Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 27 Januari 2014

Kari Ikan Bawal Emas

Beli ikan ni kat Tesco. En Tahiri minta saya buatkan kari. Hidangan untuk tengahari kelmarin. 


Kari Kepala Ikan
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan Bawal - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato


Cara-Cara

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan sedikit air.
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 
  • Masukkan bendi. Masak seketika.
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.


2 ulasan:

  1. Waaa...syedapnya... kalau ada berbaki boleh cicah roti canai pulak kan... nyum2x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tul tu Gee, cicah roti putih pun sedap...hihihi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini