Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 20 Januari 2014

Kari Sotong Dengan Timun


Kari Sotong
By Shikin

Bahan-Bahan
Sotong (sederhana besar) - dibersihkan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
2 bgks rempah kari (Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Timun

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati. 
  • Tambah sedikit air (jika perlu)
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan sotong. 
  • Masukkan timun yang dipotong menyerong. 
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum Ummi, kak ruby suka pinggan tu, kari sotong lg kak ruby suka.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam. Pinggan pusaka arwah mak mentua tu k.Ruby...mmg very old style...hihihi. Payah nak jumpa.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini