lebih lembut dan tidak pijar.

Selamat mencuba.

Isnin, 18 April 2016

Jeruk pelam sala asam boi



Jeruk Pelam Asam Boi
By Shikin

Bahan2

Pelam sala - potong
Gula
Garam
Asam boi
Limau kasturi - hiris nipis
Chili flakes/cili padi (kalau nak pedas menyengat boleh letak lebih)
*kuantiti semua bahan secukup & sesedap rasa :)


Cara
Gaul semua bahan sekaligus sampai sebati.
Masukkan kedalam bekas yang sesuai.
Simpan dalam peti ais.
Boleh lah dimakan bila2 suka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini