Kebabas @ Pincuk Jantung Pisang Dengan Kelubi


Yang ni memang betul2 rare... 

Saya kenal kebabas ni pun selepas kahwin dengan En. Tahiri. Tapi orang2 belah baling ngan sik kebanyakannya familiar dengan benda alah ni. 

Biasanya kita dengar pincuk cermai kan??? Ha...kebabas ni adik beradik dia la. Cuma cermai tu digantikan dengan hirisan jantung pisang dan buah kelubi. 

Jantung pisang pulak kena tengok2 jugak, x boleh hentam keromo. Antara  yang sesuai macam pisang awak, pisang batu...pisang emas x boleh katanya...takut gatal ke kelat...ntah saya pun tak ingat. Bab jantung pisang ni saya serahkan kepada en. suami sebab dia lebih pakar. Saya tau sampai kat saya jantung pisang dah siap dicincang...hahaha

Ok, bahan-bahan nak buat kebabas ni mudah saja iaitu cili padi, belacan, garam dan gula. Berapa banyak??? Ikut kesesuaianla. Kalau nak pedas lebihkan cili, tapi hati2 takut tersedak masuk sampai kedalam hidung...seksa!!! Kena match jugak ngan jantung pisang dan kelubi. Masukkan semua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sampai lumat. Ala...macam kita nak buat garam belacan la... tapi jangan buh kicap.

Bila bahan-bahan tu dah hancur elok, masukkan hirisan jantung pisang, kemudian tenyeh2 dengan anak lesung. Tenyeh2 manja ja. Jangan tumbuk sampai hancur pulak. Kemudian masukkan buah kelubi. Kalau kelubi besar hiris2 sikit. Tenyeh2 juga macam jantung pisang. Pas tu rasalah garam gula secukupnya. Kalau semua ok bolehla disantap.

Mak oiii...kecur air liur sambil menaip entry ni. Duk terbayang makan pincuk sambil renyit mata...


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu