Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 11 Februari 2014

Roti Bakar Dengan Kacang Phool

Buat sekali lagi roti bakar dengan kacang phool ni. Kali ni guna resepi sumbangan Diana, sumber resepi daripada Mami Asmah Laili & Inahar. Memang terbaiklah...


KACANG PHOOL
By Shikin
Sumbangan : Diana
Sumber : Mami Asmah Laili, Inahar

Bahan-Bahan
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan- x letak
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
sedikit tomato sos-ni kita tambah sendiri
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar - pakai cili merah
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina - x letak
Garam secukup rasa -kita tambah perisa & gula sedikit
minyak utk menumis

BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia
air secukupnya

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis. (kita wat garlic bread)- pakai roti benggali jer

3 ulasan:

  1. assalamualaikum...
    Akak memang suka kacang pool ni..tu yg dtg sini...

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam...
    Thanks singgah sini...bolehlah mencuba lps ni ya... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini