Sambal Goreng

Menu ulang tayang. 

Tapi feveret en. Tahiri dan saya.

Lauk macam ni pun dah cukup bertambah-tambah nasi...


Sambal Bilis Goreng 
By Shikin 

Bahan-Bahan 
5 biji cili merah
  5 biji cili padi
  4-5 ulas bawang merah
 1 ulas bawang putih
 Sejemput ikan bilis
 1 inci belacan 
Asam keping
 Sedikit minyak 

Cara-Cara 
Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan. 
Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar. 
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. Biarkan sampai naik bau. 
Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya. 
Teruskan memasak sampai pecah minyak.
 Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng