Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 13 Februari 2014

Gulai Ayam Kampung

Kalau ayam kampung tak buat masak kuning, mesti buat gulai. Duk ulang lagu tu la...


Gulai Daging/Ayam/Tulang
By Shikin
Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
1/2 ekor ayam (saya guna ayam kampung)
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Ubi kentang (potong 4)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis
Air

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati.
  • Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.
  • Tips dan petua :
  • Ayam dibasuh dengan cuka dan garam
  • Goreng ayam terlebih dahulu
  • Masukkan ayam masa pecah minyak
  • Masak dengan api perlahan 

2 ulasan:

  1. sedap gulai tu..nak datang rumah bawa mangkuk kosong boleh?heheh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini