Dadih Sedap Coffemate in da house...

Dadih untuk jamuan sekolah Nuha, sebelum sekolah bercuti hari tu. 3 adunan saya buat.



DADIH SEDAP COFFEEMATE
By Shikin 
Sumber : Yatie Memories 

Bahan-bahan ( 20 cup kecil ) 
10gm agar2 serbuk 
1 1/2 cawan gula pasir 
3 liter air (dlm 12 cwn) 
200 gm Coffemate Creamer 
1 tin susu sejat/ cair 
Perisa jagung, perisa strawberry , perisa jagung dan perisa keladi



CARA-CARA
  • Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata. 
  • Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut. 
  • Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. 
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki. Saya bahagikan pada 4 bahagian. Strawberry, jagung, keladi & original. Ikut selera masing2lah ya. 
  • Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. 
  • Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm peti ais. 
  • Siap dan bolehlah di makan... Selamat Mencuba.

Ulasan

  1. Simplenya..nak bt juga la nnti.msuk dlm waiting list dulu..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng