Bengkang Roti

Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak. 

Kali ni saya modified jadi bengkang roti ... 

Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut.

Hasilnya seperti dibawah :



Bengkang Roti

Bahan-Bahannya

1 buku roti - saya guna roti benggali
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam


Cara-Cara Membuatnya
  1. Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul.
  3. Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air)
  4. Tuang ke dalam loyang.
  5. Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepanasan oven masing-masing) dengan api bawah selama 30 minit. Kemudian dengan api atas dan bawah lagi 15 minit.

Ulasan

  1. Nk cuba, sbb ada sebuku roti gardenia yg dah nak expired...hehe :) member suggest buat bengkang.. hihi

    BalasPadam
  2. puan...roti dicarik dan direndam.....rendam dalam apa? santan atau susu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rendam dalam air biasa, kmdn ditos. Baru campur ngan bhn2 lain.

      Padam
    2. Rendam dalam air biasa, kmdn ditos. Baru campur ngan bhn2 lain.

      Padam
  3. salam.. nak tnye... bole tak,tak gune santan dan susu cair tu gune susu kotak je?

    BalasPadam
  4. Kalau kukus boleh x ye?? Umh sya oven rosak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng