Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 13 Disember 2013

Cendawan Crispy Dan Ayam Goreng Kunyit

Lamanya tak hapdet bloggg...

Hmm...tak tau la nak kata macam mana...memang malas sungguh-sungguh.

Nak kata tak masak...masak la jugak...

Lepas masak ambil gambar, tapi tu lah...dok sengap dalam kamera tu je lah...hehehe

Kali ni nak tayang cendawan crispy dengan ayam goreng kunyit.

Ok letak resepi yerrr...


Cendawan Crispy 
By Shikin

Bahan-Bahan
Cendawan
Serbuk kari daging
Garam
Serbuk perasa
Tepung beras campuran

Cara-Cara

Siat-siat cendawan.

Bancuh serbuk kari daging, garam dan serta serbuk perasa dengan sedikit air.

Gaul cendawan dalam  bancuhan serbuk kari daging, angkat dan toskan.

Kemudian golekkan atas tepung beras.

Goreng dalam minyak yang betul-betul panas sampai garing.
Angkat dan toskan.



Ayam Goreng Kunyit
By Shikin

Bahan-Bahan
Ayam
Garam
Sebuk Kunyit
Bawang besar
Cili Kering

Cara-Cara

Gaul ayam dengan garam kunyit


Panaskan minyak. Masukkan ayam, goreng sampai agak garing.

Masukkan bawang besar dan cili kering.

Goreng sampai bawang layu. Padamkan api.

Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini